09 July 2011

.::MAKSIAT BATIN::.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati.”Link
Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

- Bercakap banyak
- Suka marah-marah
- Berhasad dengki
- Bakhil
- Suka bermegah-megah
- Sombong dan takbur dengan diri sendiri
- Cintakan dunia
- Suka memfitnah
- Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
- Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

sumber dipetik dari : [sini]

10 comments:

  1. info yg sgt bermanfaat...nanti blh minta share ya...^^

    ReplyDelete
  2. bahaya maksiat batin kan, apatah lagi maksiat zahir tu

    ReplyDelete
  3. slm..hyep! lmanya xpg blog dy.. hee~
    thnx 4 sharing dis article..
    lma xbca bnda2 cmnih..
    may Allah bless u ya ukhti :D

    ReplyDelete
  4. amir aizat :
    jom sesame menjauhi maksiat. x kesah la maksiat zahir atau batin. (*,*)

    ReplyDelete
  5. musafir muslimah :
    awak 2 yang lame menyepi. bizi napak. he3
    may ALLAH bless u 2 !

    ReplyDelete
  6. miss y:
    renung-renungkan dan selamat beramal (^.^)

    ReplyDelete
  7. mari same2 jauhi maksiat,,,

    ReplyDelete
  8. yok..moge2 rahmat ALLAH sentiase bersame kite sumer..

    ReplyDelete