bismillah
31 ogos 1957 - 31 ogos 2013
alhamdulillah. malaysia dah selamat merasai nikmat merdeka buat kali ke lima puluh enam. alhamdulillah. banyak pembangunan yang dapat kita lihat jika dibandingkan dengan beberape dekat terdahulu. sebagai anak pascamerdeka.
alhamdulillah. bersyukur sangat sangat. sebab lahir lahirnya dah ade elektrik duepuluh empat jam. dah ade air paip direct ke rumah.. berbanding dengan zaman nenek moyang kita yang terpakse menggunakan pelita untuk menerangi suasana malam hari. terpakse menngunakan air perigi untuk memenuhi keperluan harian..
alhamdulillah. bersykur sangat sangat walaupun sebenarnya maseh banyak yang kita ketinggalan jika dibandingkan dengan negara negara maju, tapi tak pe. maseh banyak yang boleh kita lakukan untuk sama sama membangunkan negara malaysia terchenta ini..
tapi apakah itu sebenarnya makna sebuah kemerdekaan?
hanya semata mata maju dari segi pembangunan infrastrukturnya sahaja?
saya sendiri melihat merdeka itu dari konteks pembebasan diri daripada belenggu karat karat jahiliyah dalam diri. dan jika ini dijadikan penanda aras merdeka dalam diri saya. maka sejujurnya saya boleh katakan yang saya maseh belum merdeka sepenuhnya..
mana taknya, maseh terlalu banyak karat jahiliyah yang perlu disucikan. bukan setakat perbuatan, amalan bahkan paling penting sekeping hati yang selalu lalai dalam mengingatinya. Allah T___T
# salam merdeka buat semua rakyat malaysia. peliharalah merdeka yang kita kecapi ini. nikmatilah nikmat merdeka dari definisi yang sebenarnya
Read more...