31 January 2011

.:D.O.A:.



KUALA LUMPUR: Keadaan di Mesir dilaporkan semakin tegang selepas perintah berkurung diisytiharkan di beberapa bandar utama dan berikutan itu Wisma Putra mungkin membawa pulang lebih 11,000 pelajar Malaysia jika keadaan semakin buruk. Sehingga ini, semua komunikasi di internet, terutama laman sosial Facebook dan Twitter yang didakwa digunakan sebagai medium meraih sokongan rakyat Mesir untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak disekat sejak dua hari lalu.


Menurut laporan agensi berita antarabangsa, bantahan besar-besaran yang bermula sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan hampir 100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera.
Pelajar Malaysia dinasihatkan menyimpan bekalan makanan sekurang-kurangnya untuk sebulan khuatir jika darurat berpanjangan manakala Persatuan pelajar Malaysia membatalkan semua program sejak Khamis lalu.
Wisma Putra mengesahkan sudah menghubungi dan menasihatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan PETRONAS mengambil langkah keselamatan dan mengelak berada di tempat berisiko tinggi tercetusnya rusuhan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Rujhan Mustafa yang dihubungi berkata, semua pelajar Malaysia selamat dan dipantau Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan.

Ditanya sama ada pelajar berkenaan akan dibawa pulang jika keadaan semakin meruncing, beliau berkata, pihaknya sentiasa mendapat perkembangan semasa dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Mesir dan keputusan berkenaan hanya ditentukan Majlis Keselamatan Negara. - Berita Harian 31/1/2011

p/s : fikiran skrang ngah melayang-layang teringtkan sumer kawan2 kat mesir..esp kak azfa..kak syazana..syafiah..rahimah...fatimah..izzaty..asiah..cik tin and sumer2..moge2 korang slamat..sblum ni cik atin da dengar pasal ketidakamanan mesir ni...tak taw la plak steruk ini..sapaikan tak dapat nak contex lasum..ya ALLAH..Engkau selamatkanlah sumer sahabat2 ku dan saudara2 ku di mesir...amiin

6 comments:

  1. klu stakat ko...x doakan pun x pe...

    ReplyDelete
  2. aku aset penting kat mesir nih,. tau dop

    ReplyDelete
  3. staw aq ko 2 aset petim planet afzan je kot...ha6

    ReplyDelete
  4. amnde plak,. aset penting pahang kot,.
    anak emas phg nih, xpenah nak lepas kluar dr pahang,. haha

    ReplyDelete
  5. x de emas2 nye ko 2..stakat gangse je ye la kot..org x bg ko kluar dri pahang 2..sbab kecian je...ha6

    ReplyDelete