30 August 2011

.::SELAMAT ARI LAHIR ATEH::.


30 OGOS. detik ni telah lahir seorang insan yang diberi name Raudhatul Nur Mutmainnah. dalam keluarga lebih mesra dengan panggilan ATEH.

tak dapat berpisah lame dengan laptop atau pc. dulu taem kecik-kecik. bende yang dye buat taem mule-mule bangun tido. mengadap pc. then kekedangnye tido pun depan pc. tu la dye kanak-kanak moden zaman sekarang. tu yang kecik-kecik ag da kene pakai cemin mate tu. seorang yang sangat penyayang dengan kanak-kanak. buktinye dye satu-satunye dalam adik-beradik yang tak penah sikit pun nak marah-marah atau cubit-cubit adek bongsu dye, mumtaz. even mumtaz selalu sangat tarik rambut dye. he3

the most important thing. ateh sangat-sangat minat wane pink. sumer barang-barang dye nak wane pink. baek dari pakaiannye, kasut, peralatan sekolah, beg skolah n macam-macam ag la. sabo je la !

pe-pe pun slamat ari lahir ateh. moge sentiase diberkati ALLAH. belajar rajen-rajen. along doakan moge-moge ateh jadi anak yang solehah. ameeen

p/s ; raye taon ni sangat bermakne sebab jatoh pade befdey ateh. he3


Read more...

29 August 2011

.::IZINKAN IANYA PERGI::.


salam sahabatku, ramadhan kian melabuhkan tirainya. sedarkah kita. apakah yang disemai sepanjang bulan mulia ini?? dapatkah kita tuai di hari kelak atau ianya sekadar benih yang mereput di dalam tanah??

tak pernah terfikir olehku, tak sedikit pun ku bayangkan, kau akan pergi, tinggalkan ku sendiri, mungkin inilah saat akhir bersamamu, hanya mampu ku ucapkan slamat tinggal ramadhan kareem !

sahabatku, janganlah disebabkan aidilfitri. kita lupa cinta agung kita, lupa matlamat sebenar kita, kita hambaNya seumor hidup. bukan sekadar hambaNya di bulan ramadhan. yakinkah kita. semua amalan kita diterima oleh ALLAH atau di akhirat kelak ALLAH hanya campak amalan kita disebabkan tak eklas beribadat kepadaNya. berdoalah selalu supaya ALLAH menerima amalan kita.

muhasabah untuk diri sendiri jua. maafkan diri ini jika ade salah silap. same ade yang nyata atau sembunyi. yang zahir atau batin. salam ari rayer aidilfitri 2011.

daripada : cik atin, suami dan anaka-anak (^.^)




Read more...

24 August 2011

.::JANGAN DIIKUT SANGAT RASA ITU::.


mungkin benar. ikot rasa binasa, ikot aty mati.

"dalam dunia ni ade 2 perkara yang awak jangan lupe, bahagiakan ibu bapa awak and bahagiakan diri awak sendiri"

thanx sir muralli!

p/s : akan ku ukir senyum itu jikapun ianya sukar !

Read more...

19 August 2011

.::RAPUH::.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Read more...

17 August 2011

.::AL-QURAN : AJAIB TETAPI BENAR ! ::.


salam nuzul al-Quran kawan-kawan...

Klu nak citer sejarah penurunan Al-Quran rasenye sumer orang da taw. so, rini cik atin nak share salah satu keajaiban Al-Quran. Macam sumer yang kita taw. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan Al-Quran adalah gedung ilmu yang mana didalamnya terkandung 1001 ilmu yang bukan hanya merangkumi satu aspek malahan pelbagai pecahan ilmu. sebab itu Al-Quran disebut sebagai panduan hidup mukmin.

Ini antara fakta yang cik atin kutip. Berdasarkan kajian mengatakan bahawa terdapat keseimbangan bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi
Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi

JUMLAH = 100%

Fakta ini telah diSokong oleh kajian sains yang dilakukan oleh para saintis. ALLAHUAKBAR !


"Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang batil)" [surah al-Baqarah ayat 185]

p/s : rini blok asrama cik atin wat majlis khatam Al-Quran and berbuke pose. moh la join same !


Read more...

15 August 2011

.::GURU : TIADA LAGI SENTUHAN KASIH SAYANG::.


MASALAH...kegagalan guru untuk mendidik boleh mengakibatkan pelajar menjadi lebih bermasalah kerana kurang perhatian dan kasih sayang.

GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri. Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.


Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata.


Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik. Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.

Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan. Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai ‘sentuhan’ emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.

“Boleh dikatakan sebahagian guru hari ini hanya menumpukan pada konsep mengajar berbanding mendidik. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengajar, menghabiskan silibus dan menerima gaji hujung bulan.

“Tiada lagi ‘sentuhan’ atau perasaan kasih sayang telus seperti ditunjukkan golongan guru dulu. Guru dan pelajar kurang berinteraksi, sentiasa mencipta konflik.

“Bagaimanapun, menuding jari pada guru semata-mata adalah tidak adil kerana kita terpaksa menerima keadaan itu kerana senario hari ini tidak semuanya memihak kepada mereka,” katanya.

Katanya, kadangkala guru dibebani kerenah pelajar yang pelbagai menyebabkan ada yang sukar menumpukan perhatian. Akibatnya, akan ada pelajar yang terabai terutama mereka yang bermasalah.

“Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’ atau bertindak secara melulu tanpa usul periksa. Secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru untuk mencorakkan gaya pembelajaran mereka.

“Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan.

“ Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.

Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai ‘sentuhan’ ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang ‘diganggu’ atau digugat pelbagai tugas sampingan lain. Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.

“Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri.

“ Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada,” katanya.

Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata - mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.

“ Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen.

“ Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar?

“ Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru - pelajar hanya termaktub dalam kelas semata - mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat,” soalnya.

Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.

“ Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata.

“Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu.

Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela ‘menyerahkan’ anak untuk dididik.

“ Mereka tidak kisah anak ‘dipukul’ kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi.

“ Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru ‘terikat’, apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit,” katanya.

sumber dipetik dari [sini]

p/s : guru pembentuk generasi bakal pemimpin..


Read more...

14 August 2011

.::SEGALANYA TENTANG SAHUR::.


ok murid-murid sekalian. arini ustazah akan mengajar bab sahur. ececey. ade gaye bakal ustazah tak? gaye cam tak sabar nak posting je atin. kih3.

sahur ni dalam erti kate yang mudah ialah kite makan sebelum masuk waktu subuh. kirenye macam ganti sarapan pagi la. macam kite semua tahu sarapan pagi sangat petim sebab dye akan supply energy tok kite mulekan idup kite ari 2. same gak macam sahur. ISLAM sangat menggalakkan umatnye yang berpuase untuk bersahur.

"bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan." [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

tapi bagi student especially yang dup kat ostel and jauh dari famly. oh yer. orang bujang pun termasuk sekali nyer. kebanyakan akan amek ringan je ngan sahur ni. kadang-kadang tu memang malas pun nak bangun sahur. pe-pe hal pun perlu kite engat sahur tak semestinye dengan makanan berat, makan sebijik kurma atau air seteguk pun jadilah.

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

dan kite jugak disunatkan untuk memperlewatkan sahur. dengan harapan lepas sahur kite boleh terus berjemaah subuh pulak. lepas subuh bace al-quran siket. see. napak tak perkaitan sumer tu? banyak pahala kite dapat ari tu. hidup pun insyaALLAH lagi berkat.

"sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa" [riwayat Ahmad]

ni tips bagi ibu-ibu and bakal ibu plak. macam kite taw. nak boleh ke kejut anak-anak kecik tok bangun sahur bukanlah semudah memetik jari yer . except klu da jadi budaye tok anak kecik tu bangun pagi. antare yang para ibu boleh buat ialah :

  1. malam sebelum tido pesan awal-awal kat anak-anak. jadinye dyorang da boleh set dalam mind dyorang yang dyorang kene bangun awal esok.
  2. masak masakan faveret dyorang. ni sebagai 1 dorongan tok dyorang mudah bangun.
  3. jangan paksa anak-anak suruh bangun tapi bagi dorongan suruh dyorang bangun. mayb dengan care kite bagitaw dyorang ape kelebihan orang yang bangun sahur. even orang tue pun tak suke dipakse. inikan plak budak-budak.
p/s : sepanjang ramadhan kali ni da 2 kali terlepas bangun sahur. sob3


Read more...

13 August 2011

.::KU DAMBA REDHAMU::.


Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintaMu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintaMu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintaMu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa Kau sesungguhnya
Tuhan Yang Agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Read more...

12 August 2011

.::JAIS: Tiada kekasaran dalam 'pemeriksaan' gereja::.

Selepas lebih seminggu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya bersuara buat kali pertama dengan menegaskan bahawa tiada serbuan dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

azlan"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Marzuki berkata, JAIS amat kecewa apabila banyak pihak menuduh pemeriksaan itu dlakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasanya.

Selepas pemeriksaan kontroversi itu, JAIS mendapat kritikan pedas berhubung operasinya itu, antaranya daripada PAS Selangor dan penganjur majlis itu.

Semalam penganjur majlis - Harapan Komuniti - mendakwa, JAIS gagal menunjukkan waran geledah atau waran tangkap walaupun ditanya berkali-kali; serta pegawainya didakwa masuk ke dewan, mengambil gambar, video dan membuang risalah dari laci tanpa kebenaran.

'10 minit saja diarah keluar'


Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula menyifatkan tindakan itu sebagai "hasil didikan BN" yang "hendak tunjuk kuat dan ramai" sebab mempunyai kuasa.

Dalam kenyataannya petang ini, Marzuki menjelaskan, pemeriksaan itu dilakukan bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa diadakan bersama makan thanksgiving (kesyukuran) di gereja.

NONEKatanya, setelah mendapat maklumat, pihaknya hadir membuat pemeriksaan pada lebih kurang jam 9.45 malam dan masuk ke dewan setelah meminta keizinan selepas acara selesai pada jam 11.

"Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan majlis," katanya lagi.

Sementara itu, Marzuki mendakwa pihaknya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah keluar oleh penganjur dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.

"Walaupun tindakan itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat tangkapan," katanya.

Marzuki mengesahkan seramai 12 orang Islam hadir dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi bimbingan dan kaunseling.

sumber dipetik dari [sini]

Read more...

11 August 2011

.::RACING DI BULAN RAMADHAN::.


dulu taem kecik-kecik. puase ni kire macam tak makan dari bangun tido sapai la azan maghrib. bile da masuk skolah rendah. puase ni kene kasi penuh 30 ari sebab nati tak boleh raye kalu tak cukop 30 ari. bile masuk skolah menengah. pose ni adalah satu kewajipan pade sumer umat ISLAM. bile dah meningkat dewasa ni. baru terfikir yang puase ni sebenarnye bulan tarbiah yang nak didik kite nak membersihkan diri untuk jadi orang yang bertaqwa.

"sesiapa yang berpuasa kerana iman dan penuh rasa ketaqwaan kepada ALLAH, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu." (muttafaq a'laih)

2 la dye antare definisi-definisi yang cik atin penah benamkan dalam diri cik atin. konklusi dye kite akan simpulkan sesuatu perkare 2 mengikut dari sudut mane yang kite pandang. ape-ape pun sumernye berbalik pade ati kite dan berpandukan pade ilmu yang kite ade.

ok. sambung balek ayat dari perenggan pertame tadi. bukan nak kate bulan laen tak mendidik kite jadi orang bertaqwa. tapi bulan ramadhan ini macam 1 titik tok kite renung balek diri kite. 11 bulan sebelum ni. mane kot taw kite bizi ngan urusan dunia. macam mane khabarnye urusan-urusan akhirat kite? mayb selame ni kite juz buat yang wajib je.

so, dengan kedatangan bulan yang lebih baek dari 1000 bulan ni. moh la kite racing sesame nak topup amalan kebajikan sebanyak mungkin.

"sesiapa yang ketawa ketika melakukan dosa, akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan menangis." [ Riwayat Abu Naim]

Read more...

09 August 2011

.::ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR::.


salam ramadhan kareem kawan-kawan. pejam tak pejam. celik tak celik. da nak amper abes fasa pertame ramadhan dah. kejapnye la rasenye. onestly, taem awal-awal puase ari 2. x denye bersedia sangat. mane taknye. dengan esemen menimbun kalahkan everest je, presentation memanjang kalahkan banjaran titiwangsa. ailaaa

tapi 2 la. bile fikirkan ni mungkin ramadhan terakhir kite. sape taw an. da ramai pun orang-orang kat sekeliling cik atin da selamat kembali ke alam barzah. yang pergi 2 plak bukan taraf pak cik mak cik datuk nenek. sumernye mude belia. kanak-kanak pun ade. turn kite je yang kite tak taw bile. so, sedia ke tak sedia ke memang kene sedia. mase mane penah tunggu kite. nak suh mase stop dulu nak tunggu kite sedia? haaa. mustahil bin ajaib la 2 jawabnye. so, bende yang kene and patut buat ialah pakse diri. sapai bile nak manjekan diri yang sedia manje ni kan?

klu slame ni bile abes je ramadhan, bile fikir ape yang dah wat ngan sebulan ramadhan 2, rase cam puas aty je bile da slamat puase makan minum slame sbulan, pergi terawih malam-malam kat surau klu rajen, then khatamkan quran skali. tapi soalan dye. cukup ke ngan sumer 2 je?

"wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" [surah al-baqarah : 183]


ok. klu wat analisis balek, cukup ke sekadar tahan perut dari terime makanan mahupun minuman dari terbit fajar sapai masuk maghrib? macam mane dengan anggota laen? da tertahan semuanye dari melakukan perkara-perkara yang melaghakan?

tang solat sunat plak. cukup ke sekadar terawih semate-mate? tak kan tak nak praktis kot solat-solat sunat yang laen. rawatib misalnye, tahajud apatah lagi, paling kurang solat taubat.

daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "rugilah seseorang yang memasuki bulan ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampun" [riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]


klu sebelum ni rasenye da abes baek dah klu dapat khatamkan quran sekali sepanjang ramadhan 2. but bile bace SOLUSI yang edisi ramadhan punyer 2. rase cam terpukul plak. diceritakan ade 1 ulama' 2 boleh khatamkan 59 kali sepanjang ramadhan 2. amek ko. terpukul tertampar terjatuh tersungkur la jawabnye. mane nak letak muke ni?

udah-udah la 2 atin wei. membebel ke diri sdiri sapai esok tak sudahnye. FB pun da slamat deactive sepanjang ramadhan ni. tepon pun da letak tepi. haaa. ape ag alasan yang ade, jom topup seberape banyak amal kebaekan sepanjang bulan berkat ni, dengan harapan bile abes je madrasah tarbiah ramadhan ni tak de la menyesal sebab tak gune dengan sebaeknye. langkah pertame and utama tamatkan celoteh kat sini. sign out then g kelas ok !



Read more...

08 August 2011

.::BERBUKA PUASA::.


"bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika BERBUKA, dan kegembiraan sewaktu bertemu Tuhannya" [riwayat Muslim]

<<--DURIAN + nasi puteh + ikan keli masak lemak kuning + martabak + teh ais + air tebu + ikan paten bakar a.k. a pais + sosej-->>

haa. 2 diaaa. menu berbuka pose semalam punyer. memang melantak bagai tak engat la. amper-amper ponteng isyak n terawih berjemaah dek kekenyangan yang amat. usai makan 2 memang menyandar bagai ular sawa je gayenye.

AMARAN : sile jangan tiru amalan tidak sihat ini !

2 la dia manusia. klu da makan 2 memang tak engat dunia la. padahalnye antare hikmah puase adalah untuk kite merasai nikmat berlapar orang-orang fakir miskin. tapinye klu da sumbat perut penuh gayanye. memang tak de maknanye la.

konklusi dye : sile lah berpade-pade dalam setiap tindakan. sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang bersederhana..

p/s : rosak abes plan nak diet. tak boleh jadi gini...

Read more...

05 August 2011

.::PANDANGAN MANUSIA::.


Cik F:
atin, aku rase macam dyorang pandang serong je kat aku

Cik atin:
plak dah. napenye ni?

Cik F:
ntah la wei. ko pun taw an aku macam mane dulu.

Cik atin:
la. i2 kisah lame la. yang da lepas bia la lepas. jangan judge orang berdasarkan kisah silam dye.

Cik F:
i2 ko yang cakap. orang laen tak fikir macam ko cakap 2.

Cik atin:
la ko ni. jangan fikir sangat. klu ko asyik dup mikirkan pandang manusia ni memang sapai ke sudoh la tak ke manenye ko. engat wei. yang paling petim pandangan ALLAH 2. manusia mane taw isi hati kite. hanya ALLAH ngan kite je yang tahu apa yang tersirat dalam hati kite.

Cik F:
tapi wei. mane-mane aku pergi aku rase macam orang pandang serong je kat aku.

Cik atin:
ish mane adenye. 2 perasaan ko je la. tak ade sebab orang nak pandang serong kat ko.

Cik F:
mane plak. aku dulu an jahat.

Cik atin:
ala ko. mane ade manusia yang sempurna. i2 bukan jahat namenye. nakal siket je pun. sumer manusia ni same je. ko kena engat, ALLAH pandang hanya pada iman dan taqwa je. tak kesah la macam mane background ko. klu ko da cuci tangan, insaf dan taubat. its ok. kot-kot ko yang ag mulia daripada orang laen ikot pandangan ALLAH. sape taw an.

Cik F:
tapi, aku rase rendah diri je.

Cik atin:
bagus la klu ko rase rendah diri. 2 leh jadikan ko lagi dekat ngan ALLAH. tapi jangan plak ko sapai nak hina-hina diri ko lebih-lebih. engat. we are what we thought. walau macam mane orang laen support ko dari luar. hanye ko je yang leh ubah diri ko. hidup ni suatu pilihan. ko yang berhak pilih tok bahagia atau derite. tapi alang-alang bahagia da ade depan mate, tak kan nak pandang sebelah mate je kot. letak tepi je sumer halangan-halangan yang ade.

Cik F:
ntah la wei. macam-macam aku fikir.

Cik atin:
1 je ko kene engat. kritikan 2 memang perlu dalam hidup. dan manusia pun memang suke bagi kritikan. amek yang positif je. yang negatif 2 letak tepi je. hidup ni kadang-kadang kite kene wat macam tunggul je. jangan sensitip sangat.

Cik F:
a'ah. macam ko an. ha3

Cik atin:
aku bukan tunggul la. aku ni jiwa batu, kepale simen, hati kayu. ha3

Cik F:
yela ko. ha3

p/s : kenape nak judge hidup orang. tak boleh ke terime orang seadenye saje??

Read more...

03 August 2011

.::RUKUN, KEWAJIPAN BERPUASA DAN KAIFIATNYA::.


Ø Sebagai salah satu rukun puasa, seorang Islam perlu berniat pada malam hari sebelum berpuasa.

"Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapi tidak berniat (puasa Ramadan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya." (HR. Abu Dawud) Hadis Sahih

Ø Setelah itu, seseorang yang berpuasa itu perlu menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

"...dan makan dan minumlah hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam...(Al-Baqarah: 187)

Ø Bagi orang Islam yang telah baligh, hukum berpuasa adalah wajib.

Ø Hukum puasa adalah harus bagi kanak-kanak yang belum baligh, makruh bagi orang yang belum mandi wajib sebelum terbit fajar, serta haram bagi perempuan yang dalam keadaan haid atau nifas.

Ø Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:

a) nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari

b) mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Ø Orang yang berpuasa wajib berniat, iaitu bagi puasa wajib hendaklah berniat sebelum terbit fajar, manakala bagi puasa sunat pula diharuskan berniat sebelum gelincir matahari.
p/s : semoga ramdhan kali ni adalah ramdhan terbaek buat kite semua..ameen
Read more...