27 March 2013

gagal dalam SPM bukan bermakna gagal dalam hidup


bismillah

ehem. mohon maap. entry ni agak ketinggalan zaman. niat ati nak tulis taem rezat SPM kluar ari tuh. tapi disebabkan keterujaan makan angen tuh lebih membuak buak. makenye entry ini hanya dapat ditaip pada hari ini. hehe

apapun rasenye maseh belum terlambat untuk ucap tahniah pada adek adek yang dapat keputusan cemerlang. untuk adek adek yang kurang cemerlang jangan plak bersedih.. ini pesanan untuk anda :

gagal dalam SPM bukan bermakna gagal dalam hidup. engat. banyak nye bilangan A dalam slip exam bukan indikator terbaek untuk memastikan anda berjaya dalam hidup. sebab ade insan yang pernah gagal dalam SPM tapi sekarang jadi insan yang berjaya. contohnya Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris. cube bace balek kisah hidup dye. andai pasti akan teruja :D

redha. ye. setiap yang terjadi adalah suratan terbaek untuk kita. reflect balek. mungkin usaha kita kurang sebelum nih. mungkin kebergantungan kita pada Allah belum cukup ampuh sebelum nih. jadi. jadikan kegagalan kali ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang. buktikan yang kita tak lemah. kita boleh berjaya macam orang yang dapat straight A berjaya..

fokus. sekarang fokus untuk masa depan. jangan terbawak bawak dengan kesedihan masa lalu tuh. plan elok elok untuk masa depan. kemudian tawakal. insyaAllah kita boleh berjaya. 

satu lagi. engat. adek adek maseh muda. jika diizinkan Allah dipanjangkan usia. maseh panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. maseb banyak rintangan dan cabaran hidup yang bakal menanti. pesan akak. kuatkan semangat. jangan give up. pastikan kebergantungan kita pada Allah tiptop. apa apa pun. utamakan redha Allah dalam setiap gerak kerja kita..

moge adek adek berjaya dunia dan akhirat. bittaufiq wannajah. barakallahufikum

p/s : tahniah achik !


Read more...

15 March 2013

jangan nanges !


bismillah

naek kejang mulut mulut menguap. mata maken layu. dan dan je nak sign out mukebuku tetiba..

pop ! chat muncul

"atin, aku rasa nak nanges"

segale rase mengantuk aku tepis laju laju. aku mungkin bukan penasehat yang bagus. tapi aku kerah sepenuh daye untuk jadi pendengar yang berjaye..

sahabat..

mungkin aku tak dapat faham apa yang kau rase. tak cukup tanah berkejar segala tugasan dan amanah yang perlu dilakukan. keletihan yang memakan daya tahan diri. ye. mungkin aku tak dapat faham sebab aku tak rase ape yang kau rase walaupun mata kasar aku dapat lihat kesibukan kau yang mengalahkan PM tuh. mana taknye boleh kire dengan jari aktiviti lepak melepak dengan kau sekarang nih..

sahabat..

nanges la kalau rasa nak nanges. sebab kadang kadang air mate mampu jadi bicara yang terbaek dikala mulut tak dapat meluahkan apa rasa hati. tapi jangan biarkan air mate itu melemahkan kita. tapi jadikan air mate itu sebagai satu batu loncatan untuk kumpul kekuatan..

sahabat..

selagi bergelar manusia. apatah lagi bergelar pelajar. inikan pula bakal seorang guru. sebuk itu satu perkataan yang sangatlah normal. tak dapat dipisahkan. dah macam kembar siam. tapi engatlah. kesibukan itu akan jadi sia sia andai niat tidak dieklaskan kerana Allah. biarlah penat di dunia. moge di akhirat kita dapat berehat panjang dalam taman taman syurga nanti. insyaAllah

sahabat..

ye. sebagai manusia. rase letih tuh adalah bukti betapa kita nih hamba Allah yang sangat lemah. tapi sebagai orang Islam. kita ada sumber kekuatan. balek pada Allah. mintak pada Allah. mohon Allah kurniakan kekuatan untuk menjalani segala tugasan dan amanah yang dipikul..

aku akan sentiasa doakan kau. moge aku. kau. kita semua kuat dan maken kuat dan terus kuat !

p/s : selamat menjalani praktikum pada senior senior sem lima. selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat rakan rakan sem tiga



Read more...

03 March 2013

menghadap salah faham


bismillah

pernah maen game telefon buruk tak? yang kene passing passing mesep then orang last kene sebut balek mesep yang dye dapat. tengok same ke tak dengan ape yang yang orang first dapat mesep. haa. penah maen tak? tahniah pade yang pernah maen. yang tak pernah maen boleh la wat kumpulan kecik and try maen game nih. best !

fokus kite sekarang ni bukan pasal game tuh. tapi pengajaran dari game tuh. biasenye berite yang disampai dari mulut ke mulut selalunye tak berape nak same. faham tak?

dan akhirnye berlakulah salah faham.

ye. salah faham tuh bende normal dalam hidup. tapi tiap kali berlaku salah faham. kite akan sentiasa ada dua pilihan

pilihan pertama. terpulanglah pada individu berkenaan. sama ada untuk terus mendengar spekulasi yang bertebaran megah bak virus dan membuat spekulasi sendiri yang belum tentu lagi betul atau tidaknye. akhirnye terus hidup bersama dengan salah faham yang berpanjangan.

atau

pilihan kedua. berhadapan dnegan salah faham berkenaan. tanya pihak yang terlibat. (bace : bukan pihak ketiga keeempat dan seterusnya) ngadap muka ke muka (bace : face to face). bincang elok elok. akhirnya salah faham dapat di-nyah-hapus-kan lagi di-cincang-lumat-kan. akhirnya hidup dapat diteruskan dengan penuh keamanan sejagat.

tepuk dada jangan kuat kuat. kang saket plak. :p

pilihan ditangan anda !

Read more...