28 December 2015

TIPS BELI RUMAH #003

Ada dua halangan besar beli rumah sewaktu muda.

1. Halangan Luaran.

Kengkawan kata kita poyo, asyik sebut nak beli rumah. Family kata, "enjoylah dulu". Media masa kata "Rumah Mahal Giler". Profesor kata jangan beli rumah dulu, tunggu 2 tahun lagi. Fazura & Nelopah kata "Belilah kereta".

Kita kompius, tak tahu nak ikut yang mana.

2. Halangan Dalaman

Keinginan dan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita ingin bergaya macam kengkawan ofis kita. Kita rasa dah lama hidup susah. Kita malu lepas konvo masih naik moto.

Ini halangan terbesar anak muda hari ini, Halangan Luaran dan Halangan Dalaman. Kawal halangan ini jika kita ingin berjaya.

terima kasih incik Azizul Azli Ahmad

Read more...

26 December 2015

TIPS KEWANGAN #001

#1 Always honour parent first- Asingkan awal2 peruntukan untuk mak ayah setiap bulan. Jangan anggap sebagai bebanan tapi anggap sebagai amal jariah dan sedekah yang paling utama. In Sya Allah rezeki tidak akan putus dan selalu rasa mencukupi.

#2 Provide 3-6 months emergency fund- Kena simpan at least 3-6 bulan duit simpanan kecemasan (min-3 bulan gaji / maks- 6-12 bulan) sebelum start fikir untuk pelaburan dsb. Duit ni x boleh diusik walau apa keadaan sekali pun, hanya untuk kegunaan kecemasan spt. ketika dibuang kerja dsb. 

#3 Saving AT LEAST 10% per month- at least kena simpan 10% dari jumlah pendapatan bersih yang diterima. Lagi bagus simpan dalam bentuk "Forgotten Saving" spt emas. Kalau nak simpan dalam cash, simpan dalam tabung haji etc (yang susah nak keluar & xde kad ATM)

#4 Hutang ibarat pisau- Hutang jika diuruskan dengan baik (pinjaman produktif) akan beri manfaat kepada penghutang (ie hutang untuk membeli rumah dsb). Hutang yang tidak diuruskan dengan baik akan menjadi sebab porak poranda kehidupan (ie hutang dengan along).

#5 Nisbah hutang: Perbelanjaan- Debt to income (DTI) ratio kena less than 0.40 which means jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan mesti kurang 40% dari gaji kasar. Perlu tambah side income @ kurang perbelanjaan untuk capai target ni.

#6 Konsep "Snow-Ball'- Boleh guna konsep ni jika terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Secara ringkasnya, listkan semua hutang dari yg paling sedikit ke yang paling besar. Settlekan hutang yang paling sedikit dahulu supaya dapat motivasi lebih untuk langsaikan hutang2 yang lebih besar. Cari duit extra untuk bayar hutang dengan cara yang sama di #5.

#7 Double C's- Credit card and Car loan are the leading causes of bankruptcy among youth. Cuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dalam 2 masalah ni. Jangan apply kredit kad kalau rasa pekerjaan sekarang tidak memerlukan penggunaan kad kredit. Cash is king. Jika betul nak beli kereta, konsep di #8 amat digalakkan untk diamalkan...

#8 Konsep 20:40:4 untuk car loan- 20% untuk downpayment (approximately 20% of car value depreciate the moment the car out of the showroom), 40%- monthly installment must be below than 40% of monthly gross salary, loan period must be 4 years and below. Kalau boleh amalkan konsep ni baru dikira mampu untuk memiliki kereta.

#9 "Delay Gratification"- Kemampuan untuk menahan diri dari mendapatkan keuntungan yg sedikit untuk keuntungan lebih besar in future. Hanya org hebat2 boleh amalkan konsep ni. Bersusah2 dahulu. After all, it depens on individual's financial target (ie nak bersara dari makan gaji by the age of 35, 45 etc)

#10 Konsep 'anak'- Bagi yang nak/sudah berumahtangga kena ubah mindset bukan anak2 menumpang rezeki mak ayah, tp ibu ayah yg menumpang rezeki anak2. Setiap anak ada rezeki yg tersendiri. Orang dulu2 ramai anak2 tapi rezeki x putus2. Sentiasa bersangka baik dengan Allah untuk ubah mindset ni.

terima kaseh incik Adam Abdullah
Read more...

24 December 2015

TIPS MEMBELI RUMAH #002

sambungan entry sebelum ini

3. Profail Kewangan

-Maklumat peribadi
-Pendidikan
-Pengalaman kerja: alamat tempat kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan
-Pendapatan: aktif, pasif, sampingan, pelaburan
-Simpanan

Berapa banyak bank boleh luluskan pinjaman perumahan ada 4 faktor;

i. DSR (Nisbah Hutang Kepada Pendapatan)
ii. Risiko Profail Individu
iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah
iv. Nilai Hartanah

i. DSR
Bank Umur Gaji% 

1. B.Islam 70 RM7K<70% RM7K>75%
2. Ambank 70 RM5K<60% RM5K>70%
3. MBB 70 RM3.5K<40% RM3.5K>70%
4. CIMB 70 RM3.5K<60% RM3.5K>75%
5. MBSB 70 80%
6. RHB - - RM4K>75%
7. Affin - RM5K <60% RM5K>80%

*Mungkin berubah dari masa ke semasa*

ii. Risiko Profail Individu 

-Latar belakang
-Pekerjaan
-Rekod CCRIS/CTOS
-Risiko hartanah
-Sikap: tabiat menyimpan
-Kemampuan membayar balik
-Konsisten

iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah

-90% untuk 2 buah rumah pertama
-70% untuk rumah ke 3 dan seterusnya

iv. Nilai hartanah 

-Lokasi
-Jenis bertingkat
-Pengangkutan
-Kemudahan
-Pembangunan akan datang
-Kejiranan / Persekitaran
-Pandangan / Rupa hartanah

Seterusnya kita bolehlah mohon pinjaman perumahan.

4. Mohon Pinjaman

Untuk Makan Gaji:

-Pendapatan tetap bulanan
-KWSP
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Tabung Haji
-Akaun pelaburan

Untuk Bekerja Sendiri:

-Penyata akaun semasa perniagaan/syarikat untuk 6 bulan
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Simpanan Tabung Haji
-Bukti pembayaran cukai

Kalau bekerja sendiri kena buktikan yang kita mampu bayar ansuran bulanan. Jika ansuran rumah anggaran RM800 sebulan, tiap bulan purata duit masuk dalam akaun perniagaan/syarikat harus RM8,000 atau lebih. Bank akan ambil kira 10% daripada purata duit masuk dalam akaun selama 6 bulan.

Faham dah sikit-sikit? Dah boleh teruskan niat nak beli rumah. Jangan tunggu lagi. Tiap tahun harga rumah makin naik!

Dah tahu serba sedikit pasal hartanah kan. Okay lah tu.Takde lah korang kena tipu dengan ejen ke, kawan ke nanti. Ada ilmu sikit-sikit okay lah. Kah!

terima kasih incik Amir Syahir

Read more...