Assalamualaikum semua. Macam mane
dengan puasa kalian hari ini? Masih mampu bertahan? Alhamdulillah. Tahniah.
Sila tepuk tangan untuk diri sendiri.
Untuk edisi kali ini kita akan
membicarakan tentang salah satu aktiviti yang sememangnya sangat sinonim dengan
bulan puasa. Okey. Siapa tahu boleh angkat tangan tinggi-tinggi. Siapa yang tak
tahu jangan risau. Ini ada jawapannya. Jeng jeng jeng
Jawapannya adalah sahur
sahur dalam erti kata yang mudah
ialah kita makan sebelum masuk waktu subuh. kiranye macam ganti sarapan pagi
la. macam yang kita semua tahu sarapan pagi sangat penting sebab ia akan membekalkan
tenaga untuk kite menjalani kehidupan seharian kita pada hari itu. sama juga
dalam kes sahur. Islam sangat menggalakkan umatnya yang berpuase untuk
bersahur.
"bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan." [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
tetapi bagi golongan pelajar terutamanya yang tinggal diasrama dan jauh dari keluarga. oh yer. orang bujang pun termasuk dalam senarai sekali nyer. kebanyakan kita akan ambil ringan sahaja dengan sahur ni. kadang-kadang tu memang rasa malas sangat nak bangun sahur. Kadang-kadang tuh rajin dah nak bangun tetapi sebab makanan untuk sahur macam tak ada kita pun ambil jalan mudah dengan sambung tido kembali dan tinggalkan sesi bersahur. Walau apa pun alasan kita perlu ingat sahur tidak semestinya dengan makanan berat, hatta dengan memakan sebijik kurma atau air seteguk pun itu sudah dikira bersahur.
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Kite juga disunatkan untuk memperlewatkan sahur dengan harapan selepas sahur kite boleh terus berjemaah subuh pula. selepas subuh boleh lah baca al-quran sehelai dua. Boleh Nampak tak rangkaian kes sahur nih? insyaAllah banyak pahala yang kita boleh dapat pada hari itu. hidup pun insyaAllah lagi berkat.
"sentiasalah umatku berada dalam
kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka
puasa" [riwayat Ahmad]
Jom bangun sahur esok !
ada hikmahnya kenapa kita digalakkan bersahur dan mendapat ganjaran pahala yang besar..ambil la kesempatan ketika sahur itu untuk berdoa dan tunaikan solat terutama bagi pelajar..kerana suasana ketika bersahur itu sendiri sangat tenang.. :)
ReplyDeletebetul betul. peluang dan ruang untuk beribadah itu sebenarnye sentiasa ada. cume kengkadang manusia terlepas pandang.. jom manfaatkan sahur. jangan sia-siakan !
Deletesaya walau malas sekali mana pun tetap bangun..biasa hidup student. tapi pernah la sekali tak terbangun..hehe..waktu first time puasa tnpa family.. :P
ReplyDeletealhamdulillah. bagus. bagus.. kene usaha jugak untuk bangun.. rugi klu lepaskan peluang bersahur :)
Deletebyk hikmah bgn sahur ni. rugi kan kalau tak sahur.
ReplyDeletebetol kak. rugi benor sape yang terlepas sahur.. :)
Delete