12 August 2011

.::JAIS: Tiada kekasaran dalam 'pemeriksaan' gereja::.

Selepas lebih seminggu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya bersuara buat kali pertama dengan menegaskan bahawa tiada serbuan dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

azlan"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Marzuki berkata, JAIS amat kecewa apabila banyak pihak menuduh pemeriksaan itu dlakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasanya.

Selepas pemeriksaan kontroversi itu, JAIS mendapat kritikan pedas berhubung operasinya itu, antaranya daripada PAS Selangor dan penganjur majlis itu.

Semalam penganjur majlis - Harapan Komuniti - mendakwa, JAIS gagal menunjukkan waran geledah atau waran tangkap walaupun ditanya berkali-kali; serta pegawainya didakwa masuk ke dewan, mengambil gambar, video dan membuang risalah dari laci tanpa kebenaran.

'10 minit saja diarah keluar'


Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula menyifatkan tindakan itu sebagai "hasil didikan BN" yang "hendak tunjuk kuat dan ramai" sebab mempunyai kuasa.

Dalam kenyataannya petang ini, Marzuki menjelaskan, pemeriksaan itu dilakukan bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa diadakan bersama makan thanksgiving (kesyukuran) di gereja.

NONEKatanya, setelah mendapat maklumat, pihaknya hadir membuat pemeriksaan pada lebih kurang jam 9.45 malam dan masuk ke dewan setelah meminta keizinan selepas acara selesai pada jam 11.

"Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan majlis," katanya lagi.

Sementara itu, Marzuki mendakwa pihaknya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah keluar oleh penganjur dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.

"Walaupun tindakan itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat tangkapan," katanya.

Marzuki mengesahkan seramai 12 orang Islam hadir dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi bimbingan dan kaunseling.

sumber dipetik dari [sini]

4 comments:

  1. "12 orang Islam hadir...." emmmmmm....

    ReplyDelete
  2. eh,, org islam tu watpe kt gereja..terpengaruh ngan filem la tu..haishh

    ReplyDelete
  3. emy>>
    dyorang pegi sebab pihak gereja konon2 nye wat jamuan makan. panjang isu asalnye..

    ReplyDelete