29 May 2013

29 Mei 1453: kisah 560 tahun yang lalu


bismillah

kisahnya berlaku 560 tahun yang lalu. detik 29 mei 1453 datang lagi.. sejarah yang ulung.

pemuda 21 tahun berjaya menawan kota konstantinople. kota bersejarah yang menjadi rebutan ramai. kota yang disebut dalam hadis nabi Muhammad.

dua belas cubaan. dan pemuda ini yang berjaya. pasti insan ini bukan insan sebarangan. pasti insan ini insan yang hebat. menyelusuri kehidupan insan ini cukup memberikan banyak ibrah..

sultan muhammad al-fateh. pemuda berwawasan yang sebaek baek raja dan tenteranya sebaek baek tentera..

malu rasenye bile refleksi diri. aku maseh disini. meniti hari. tapi tak ade kejayaan yang dapat membanggakan diri. apa nak jadi?





Read more...

28 May 2013

saya nak jadi ahli syurga


bismillah

"adek bile besar nanti cita-cita nak jadi ape?"

" kalau cita-cita dunia saya nak jadi doktor Al-Hafiz. kalau cita-cita akhirat saya nak jadi ahli syurga"

subhanallah. siyes. walaupun baru berusia lapan tahun tapi budak nih sangat osem !

semoga Allah permudahkan segala urusan budak ini. ameen

Read more...

25 May 2013

dah kenape?


bismillah

" amboi. berapi bagi nasehat kat orang suh tutup aurat bagai. ahli femli ko tuh berlambak je tak pakai tudungnye"

" Rasulullah dulu tak tunggu sumer ahli femli baginda peluk Islam baru start nak sebarkan Islam"

bile orang sebarkan kebaikan. ambik. jangan membazir. 

ye. memang tak semestinye orang yang bagi nasehat tuh orang tuh kompem dah sempurna. tapi etlis dye ade kesedaran untuk topup akaun akhirat dye. 

sedangkan kita?

Read more...

23 May 2013

oh, musim cuti datang lagi


bismillah

klu kire ke cuti tidak rasminye dah start ari isnin lepas lagi. nak spesifik lagi sebaek sahaja kaki melangkah keluar dari "dewan" exam paper terakhir ari tuh. tapi takdelah beriyer mane nak balek. buktinya petang semalam baru selamat jejak kaki ke rumah terchenta.

tapi pagi nih pun tak berape nak best sangat. sebab adek adek masih skolah. jadi rumah maseh sunyi. jadinye mood berholiday tuh tak berape nak datang lagi. tapi esok memang kompem lah terase sangat mood ho-ho-liday yer. sebab adek adek dah start cuti. rumah memang kompem riuh la dengan perangai adek adek yang macam macam gaye..

cuti kali nih dalam tiga minggu jugak la. nak ikot perancangannye agak penuh jugak lah. sapai plan nak kerja pun terpakse dikensel. harap harap segala aktiviti yang dirancang tuh berjalan lancar.. kita hanya mampu merancang. tapi perancangan Allah lagi hebat. doakan aku erk kawan kawan sumer =D

cukuplah. update ringkas kali nih. nanti update lagi. insyaAllah. jadi, usah difikirkan paper paper yang telah hangus terbakar dalam dewan exam. sekarang masa untuk nikmati saat saat bercuti semaksimum yang mungkin. selamat memanfaatkan cuti yer :)

Read more...

09 May 2013

incik exam dah datang ketuk pintu


bismillah

ting tong !

bile incik study week mula memunculkan diri maknenye incik exam bakal tiba minggu depan. oh no !

final exam kali nih agak mengeluarkan-peluh-menjojolkan-bijik-mate dek kerana cabarannye di aras yang agak tinggi. mane taknye. dengan lima paper dan tiga paper straight. yang ag power siap ade dua paper dalam satu hari. fuhh

13 mei 2013 : pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
14 mei 2013 : pendidikan ibadah sekolah rendah
15 mei 2013 : pendidikan sirah sekolah rendah
                       kemahiran bahasa arab sekolah rendah
20 mei 2013 : pendidikan Al-Quran elektif

selamat menghadapi peperiksaan kepada semua warge institut pendidikan guru a.k.a IPG. moge dipermudahkan segala urusan kita semua =D

p/s : belajar kerana Allah bukan belajar kerana exam

Read more...

07 May 2013

Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

 bismillah..

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistimewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.



Dipetik daripada blog: nasronhashim.blogspot.com

Read more...

terime kaseh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

Read more...

06 May 2013

#PRU13 : tahniah. semoga itu yang terbaik


bismillah..

alhamdulillah. dah selamat berlalu pilihan raya 13. pastinya ianya akan menjadi memori bermakna dalam lipatan sejarah negara.=D

tahniah dan takziah pada barisan nasional kerana masih diberi mandat dan amanah oleh rakyat untuk terus memerintah negara. sesungguhnya amanah itu bukan suatu kebanggaan bahkan suatu tanggungjawab yang pasti akan disoal di akhirat kelak..

mungkin ade yang tersenyum bahagia dengan keputusan yang diperolehi. mungkin ade yang sedih kechewa dengan keputusan yang diperolehi. tapi percayalah. walau apa pun keputusannya ianya adalah perancangan yang terbaek yang telah Allah aturkan..

"Mereka merancang , Allah juga merancang , Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" (surah Ali-Imraan : 54)

Allah ada rencana yang lebih baik !

semoga inilah yang terbaek untuk negara. lima tahun bukan tempoh untuk disia-siakan. mohon semoga Islam terus tersebar dengan megah di atas muka bumi Allah ini.

bagi yang menang. jangan sia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat. lakukan yang terbaik untuk negara dan agama. jangan jadikan manifesto hanya tinggal manifesto. janji untuk ditepati! kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

kepada yang belum berjaya. engatlah. anda belum kalah. cuma belum menang. teruskan berjuang dengan seikhlas hati. Allah menilai setiap gerak langkah kerja itu. semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah.  

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (surah al-baqarah : 216)

 kemenangan yang abadi adalah kemenangan apabila berjaya sama sama berpimpin tangan menuju ke pintu syurga. uhuk !


p/s : kemenangan belum tentu nikmat. kekalahan belum tentu azab

Read more...

05 May 2013

5 mei 2013 : selamat mengundi rakyat malaysia

 

bismillah

alhamdulillah. dah selamat menjalankan tanggungjawab mengundi sebentar tadi. maw dekat sejam jugak beratur. tapi dek kerana excited nak mengundi kali pertama gagahkan jualah kakinye.. =D

kepada rakyat jelata yang maseh belum menjalankan amanah anda. maseh ade mase lagi. luangkan sedikit mase untuk memangkah. undian anda mungkin dapat merubah masa depan negara..

# ini kalilah atau lain kalilah. anda pilih. selamat mengundi pada semua yang layak mengundi !

Read more...

04 May 2013

PRU 13 : kuasa sepatutnya menyatupadukan


bismillah..

kurang dari dua puluh empat jam. proses mengundi bagi rakyat malaysia yang layak mengundi akan bermula. maken menghampiri jam dua belas malam ini. maken terase bahang pilihan raya 13 kali ini. sepanjang perjalanan semalam pun. pemandangan dipenuhi dengan bendera-bendera terpacak tergantung dimerata rata tempat. belum dikira bendera bendera yang melekat kat kereta kereta yang berduyun duyun. bile selisih je. hon hon kedengaran. paling kurang pun isyarat lampu yang diberikan. 

flashmob flashmob !

itu belum dikire dengan wall muka-biru dan burung-biru. entry blog. surat khabar. penuh dengan hal-hal berkaitan dengan pilihan raya 13. seronok tengok suasana pilihan raya kali ni. padahal pilihan raya sebelum nih pun suasana dye lbih kurang je. tapi kali ini sejujurnya aura dye terase lebih hebat. tak taw la same ade sebab pilihan raya kali ni lebih sengit atau adakah disebabkan esok kali pertama aku layak memangkah esok. eh?

ramai member-member perasan. bile masuk je bab politik. aku akan kunci mulut aku serapat-rapatnye. diam nye aku bukan bermakna aku tidak amek peduli. diamnya aku kerana lebih selesa memerhati. suatu mase dahulu. menjadi penganalisis politik itu merupakan salah satu deretan senarai cita-cita lampau aku. betapa gile politiknya aku sampaikan amper sumer latar belakang ahli politik aku kaji. itu dulu..

ini sekarang. maken hari. aku rasekan politik itu semaken kotor. fitnah-mencaci-mengata-mengutuk maken menular bahkan menjadi makanan seharian. tidak lengkap rasenye dunia politik dengan rencah-rencah seperti itu. oh !

bukan aku membenci politik. manekan mungkin aku membenci politik. sebab Rasulullah sendiri berpolitik. mane mungkin aku membenci apa yang dilakukan oleh idola aku. tapi politik rasulullah sangat osem !

politik rasulullah menyatu padukan. ya. Rasulullah tidak pernah mengetepikan hak umat Islam mahupun bukan Islam. hak semua terpelihara. belum pernah lagi sepanjang aku hidup ini aku berjumpa mane mane hadis atau ayat Al-quran yang menggalakkan perpecahan. ISLAM itu bersaudara kawan-kawan !

politik rasulullah menegakkan daulat Islamiyah. Islam tersebar dimerata dunia. buktinya. rasulullah berjaya membentuk piagam madinah. piagam Islam pertama di dunia. amek mase analisis kandungan piagam madinah. pasti anda akan kagum..

malas nak mengulas panjang. selamat mengundi bagi mereka yang mengundi esok. buatlah pilihan yang tepat. kerana undian anda begitu berharga..

# ini kalilah atau lain kali lah. kekal atau ubah. anda pilih !
Read more...

01 May 2013

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke dua puluh tiga

bismillah

1 mei 1990 - 1 mei 2013

alhamdulillah. arinih genap dua puluh tiga tahun usia mahligai bahagia milik incik ishak hamad dan puan roziah othman. bukan senang nak membina sebuah mahligai rumah tangga. inikan pula nak mengekalkannya untuk dua puluh tiga tahun. tahniah. moge kita semua mampu berpimpin tangan ke syurga nanti. terime kaseh walid walidah sebab jadi parent yang ohsem untuk along dan adek adek. 

sayang walid walidah kerana Allah <3


Read more...