29 July 2011

.::REALITI HARI INI::.

Assalamualaikum. Wahai sahabat² seagama denganku. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini. 3 Minit je, tak lama pun. Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian hitam. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun. lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Apamacam? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda FIKIRkan lah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..."

"kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. dia tak kata pun nak bunuh. tapi generasi skrang amat lemah. baru kena ugut terus lari lintang pukang. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. tu pun bila time sembahyang jumaat. tunjuk muka kat org kampung. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia..."

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai. tak cukup masa.."

"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???"

KENAPA?

gelak tu kan realiti. tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

berapa banyak????

Wallahualam…

P/S : artikel dicilok dari FB..


Read more...

20 July 2011

.:: SAHABAT::.



Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

p/s : lagu tema cik atin + kinah + usna taem dup ostel dulu. da lame tak denga lagu ni. asal denga lagu ni. sumer kenangan yang kiteorang ukir bersame taem sekolah dulu akan terimbau kembali. moga semuanye berjaya dalam hidup masing-masing. i'm gonna miss both of you like crazy frog. he3

Read more...

19 July 2011

.::TIPS UNTUK ORANG YANG SUSAH TIDUR::.


1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor. Kebersihan, keselesaan dan kenyaman akan membantu anda untuk tidur dengan kadar yang berkualiti dan memcukupi.

3. Seterusnya ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata. Menginsafi segala kelalaian, kealpaan, dosa-dosa dan maksiat seharian yang kita lakukan.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya. Al-Quran adalah sumber ketenangan yang sangat utuh dan memberikan kesan yang sangat baik untuk rangsangan positif kepada tubuh badan dan fikiran kita.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca surah tiga kul. Apa itu ? Ia adalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai. Saat ini, lafazkanlah doa sebelum tidur. InsyaAllah.

sumber dipetik dari : [sini]Link

p/s : renung-renungkan dan selmat beramal..



Read more...

18 July 2011

.::EMPAT ALASAN YANG TIDAK DITERIMA::.

PADA HARI KIAMAT ALLAH AKAN MENOLAK ALASAN EMPAT ORANG DENGAN EMPAT ORANG:

Terhadap orang-orang kaya dengan Nabi Sulaiman a.s.

Jika si KAYA berkata : Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat ibadat
Maka dijawab : Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat.

Terhadap orang-orang hamba sahaya dengan Nabi Yusuf a.s.

Jika hamba sahaya berkata : Karena saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.
Jawabnya : Yusuf a.s menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.

Terhadap orang-orang miskin dengan Nabi Isa a.s.

Jika si miskin berkata : Kemisikinan itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.
Maka dijawab : Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s tetapi Isa a.s tidak terhalang untuk melakukan ibadat.

Terhadap orang-orang yang sakit dengan nabi Ayyub a.s.

Jika si sakit berkata : Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.
Maka dijawab : Penyakitmu tidak lebih berat dari Ayyub a.s tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu.

Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah pada hari qiyamat.

Abud-Dardaa' r.a berkata : Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, dan tidak suka mati dan saya suka, dan tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit karena menjadi penebus dosa-dosaku, dan aku suka miskin sebab menyebabkan tawadhu' kepada Tuhanku, dan suka mati karena rindu kepada Tuhanku.

Ibn Mas'ud r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Tsalaatsun man ruziqa khairayiddunia wal akhirah: Arridha bilqadha', wasshabru alal balaa'i, waddu'aa'u indar rakhaa'i. (Tiga macam siapa yang mendapatkannya maka ia telah mencapai kebaikan dunia akhirat: Ridha pada qadha' dan taqdir, sabar atas bala' ujian, dan berdo'a di waktu senang).

ABULLAITS ASSAMARQANDI - H. SALIM BAHREISY ( TANBIHUL GHAFILIN)

Read more...

17 July 2011

.::LAGIKAN LIDAH BOLEH TERGIGIT::.


assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan sekalian. jom kiter share ilmu siket.
Islam sentiasa menggalakkan sesama Muslim agar sentiasa hidup rukun damai, memberi kasih sayang, membina ukhuwah, menghubungkan silaturahim, bantu membantu dan menyuruh menjauhi permusuhan, tidak mendedahkan keaiban saudaranya, menjauhi perasaan hasad dengki dan fitnah memfitnah.

Dari Anas bin Malik r.a. bah...awa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Abu Ayyub Al-Anshari r.a berkata bahawa :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak mau menyapa) saudaranya lebih dari tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

jadi, tidak salahlah jika kita cuba memaafkan dan menerima segala kesalahan orang yang paling kita benci..
p/s : lagikan lidah boleh tergigit. inikan plak manusia. tak gitu?
Read more...

16 July 2011

.::RAJA YANG RELA MENJADI TUKANG KEBUN::.

Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kekuasaannya. Oleh kerana kehidupan yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya, baginda akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun.

Kebun yang dijaga oleh baginda itu ada banyak pokok-pokok delima. Ia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin. Suatu hari datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke pokok-pokok delima untuk mencari buah delima yang paling masak.

Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah. Kemudian berkata: “Wahai Ibrahim tolong bawakan kepada aku sebiji delima yang lebih manis.” Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahiu mengapa tuannya itu menyuruh dia membawakan sebiji lagi. Setelah buah yang diberikan kepada tuannya itu dimakan, dengan sepontan buah itu dibuang oleh tuannya itu.

Oleh kerana terlalu marah sebab buah yang dimakannya itu masih masam, ia pun berkata dengan suara yang keras: “Wahai Ibrahim! Hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang masam dan manis?” Lalu jawab Ibrahim dengan suara yang lemah dan sopan: “Tuan, bukankah saya ini diamanahkan untuk menjaga kebun supaya sentiasa subur dengan buah-buahan, tetapi tuan tidak memberi keizinan kepada saya merasa buahnya.” Betapa terkejutnya tuannya itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak terduga sama sekali akan besarnya sifat amanah yang ada pada tukang kebunnya itu.

P/S : tanggungjawab dengan amanah 2 bende yang same ke erk?

Read more...

15 July 2011

.::DIET RASULULLAH::.

sumer orang nak sehat. klu pompuan nak slim. betol tak? salah satu carenye ialah dengan mengamalkan diet yang sehat. tapi camne plak yang dikatakan diet yang sehat? ok. jom kite share sket maklumat ni. moga ade manfaatnye !

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

CARA MAKAN

A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit. tapi, kalau tak percaya. cubalah ! Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

sumber dipetik dari [sini]

p/s : tak salah mencube jika ia suatu kebaikan. betol tak?

Read more...

13 July 2011

.::SEMOGA ROHMU TENANG DISANA::.

Guru suruh 4 anak keluar sebelum maut
Oleh Adnan Mohamad

2011/07/12

  GURU dari SM  Putera  Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah  Junaidah, semalam.
GURU dari SM Putera Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah Junaidah, semalam.

Mangsa tersepit kereta dirempuh van dipandu laju

KOTA BHARU: Seorang guru wanita yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Tunjong, di sini, pagi semalam, sempat mengarahkan empat anaknya keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri, sebelum beliau menemui ajal.

Junaidah Mohd Nor, 44, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Tunjong, Jalan Kuala Krai, di sini pada jam 7 pagi, dikatakan berbuat demikian selepas beliau tercedera dan tersepit di tempat duduk pemandu.
Saksi, Mohamad Teh, 63, berkata dia yang berada di tempat kejadian sempat melihat mangsa membuat isyarat supaya empat anaknya keluar walaupun kelihatan menahan kesakitan.
Katanya, dia sendiri tidak berdaya menolong menarik mangsa keluar kerana bimbang kecederaannya bertambah teruk.

“Ketika itu, mangsa terlalu tenat kerana menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat membantu. Selepas beberapa ketika, saya lihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, manakala seorang anaknya turut mengalami kecederaan dipercayai patah kaki dan tangan.

“Saya terkilan tidak dapat membantu tetapi apakan daya, kenderaan mangsa terperosok di bawah van sehingga menyukarkan orang ramai membantunya yang tersepit,” katanya yang juga peniaga gerai makan.

Mohamad berkata, dia juga terkilan kerana pemandu van yang merempuh Proton Wira milik mangsa terus melarikan diri dipercayai menaiki sebuah kenderaan rakannya.

Dalam kejadian itu, Junaidah bersama empat anaknya, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15; Nur Jaihan Afilin, 13, dan Natasha Juliana, 10, dalam perjalanan menghantar mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ismail Petra 1.

Suami mangsa, Mohd Nawi Deraman, 45, berkata isterinya yang mengajar di Sekolah Menengah (SM) Putera, di sini, keluar rumah kira-kira jam 6.40 pagi bersama empat anaknya kerana jarak sekolah dan rumah agak jauh, berbanding dirinya yang mengajar di SMK Mulong, di sini.

“Saya menyangka ia hanya kemalangan kecil, tetapi setibanya di tempat kejadian, saya terkejut apabila diberitahu isteri mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam

P/S : al-fatihah kepada arwah cikgu junaidah. x-guru maahad muhammadi perempuan kota bharu. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. ameen

Read more...

11 July 2011

.::HAKIKAT BAHAGIA::.

semua orang mengimpikan kebahagiaan dalam hidup masing-masing. tak berape nak betol klu ade orang tu nak hidupnye sentiase diselebungi kegelisahan + kesedihan + kederhakaan. tapi ramai yang tanye ape i2 bahagia sebenarnye. bagaimana nak bezakan bahagia yang palsu dan bahagia yang hakiki. so, sedikit sebanyak dalam lagu ni ade jawapannye. selamat menghayati.




Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

p/s : mungkin cara kite berbeza tapi hakikatnye matlamat kite tetap same. ye tak?


Read more...

10 July 2011

.:AZIMAT BONDA::.

bagi sape-sape yang tak tahu, ini lagu FAR EAST yang punyer. even ini adalah lagu yang tak berape baru. but lirik dye sangat la menyentuh pintu jantung cik atin. bak kate tekno. jgn dengar lagu saje (apa2 saja lagu) tapi hayatilah liriknya juga. jgn hayati saje. ambil iktibar. amal dan sampaikan. insyaALLAH



Langit kirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari-hari indah bersamamu
Bertabur di tanah kenangan


Wajah berona simpati kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma
Mengundang air mata


Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahgia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu


Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu


Sehingga teramat asyik
Setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Setitis air mata ibu
Yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan


Tertutup pintu syurga
Jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk hati yang paling dalam


Di tirai malam aku bersandarkan
Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam
Terlena di rajutan rindu


Tiada yang terindah di dunia
Dapat mengganti hilangmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat
Mengisi relung hatimu

p/s : hargailah dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa kite sementara ade kesempatan..may ALLAH bless us !

Read more...

09 July 2011

.::MAKSIAT BATIN::.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati.”Link
Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

- Bercakap banyak
- Suka marah-marah
- Berhasad dengki
- Bakhil
- Suka bermegah-megah
- Sombong dan takbur dengan diri sendiri
- Cintakan dunia
- Suka memfitnah
- Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
- Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

sumber dipetik dari : [sini]

Read more...

05 July 2011

.::GEMENTAR HATI ITU::.


ni sambungan entry sebelum ni. yang insiden kat masjid 2.

alkisahnye begini. time singgah kat masjid 2 cik atin ditugaskan jage mumtaz sementare walidah nak solat. macam beselah. mulut si mumtaz ni. selagi dye tak tido ade je bende yang dye nak pot-pet-kan. menurun gen sape pun cik atin tak taw. kebetulan lak taem kiteorang sapai kat masjid 2 ade tazkirah. ustaz dye pun macam best gak. macam beselah klu tazkirah 2 mesti la ade selit-selit siket ayat-ayat suci al-quran. betol tak?

tengah mumtaz dup pot-pet 2 tibe-tibe je mumtaz terdiam sepi. nak taw nape? sebab ustaz 2 bace potongan ayat quran. yang mane maksudnye :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..." ( Surah Al-Anfaal, ayat 2 )

tak sure la plak same ade mumtaz 2 silent sebab suare ustaz 2 sedap sangat mengalunkan ayat suci al-quran 2 ataupun disebabkan maksud disebalik potongan ayat 2. yang pastinye mumtaz memang diam + sepi seketike. maw dalam 5 minit kot.

may ALLAh bless us !

Read more...

02 July 2011

.::SETIAP ORANG AKAN MERASAINYE::.



kadang-kadang kite tertanye-tanye. dalam berbilion-belian manusia yang ade kat muke bumi ni kenape kite yang kene. sedangkan ramai ag kan orang kat lua sane?. padahal semua orang taw. idup ini adalah ujian. perjalanannye umpame roda berputar. ade kale berade di atas. ade kale berade di bawah.


tapi sedar atau tidak sebenarnye. kesedihan. kehilangan. kekecewaan. itu semua adalah adalah 1 petanda bahawa dunia ini bukan lah manis dan indah semate-mate. dan kenape kite pulak yang kene? ini adalah kerana kite adalah istimewa. hanye insan terpilih sahaje yang layak untuk menerime ujian i2. dan yang pasti seberat mane pun ujian i2. ianye mampu untuk kite hadapinye. sebab ALLAH i2 tidak pernah zalim terhadap hambaNya. pasti ade kesenangan selepas kesukaran. dan pastinye setiap kesukaran itu akan berakhir. cume kite tidak tahu bile masenye akan tibe.


dan engatlaah dalam menghadapi ujian hidup kite tidak pernah keseorangan. ALLAH sentiase ade bersame kite. hadapilah setiap ujian itu dengan sabar dan tenang. easier said than done. but belom try belom tahu. may ALLAH bless us !

Read more...