31 December 2013

konklusi PBS


bismillah

hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun dua ribu tiga belas sebelum kita jejak hari pertama tahun dua ribu empat belas. sungguh sangat banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang tahun nih. alhamdulillah

dalam banyak banyak pengalaman. pengalaman menamatkan fasa PBS adalah antara pengalaman yang bermakna. alhamdulillah. dah selamat menamatkan empat fasa PBS. ini bermakna start sem depan bermulalah fasa praktikum selama 3 fasa. sebelum internship sebulan. siapkan AR. lepas tuh bolehlah tamatkan pengajian lima tahun setengah nih dengan penuh bangge. fuuhh

PBS 1 : sk jejawi. perlis ( pinggir bandar)
PBS 2 : sk keratong 1. pahang ( felda )
PBS 3 : sk temoyong. langkawi. kedah ( kawasan perlancongan )
PBS 4 : sk sultan sulaiman 2. kuala terengganu. terengganu ( bandar )

disebabkan untuk PBS nih kita diberi kebebasan untuk pilih sekolah. makanya memang dari mula mula PBS lagi aku dah plan untuk buat di sekolah yang berbeza. negeri yang berbeza dan penempatan sekolah yang berbeza. mungkin bagi orang laen PBS mase untuk duduk umah lebih lame. jadi ade yang buat keputusan buat PBS dekat kawasan umah. jadi boleh terus sambung cuti.

tapi sejujurnya aku melihat PBS nih sebagai satu peluang untuk aku kutip pengalaman dengan sebanyaknye. sebab ape?

1. sekolah berbeza
aku percaya cara pengurusan setiap sekolah pastinya berbeza. sebab tuh aku pilih untuk pergi sekolah yang berbeza. dan alhamdulillah. dari empat empat PBS aku dapat buat perbandingan cara pengurusan setiap sekolah. dan setiap pengurusan sekolah itu bergantung pada misi dan visi sekolah itu sendiri.

2. negeri yang berbeza
aku percaya yang setiap negeri mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang berbeza. dan ye. aku bersyukur sangat sangat sebab hasil dari empat PBS yang aku dah buat aku sangat banyak belajar tentang kebudayaan dan cara hidup masyarakat setiap negeri yang aku pergi. alhamdulillah. ada cara hidup yang boleh dicontohi. ada cara hidup yang boleh diambil pengajaran dan dibuat sempadan

3. penempatan sekolah yang berbeza
part nih yang aku paling suka. dari pemerhatian aku. penempatan sekolah mempengaruhi cara pergaulan murid dan warge sekolah itu sendiri. ada sekolah yang aku pergi warge sekolahnye sangatlah ramah mesra. walau seminggu je aku dekat sekolah tuh. bile hari last nak balek tuh bertimbun hadiah yang aku dapat. paling tak boleh dilupekan ade murid yang sampai nanges nanges dan peluk erat aku. siyes. taem tuh rase terharu sangat. penerimaan cekgu pun alhamdulillah sangat. kami borak macam macam bende. rasa macam dah lame kenal je. 

4. group-mate yang berbeza
alhamdulillah. sepanjang empat PBS yang aku buat. aku dapat merase pengalaman berPBS dengan group-mate yang berbagai latar belakang. PBS yang pertama aku buat dengan group dari dua IPG yang berbeza. IPG bainun dan IPG perlis. dyorang sumer budak tesl. PBS kedua aku buat dengan group dari IPG aku. tapi dengan budak BM. PBS ketiga aku buat dengan group IPG aku jugak tapi campur. budak tesl 2 orang dan budak pai 2 orang. PBS last aku buat dengan budak BM IPG aku jugak. ye. aku tak pernah buat PBS sorang sorang walaupun sebenarnye ia dibenarkan sebab aku nak belajar care co-op. antara task PBS adalah untuk mengumpul maklumat sekolah disamping maklumat laen. dan sepanjang nak menyiapkan tugasan tuh. alhamdulillah. aku belajar cara berkerjasama dengan orang yang berbeza. thanks korang =D

5. femily angkat yang berbeza
aku memilih untuk tinggal dirumah femli angkat berbanding dengan sewa homestay atau hotel. bukan isu nak jimat bajet ke hape. tapi sebab aku nak belajar tentang cara hidup masyarakat setempat. cara pergaulan masyarakat setempat. aktiviti masyarakat setempat. paling best belajar tentang makanan masyarakat setempat. alhamdulillah. dari empat PBS nih aku dapat empat femli angkat. 

moge moge dengan pengalaman yang ade nih dapat lah digunekan untuk praktikum nanti. onestly. aku langsung tak bersedia nak praktikum. cuak. nebes. sumer ade T__T



Read more...

28 December 2013

memoir hidup #3


bismillah

usai salam. tanpa sempat menadah tangan. adek kecil itu datang membawa khabar. kaki laju melangkah ke bilik itu

itu bukan air mata permata yang aku lihat. ya. bertahun tahun lamanya aku menjadi saksi ketabahan diri kau. lepas satu persatu ujian yang kau tembuhi dengan penuh kekuatan.

siapa kata menangis itu tanda lemah?

tangisan itu dilepaskan setelah terlalu penat menjadi kuat. dan dalam tangisan itu sebenarnya tangan menggapai cebisan cebisan kekuatan yang bertaburan. dihimpun dan ditimbun untuk menjalani detik mendatang

ku genggam erat tangan itu. moge moge kekuatan yang ada dalam diriku tersalur ke dirimu. aku mohon kau bertahan lagi siket je

antara dua. antara harapan dan pasrah. bukan mudah membuat keputusan.

kini. hanya pada Allah tempat bersandar harapan..

Read more...

27 December 2013

memoir hidup #2



bismillah

dalam fasa berjaga jaga itu. mataku degil untuk lena. maka ku sandarkan diri di kerusi besi itu. dalam debaran aku menungu sebarang pengumuman suara dari bilik itu. setiap detik yang ku lalui bersama debaran yang tak pernah berhenti

mataku menikmati setiap moment moment yang terhidang depan mata. 

si baju puteh laju menolak laju troli bertayar itu menuju ke bilik berpintu itu.. wajah lesu manusia atas troli itu menyapa penglihatan aku sepintas lalu. simpati meragut jiwaku. dikejauhan kelihatan wajah wajah gelisah manusia yang sabar menanti perkhabaran insan insan kesayangan mereka. penuh pengharapan. moge moge si baju puteh yang keluar dari bilik berpintu itu keluar dengan senyuman dan membawa khabar gembira

ku berpaling ke kanan. manusia manusia sedang melepaskan lelah. ada yang tersengguk sengguk di atas kerusi. ada yang meluncurkan badan di atas lantai. ade yang sedang memangku anak anak kecik yang lena dalam dakapan. ade jugak anak anak kecik yang sedang berlari dengan gembiranya tanpa mengetahui realiti di sekeliling mereka

ku tunduk ke bawah. memandang buku kecik bacaan yassin dan mathurat yang menjadi peneman setia sejak petang itu. dalam diam ku panjatkan doa buat yang di dalam sana. 

manusia dan harapan. 








Read more...

26 December 2013

memoir hidup #1


bismillah

dalam fasa berjaga jaga itu. aku sedar aku tidak mampu berbuat apa apa selaen berserah sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa

dalam fasa berjaga jaga itu. aku tak tahu perlu berbuat apa kecuali

meminjamkan telinga menadah segala butir bicara yang terbuku dihati. meminjamkan bahu tempat bersandar melepaskan lelahan jiwa. meminjamkan kata kata agar terus kuat berdiri di situ

aku bangge kerana menjadi saksi ketabahan kau menempuh ujian hidup itu. fi hifzillah sahabat

Read more...

23 December 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar : kematian yang menghidupkan


bismillah

sejujurnya. dah lame entry nih ter-pekasam dalam blog aku nih. ntah. aku teragak agak nak menaip entry nih. tak tahu nak cakap macam mane. tapi yang penting aku taip taip. lepas tuh aku backspace. last last save dalam draft je.

siyes. aku kagum dengan susuk tubuh ini. bukan kerana badannye yang taff. tapi kerana semangat yang ada dalam dirinya. semangat untuk mengejar cita cita yang sangat agung. syahid.

siyes. sepanjang hayatnya aku tidak pernah mengenali beliau. apatah lagi bersua muka. namun. semenjak aku terlihat video ini hati aku bagaikan terjentik untuk lebih mengenali beliau. 

betapa beliau sangat sangat memanfaatkan usia muda beliau untuk Islam. hari hari muda remaja beliau dipenuhi dengan agenda agenda bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri bahkan kepada masyarakat dan juga agama

beliau sangat aktif dengan kerja kerja kebajikan. beliau juga sangat bersungguh dalam menuntut ilmu. bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. beliau bukan sahaja bekas pelajar cemerlang SPM. bahkan beliau sudah mampu menguasai bahasa turki. itu belum dikira kejayaan beliau menamatkan pembelajaran risalah an-nur. subhanallah

sangat berbeza dengan remaja remaja sekarang yang maseh lena dibuai dengan agenda agenda dunia yang membawa kita hanyut dan semakin jauh dari Allah. astagfirullah al-adzim T__T

siapa sangka. insan yang ketika hayatnya pendiam. low profile. tidak dikenali oleh penduduk dunia tapi kini nama beliau bukan sahaja menjadi sebutan makhluk dunia bahkan makhlut dilangit sana

moge moge kematian beliau menghidupkan hati hati kita semua untuk sentiasa menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup. semoga hari hari yang kita jalani lebih bermanfaat dan mendekatkan diri kita pada Allah. 

p/s : bila Allah terpasak dihati. hidup menjadi lebih bererti :)

Read more...

21 December 2013

dari along untuk atam


bismillah

punye lah bizi sari dua nih sampaikan nak update blog pun tak nyempat. tapi tak kesah lah lambat ke cepat ke janji update.

siyes. entry kali ini special buat adek tersayang. si atam yang comey

dear atam.

pertama dan utama. alhamdulillah. tahniah atas keputusan pmr. tak dapat lurus A pun tak pe. along tak kesah yang tuh. janji along tahu yang atam dah usaha sehabes baek.

apeapepun along dah cukup tabik spring sebab dalam atam sebuk dup study atam tak pernah lupekan tanggungjawab atam sebagai anak.

ye along tahu. dalam masa atam kene urus rumah sebab atam anak yang paling besar yang ade kat umah kalau taem musim sekolah. dalam masa kene jage kedai sebab walid walidah maken bizi. dalam mase kene jalankan tanggungjawab dan amanah kat sekolah. dalam mase kene jage kesehatan atam sendiri. tapi atam maseh pandai ballancekan mase untuk study.

atam usaha bangun awal pagi untuk study. usaha curi mase untuk buat segale jenis latihan. usaha tanye along angah acik kalau ade ape ape yang tak faham. along dah cukup bangge dengan atam. bukan straight A tuh yang along tengok. tapi usaha atam tuh. takpe. jangan sedih sedih. SPM ade kan. tebus balek nanti. agpun along yakin atam mesti mampu sebab atam dah buktikan dulu kan. taem UPSR. 

atam mesti boleh punyer. atam kan adek along. adek along sumer boleh. eklaskan niat mase belajar. fi hifzillah :)

p/s : jangan jadi macam along. excited sangat rezat PMR. SPM ancuss T_T




Read more...

14 December 2013

dilema tudung : antara tuntutan syariat dan fesyen


bismillah

dulu. masa kecik kecik. pakai tudung sebab walid suruh. walid kate keluar rumah kene pakai tudung. bile dah maken besar. pakai tudung sebab fesyen. tengok comey je orang pakai tudung. kita pun pakai tudung juga. tapi bile dah maken dewasa nih. bile dah jejak umur dua-puluh-an nih. pakai tudung sebab rasa macam pakai tudung tuh satu kewajipan. rasa macam selamat bile pakai tudung. 

ye. secara peribadi. saya rasa tudung tuh sebagai lambang maruah wanita. bukan nak kate yang tak bertudung tuh takde maruah. cumanya bila kita tengok orang yang pakai tudung nih nampak lagi sopan. umpamanya mutiara yang tersimpan kemas di dalam tiram.

alhamdulillah. kita tengok maken ramai wanita wanita malaysia yang bertudung. artis artis pun alhamdulillah maken ramai yang bertudung. namun apa yang menyedehkan bilamana tudung dijadikan sebagai suatu fesyen semata mata. 

ada beberapa kesilapan yang saya rasa mungkin kita semua boleh sama sama perbetulkan :

1. singkat
tudung yang berada dipasaran sekarang kebanyakannye singkat sehingga menampakkan dada. bukankah Allah sudah beritahu secara jelas di dalam Al-quran supaya wanita-wanita menutup dadanya?

" hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir " (surah an-Nur ayat 31)

tapi alhamdulillah. kini semaken ramai pengusaha tudung muslimah yang menjual tudung tudung yang lebih labuh dan menutup dada. pilihan ditangan kita. nak tak nak je =D

2. lekat
ada juga sebahagian tudung dipasaran yang diperbuat daripada kaen yang jenis mudah lekat pada badan. apabila dipakai ianya membuatkan apa yang sepatutnya disembunyikan tetapi jelas kelihatan. pasti ianya akan menarik perhatian mata mata keranjang diluar sana. sedih rasanya T__T

tapi alhamdulillah. kini maken ramai pengusaha tudung muslimah yang menyedari permasalahan ini dan menyediakan alternatif yang sangat berguna. yang mana kita lihat kini ada tudung yang diperbuat daripada kain yang tidak melekat dan lebih selesa dipakai

3. jarang
ya. ini memang saya tak nafikan. saya sendiri penggemar tudung bawal. kebanyakan tudung bawal tudungnya jarang. tapi kita ada alterbatif laen. dengan memakai inner di dalam. ini akan menjadikan tudung kita lebih tebal. inner sekarang pula banyak pilihan di pasaran. macam macam jenis. cakap je. nak beli online pun boleh. nak buat sendiri pun boleh. kalau nak tempah khas lagi lah boleh nye.

ye. tidak salah berfesyen. walaupun saya nih jenis tak reti berfesyen tapi saya suka tengok bende yang cantik. tapi sebelum kita berfesyen pastikan syariat itu didahulukan. renung renungkan dan selamat beramal :)

Read more...

03 December 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar : formula mendidik anak




bismillah

fuhh. amper amper terlupe yang aku maseh ade blog. sebulan lebih tinggalkan dunia blog. dan kini kembali. yeah. i'm back !

sekadar perkongsian ringkas buat ibu bapa. juga bakal ibu bapa. 7 formula untuk mendidik anak :

1. diberikan nama yang ada wawasan
2. meletakkan wawasan ummatik
3. menekankan persoalan adab
4. menghayati Al-Quran
5. memelihara solat dan menunaikan tahajjud
6. menguasai ilmu yang diperlukan pada zamannya
7. menguasai pelbagai bahasa

musim musim cuti nih memang sinonim dengan kenduri kawen. dan yang jadi mangsanye akulah. budak yang masuk umor dua puluh-an. turut terkena tempiasnye. =.='

bagi aku soal perkahwinan bukan suatu yang boleh dibuat maen maen. mane taknye. klu dah bersedia untuk kawen maknenye kene bersedia untuk membina keluarga. nak bina ummah. dan itu bukan kerja mudah. nak lahirkan anak yang soleh. osem. diri sendiri dulu kene pastikan jadi ibu bapa yang super solehah dan osem. sebab mane tumpahnye kuah klu bukan ke nasi

okey. tak nak bebel panjang. aku tinggalkan korang dengan link sedutan video perkongsian abah Şehıdımız Ahmad Ammar 


Read more...