22 December 2015

TIPS MEMBELI UMAH #001

1. Tetapkan Matlamat 

Contohnya bila nak beli dan harga berapa. Kena tahu kelayakan gaji boleh lepas berapa jumlah pinjaman perumahan.

Kena setkan matlamat dan tujuan nak beli;
-Duduk sendiri
-Sewa
-Flipping

Kalau nak sewakan kita kena tahu;
i. Aliran tunai setiap bulan.
ii. Apartment low cost, medium, lagi bagus untuk sewakan.
iii. Modal rendah, harga jualan murah.
iv. Aliran tunai tinggi.
v. Legal fees rendah.
vi. Maintenance fees perlu bayar.
vii. Capital appreciation rendah.

Kalau nak Flipping kita kena tahu;
i. Landed property- Capital appreciation yang cepat.
ii. Harga cepat naik tinggi jika rumah landed lebih-lebih lagi conner lot.
iii. Modal tinggi.
iv. Cukai tanah tinggi.
v. Legal fees tinggi.
vi. Boleh naik value rumah bila renovate.

2. Tentang Lokasi

i. Lokasi sedang membangun.
ii. Lokasi mempunyai permintaan tinggi.
iii. Kemudahan asas seperti bank, kedai makan, masjid, taman.
iv. Kesesakan lalu lintas, ada penambahan penduduk dan perniagaan setempat.
v. Lokasi berhampiran dengan pengangkutan awam seperti stesen LRT, kereta api, bas.
vi. Pejabat kerajaan, wisma persekutuan.
vii. Berdekatan dengan hospital, kolej, universiti, politeknik, sekolah.
viii. Industri perkilangan.
ix. Pusat membeli belah yang ada McDonald's.
x. Pusat bandar.

Dengan radius 2 kilometer daripada semua di atas akan naikkan nilai rumah dengan cepat.

Okay jika matlamat sudah jelas kita kena ada perancangan untuk membeli rumah pula. Untuk hari ni kita hadam yang ni dulu ye. Kah!

terime kaseh incik : Amir Syahir

No comments:

Post a Comment