04 February 2012

permulaan suatu perubahan..



assalamualaikum sumer..

saya tertarik dengan satu perbincangan dekat salah satu group kat muka buku saya beberapa hari lepas. kitaorang berbincang pasal macam mana nak mulakan suatu perubahan. sebab ada yang nak berubah tapi tak tahu nak mulakan dimana.

dan kebetulan pulak. saya ade terjumpa sesuatu yang saya rasa saya boleh kongsi dengan anda semua. dimana kita nak mulakan perubahan yang kita nak lakukan?  jom ikot saya :

jika nak lakukan suatu perubahan. sebaeknya mulakanlah dengan solat. sebabnya :

RASULULLAH bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

sebaeknya. bende pertama yang kene betolkan adalah solat. cuba solat diawal waktu. cuba jangan bertangguh. seboleh mungkin tinggalkan perkara dunia yang kita lakukan seketika dan bersegeralah menyahut seruan dan panggilan ALLAH.

jika mampu untuk berjemaah. silakan. berjemaah itu lebih baek. bandingan pahala bagi orang yang berjemaah adalah 27 kali ganda berbanding dengan orang yang solat secara solo. sedangkan dalam bermaen bola sepak kita boleh berjemaah. inikan pulak nak solat. berjemaah tidak semestinya ramai. dua orang pun dah dikira berjemaah. sorang jadi makmum. sorang jadi imam. bende nak tak nak je..

seterusnya. cuba untuk khusyuk dalam solat. yup. bukan senang sebenarnya nak khusyuk dalam solat. ini hujah yang tak dapat dibangkang apatah lagi dipangkah. taem nak solat tulah jugak mulelah teringatkan buku nota yang hilang lupe taruk kat mane. taem nak solat tu jugak la kepale dup bayangkan kesedapan  laici kang,. Allahu rabbi. tapi tak pe. usaha. usaha untuk khusyuk..

then, bila sumer dah settle. boleh teruskan dengan amalan solat-solat sunat. banyak sebenarnye solat sunat yang boleh dilakukan. Solat dhuha, solat taubat, solat hajat. sambil-sambil tu bolehlah cuba amalkan solat tahajjud. bukan sumer orang mampu lakukan solat ni. 

nak bangun awal pagi. sapa yang sanggup an nak tinggalkan ulitan mimpi nan indah. selimut nan tebal. nak-nak pulak hujan lebat diluar sane. memang syok betollah layan tido ni an. sebab tu bagi sesiapa yang sanggup mendirikan malam dengan ibadat-ibadat kepada ALLAH. tinggi ganjarannya. susah memang susah. tapi kalau tak cuba mane nak taw. ye dak?

apa yangs saya tulis ni sebenarnye juga satu nasehat pade diri saya sendiri. saya pun sebenarnye sedang dalam proses untuk mencuba. dun wori ok. awak tak keseorangan. kita sama-sama cuba ok ?

moga ada manfaat bersama. maaf salah silap. wallahua’lam..

4 comments: