28 December 2015

TIPS BELI RUMAH #003

Ada dua halangan besar beli rumah sewaktu muda.

1. Halangan Luaran.

Kengkawan kata kita poyo, asyik sebut nak beli rumah. Family kata, "enjoylah dulu". Media masa kata "Rumah Mahal Giler". Profesor kata jangan beli rumah dulu, tunggu 2 tahun lagi. Fazura & Nelopah kata "Belilah kereta".

Kita kompius, tak tahu nak ikut yang mana.

2. Halangan Dalaman

Keinginan dan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita ingin bergaya macam kengkawan ofis kita. Kita rasa dah lama hidup susah. Kita malu lepas konvo masih naik moto.

Ini halangan terbesar anak muda hari ini, Halangan Luaran dan Halangan Dalaman. Kawal halangan ini jika kita ingin berjaya.

terima kasih incik Azizul Azli Ahmad

Read more...

26 December 2015

TIPS KEWANGAN #001

#1 Always honour parent first- Asingkan awal2 peruntukan untuk mak ayah setiap bulan. Jangan anggap sebagai bebanan tapi anggap sebagai amal jariah dan sedekah yang paling utama. In Sya Allah rezeki tidak akan putus dan selalu rasa mencukupi.

#2 Provide 3-6 months emergency fund- Kena simpan at least 3-6 bulan duit simpanan kecemasan (min-3 bulan gaji / maks- 6-12 bulan) sebelum start fikir untuk pelaburan dsb. Duit ni x boleh diusik walau apa keadaan sekali pun, hanya untuk kegunaan kecemasan spt. ketika dibuang kerja dsb. 

#3 Saving AT LEAST 10% per month- at least kena simpan 10% dari jumlah pendapatan bersih yang diterima. Lagi bagus simpan dalam bentuk "Forgotten Saving" spt emas. Kalau nak simpan dalam cash, simpan dalam tabung haji etc (yang susah nak keluar & xde kad ATM)

#4 Hutang ibarat pisau- Hutang jika diuruskan dengan baik (pinjaman produktif) akan beri manfaat kepada penghutang (ie hutang untuk membeli rumah dsb). Hutang yang tidak diuruskan dengan baik akan menjadi sebab porak poranda kehidupan (ie hutang dengan along).

#5 Nisbah hutang: Perbelanjaan- Debt to income (DTI) ratio kena less than 0.40 which means jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan mesti kurang 40% dari gaji kasar. Perlu tambah side income @ kurang perbelanjaan untuk capai target ni.

#6 Konsep "Snow-Ball'- Boleh guna konsep ni jika terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Secara ringkasnya, listkan semua hutang dari yg paling sedikit ke yang paling besar. Settlekan hutang yang paling sedikit dahulu supaya dapat motivasi lebih untuk langsaikan hutang2 yang lebih besar. Cari duit extra untuk bayar hutang dengan cara yang sama di #5.

#7 Double C's- Credit card and Car loan are the leading causes of bankruptcy among youth. Cuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dalam 2 masalah ni. Jangan apply kredit kad kalau rasa pekerjaan sekarang tidak memerlukan penggunaan kad kredit. Cash is king. Jika betul nak beli kereta, konsep di #8 amat digalakkan untk diamalkan...

#8 Konsep 20:40:4 untuk car loan- 20% untuk downpayment (approximately 20% of car value depreciate the moment the car out of the showroom), 40%- monthly installment must be below than 40% of monthly gross salary, loan period must be 4 years and below. Kalau boleh amalkan konsep ni baru dikira mampu untuk memiliki kereta.

#9 "Delay Gratification"- Kemampuan untuk menahan diri dari mendapatkan keuntungan yg sedikit untuk keuntungan lebih besar in future. Hanya org hebat2 boleh amalkan konsep ni. Bersusah2 dahulu. After all, it depens on individual's financial target (ie nak bersara dari makan gaji by the age of 35, 45 etc)

#10 Konsep 'anak'- Bagi yang nak/sudah berumahtangga kena ubah mindset bukan anak2 menumpang rezeki mak ayah, tp ibu ayah yg menumpang rezeki anak2. Setiap anak ada rezeki yg tersendiri. Orang dulu2 ramai anak2 tapi rezeki x putus2. Sentiasa bersangka baik dengan Allah untuk ubah mindset ni.

terima kaseh incik Adam Abdullah
Read more...

24 December 2015

TIPS MEMBELI RUMAH #002

sambungan entry sebelum ini

3. Profail Kewangan

-Maklumat peribadi
-Pendidikan
-Pengalaman kerja: alamat tempat kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan
-Pendapatan: aktif, pasif, sampingan, pelaburan
-Simpanan

Berapa banyak bank boleh luluskan pinjaman perumahan ada 4 faktor;

i. DSR (Nisbah Hutang Kepada Pendapatan)
ii. Risiko Profail Individu
iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah
iv. Nilai Hartanah

i. DSR
Bank Umur Gaji% 

1. B.Islam 70 RM7K<70% RM7K>75%
2. Ambank 70 RM5K<60% RM5K>70%
3. MBB 70 RM3.5K<40% RM3.5K>70%
4. CIMB 70 RM3.5K<60% RM3.5K>75%
5. MBSB 70 80%
6. RHB - - RM4K>75%
7. Affin - RM5K <60% RM5K>80%

*Mungkin berubah dari masa ke semasa*

ii. Risiko Profail Individu 

-Latar belakang
-Pekerjaan
-Rekod CCRIS/CTOS
-Risiko hartanah
-Sikap: tabiat menyimpan
-Kemampuan membayar balik
-Konsisten

iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah

-90% untuk 2 buah rumah pertama
-70% untuk rumah ke 3 dan seterusnya

iv. Nilai hartanah 

-Lokasi
-Jenis bertingkat
-Pengangkutan
-Kemudahan
-Pembangunan akan datang
-Kejiranan / Persekitaran
-Pandangan / Rupa hartanah

Seterusnya kita bolehlah mohon pinjaman perumahan.

4. Mohon Pinjaman

Untuk Makan Gaji:

-Pendapatan tetap bulanan
-KWSP
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Tabung Haji
-Akaun pelaburan

Untuk Bekerja Sendiri:

-Penyata akaun semasa perniagaan/syarikat untuk 6 bulan
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Simpanan Tabung Haji
-Bukti pembayaran cukai

Kalau bekerja sendiri kena buktikan yang kita mampu bayar ansuran bulanan. Jika ansuran rumah anggaran RM800 sebulan, tiap bulan purata duit masuk dalam akaun perniagaan/syarikat harus RM8,000 atau lebih. Bank akan ambil kira 10% daripada purata duit masuk dalam akaun selama 6 bulan.

Faham dah sikit-sikit? Dah boleh teruskan niat nak beli rumah. Jangan tunggu lagi. Tiap tahun harga rumah makin naik!

Dah tahu serba sedikit pasal hartanah kan. Okay lah tu.Takde lah korang kena tipu dengan ejen ke, kawan ke nanti. Ada ilmu sikit-sikit okay lah. Kah!

terima kasih incik Amir Syahir

Read more...

22 December 2015

TIPS MEMBELI UMAH #001

1. Tetapkan Matlamat 

Contohnya bila nak beli dan harga berapa. Kena tahu kelayakan gaji boleh lepas berapa jumlah pinjaman perumahan.

Kena setkan matlamat dan tujuan nak beli;
-Duduk sendiri
-Sewa
-Flipping

Kalau nak sewakan kita kena tahu;
i. Aliran tunai setiap bulan.
ii. Apartment low cost, medium, lagi bagus untuk sewakan.
iii. Modal rendah, harga jualan murah.
iv. Aliran tunai tinggi.
v. Legal fees rendah.
vi. Maintenance fees perlu bayar.
vii. Capital appreciation rendah.

Kalau nak Flipping kita kena tahu;
i. Landed property- Capital appreciation yang cepat.
ii. Harga cepat naik tinggi jika rumah landed lebih-lebih lagi conner lot.
iii. Modal tinggi.
iv. Cukai tanah tinggi.
v. Legal fees tinggi.
vi. Boleh naik value rumah bila renovate.

2. Tentang Lokasi

i. Lokasi sedang membangun.
ii. Lokasi mempunyai permintaan tinggi.
iii. Kemudahan asas seperti bank, kedai makan, masjid, taman.
iv. Kesesakan lalu lintas, ada penambahan penduduk dan perniagaan setempat.
v. Lokasi berhampiran dengan pengangkutan awam seperti stesen LRT, kereta api, bas.
vi. Pejabat kerajaan, wisma persekutuan.
vii. Berdekatan dengan hospital, kolej, universiti, politeknik, sekolah.
viii. Industri perkilangan.
ix. Pusat membeli belah yang ada McDonald's.
x. Pusat bandar.

Dengan radius 2 kilometer daripada semua di atas akan naikkan nilai rumah dengan cepat.

Okay jika matlamat sudah jelas kita kena ada perancangan untuk membeli rumah pula. Untuk hari ni kita hadam yang ni dulu ye. Kah!

terime kaseh incik : Amir Syahir

Read more...

07 November 2015

HOT SALE : Alquran Tajwid Pelangi


bismillah

kengkadang tak sedar rupenye semuanya membesar bersama mase. dari kanak kanak dah jadi dewasa. dari alam sekolah ke alam universiti. dari status bujang ke status puan. dah sememangnya satu fakta yang tak dapat dinafikan. musim musim ujung tahun nih memang musim orang makan nasi minyak. hihi


jadi. sape sape yang tengah cari hadiah untuk majlis tunang ke. majlis nikah ke. majlis hari jadi ke. hatta tengah cari hadiah nak bagi kat kawan baek. haaaa. boleh cube cube usha AlQuran Tajwid Pelangi nih. 



Ade 4 warne sumernye. biru. unggu. hijau. merah. ( unggu dengan hijau hot sale ) saiz B5. Lengkap dengan terjemahan. panduan tajwid. asbabul nuzul. 


harge dia RM55 ( exc postage )
beli 3 ke atas free postage

kalau berminat. boleh wasep 013-9171957 ( cik atin )

syukran jazilan. jazakallahulakum khairan kathir



Read more...

31 October 2015

masa untuk kembali aktif


bismillah

lagi dua minggu genap setahun aku tinggal dunia blog. tenggelam timbul dek arus dunia. ceewahh. yeah. dah kini tibalah mase untuk kembali aktif. hihi

macam macam yang jadi sepanjang setahun nih. aku dah abes study dekat IPG. sebulan lepas start buat internship kat sekolah rendah aku dulu. dah selamat jalan tiga projek ( hias surau, karnival permainan tradisional dengan gaza di hati ). dan dah selamat hantar borang markah ke IPG. buat masa sekarang aku stay kat sekolah sampai hujung tahun nih.

dalam masa yang sama. aku jugak tengah nebes tunggu panggilan interview. blajar pandai pandai. pointer tinggi mane pun. kalau tak lepas interview nih memang tak lepas la nak posting. so, maw tak nebes nye? mohon doakan ehh. huhu.

aku sekarang dah mule masuk dunia bissness. aku jual al-quran. kaen pasang. baju. tudung. macam macam haaa. tapi sebulan nih hold dulu. sebab phone rosak. aku malas nak beli phone baru sebab aku rase sejak phone rosak mase aku dengan femli lebih berkualiti. tapi tu lah. rindu jugak nak berbisness. tengoklah. minggu depan ke dua minggu depan ke. aku start balek.

haaa. cukuplah bebelan untuk sementara waktu ini. nanti laen kali aku update lagi. doakan aku rajen ehh. hihi

Read more...

14 November 2014

indahnya tarbiah Allah


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

betullah. dunia itu adalah sebuah sekolah bagi mereka yang ingin belajar. sedangkan dalam alquran tuh sendiri banyak ayat yang menyebut : 

" adakah kamu tidak berfikir? "

akhir akhir ini aku terime banyak berite kematian. dari kawan kawan. saudara mara. dan benarlah. kematian itu adalah kehidupan bagi hati yang sedang mati.

alhamdulillah. satu benda yang aku sedar. setiap kali skala kuat aku dah jatuh merudum sapai ke kerak bumi. Allah hadirkan berite kematian di sekeliling aku, 

dan satu benda yang aku belajar tentang kematian. apa apa je yang ada dekat dunia nih adalah pinjaman semata mata. Allah adalah pemilik segala galanya. dan Dia berhak untuk tarik balek pinjaman itu bila bila masa. 

sungguh. dunia itu sementara. tak ada bende yang kekal. begitu juga dengan sedih. kecewa. saket. semuanya akan berlalu pergi. jadi, janganlah rasa lemah. teruslah bangkit dan mulakan hidup dengan gagah.

ya. betape indahnya tarbiah Allah. terime kaseh Allah

Read more...

09 November 2014

tak tahu nak campak mane malas nih


bismillah

amaran : post kali ini berunsur negatif. bagi sesiapa yang mudah terpengaruh boleh cepat cepat tekan tanda X dekat penjuru belah kanan. terima kaseh

projek buku travelog punye dateline hujung bulan dua belas. tapi aku baru siap dua bab. tuh pun perlu banyak touch up ag.

proposal ag satu buku dah siap buat malas nak emel. emel je padahalnye. tapi tak tahu la angen bayu mane bawak perangai malas sedepuk nih..

resume untuk program bulan dua belas nih tak buat pape ag. dah tuh? harap resume tuh boleh tertaip dengan sendiri?

minggu depan dah start exam. nota ntah ke mane letaknye. study tak yah tanye lah. memang tak langsun ag. kang malam exam baru gelabah nak cari nota. lepas tuh lari nanges nanges keluar dewan sebab tak boleh jawab exam.

haaaa. tak tahulah. kenape dengan hidup semenjak dua menjak nih. virus malas memang dup berkarat dalam diri. itu belum kire semangat down yang dah terbenam jauh dalam kerak bumi.

serba serbi tak kene. tengah tengah dup scroll skrin tepon tetibe terjumpe ayat nih :

" kalau ade masalah dalam hidup, cuba check balek hubungan dengan Allah "

pang ! rase tertampar je. mohon sedar atin. maseh belom terlambat

Read more...

23 October 2014

kambek kambek



bismillah

assalamualaikum blog. dah tiga bulan tak berblog.. dalam tiga bulan tuh macam macam bende yang jadi. menyesal pun ade jugak sebab tak coretkan sumer bende tuh kat blog nih. tapi takpelah. simpan dekat dalam hati sudahlah.

ape yang boleh disimpulkan tiga bulan nih penuh dengan warna warni :

1. praktikum dua bulan
2. sesi taaruf yang tak menjadi
3. misi bantuan kemanusiaan dan pendidikan kemboja 2014
4. artikel keluar dalam majalah jom
5. dapat join seminar untuk kita pendosa kuasa 2.0
6. terpilih antara dua puluh lima orang masuk bengkel penulisan mustread
7. walid, ateh dan atam suspek denggi
8. ditikam dari belakang oleh kawan rapat sendiri
9. Allah pertemukan dengan sahabat yang selalu tegur salah dengan penuh berhemah dan tak penah penat bagi semangat untuk terus bangkit

dalam tiga bulan nih jugak. aku dah selamat mendaftarkan diri jadi ahli setegrem. haha. sejak ade setegram nih. twitter pun dah tak berape aktif. kecian twitter ! dan baru semalam lancarkan setegram bizness. bizness nih hasil berduet dengan adek sendiri. budak atam. hehe

apa apa pun. moge pengalaman tiga bulan nih dapat beri inspirasi kepada hati untuk terus bermujahadah cari redha Allah. oklah. sebab dah lame tak update blog dah kering idea. haha

Read more...

11 July 2014

ramadhan kareem. Allahu akram !


bismillah

ramadhan kareem. Allahu akram !

celik pejam. celik pejam. dah masuk hari ke dua belas kita berpuasa. kejap je rasenye. teringat perbualan ringkas dengan budak manja awal awal ramadhan hari tuh..

betape sebenarnye sangat beruntung orang yang diberi peluang untuk merasai nikmat menjejakkan kaki masuk bulan ramadhan. sebab tak semua orang diberi peluang keemasan tuh. ade je yang ag sari nak masuk bulan ramadhan tapi meninggal dunia. 

sungguh. bulan ramadhan bulan rahmat. bulan keampunan. gunakan dengan sebaeknye. moge kanvas ramadhan kali ini lebih indah berbanding kanvas ramadhan sebelum sebelum ini. insyaAllah

malam jumaat nih. jangan lupa bace surah alkahfi =D

Read more...

02 May 2014

aku seorang guru : praktikum fasa satu


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dah selamat menjalani praktikum fasa pertama selama sebulan. maseh berbaki dua fasa sebelum boleh bergelar seorang guru. pendidik. murabbi

sungguh. walaupun hanya sebulan. tapi ianya satu pengalaman yang sangat berharga. kalau nak coret satu per satu memang sehari semalam pun belum abes ceritenye. apa yang boleh aku simpulkan :

kerja seorang guru bukan mudah. ianya tak menjanjikan kesenangan harta mahupun kesenangan masa untuk bergoyang kaki dua puluh empat jam. tapinya ianya mampu berikan satu kepuasan yang tak terhingga. tak boleh nak luah dengan kata kata, hanya hati yang mampu merasa

penat berjaga malam siapkan RPH atau nama sebenarnya rancangan pengajaran harian. sediakan BBM atau nama sebenarnya bahan bantu mengajar akan rasa sangat sangat berbaloi bile nampak budak budak sangat enjoy mase kite mengajar.. faham apa yang cuba kita sampaikan..

siyes, dulu bile dengar budak budak cakap " terime kaseh cekgu " mase abes mengajar. memang tak rase pape. tapi sejak praktikum nih rase macam ucapan terime kaseh tuh sangatlah berharga. rasa terharu sangat. tak tahulah sama ada diri nih dah jadi terlalu sensitip sapai mudah sangat tersentuh ke hape. yang pastinya bagi aku ucapan terime kaseh itu besar maknenye. mebi sebab kita dah usaha untuk bagi yang terbaek untuk budak budak kita. dan ucapan terime kaseh tuh satu balasan yang sangat tak terhingga =D

sungguh eklas itu bukan mudah. dari awal awal aku nak start praktikum sapai lah ari terakhir perkataan eklas nih memang selalu jadi sebutan orang keliling aku. ya. budak budak kecik nih tulus suci lagi ati mereka. mereka boleh rase kalau kite eklas mengajar. kite sendiri boleh rase bonding hati tuh. tapi bile keikhlasan tuh hilang ditelan angen kite boleh rase betape krikk krikk nye budak budak kita. oh !

dan satu yang aku boleh konklusi kan. perjalanan sebuah proses mendidik itu bukan singkat. ianya satu proses yang memakan masa. mungkin apa yang kita ajar hari ini tidak akan mampu bagi kesan pada budak budak hari ini. tapi mungkin akan jadi ingatan buat mereka esok esok hari. jadi, sebagai guru jangan pernah jemu untuk berkongs ilmu..

doakan aku moge terus kuat melangkah dalam dunia pendidikan ini ye kawan kawan =D
Read more...

26 February 2014

seindah mimpi


bismillah

alhamdulillah. senyum atas segale nikmat yang Allah berikan selama ini

salah satu impian terbesar dalam hidup aku. nak jejak kaki ke mekah. nak solat kat masjidil haram. nak tengok kaabah. nak cium hajarul aswad. maken hari impian itu maken membuak buak

sebab tuh bile dapat tahu ade orang yang nak pergi umrah mahupun haji. hati akan sendirinya akan teruja plus sayu. nak nak bile orang cerite pulak pengalaman kat tanah suci mekah. lagilah rasa macam nak banjir je air mata nih. haish

dan semalam mungkin sebab syok sangat bertweet dengan si budak anum pasal impian nak ke mekah. siyes. jeles pulak rase bile tahu parents anum dapat pergi mekah. moge moge Allah pilih diri ini jejak tanah suci mekah jugak satu hari nanti. ameen

nak dijadikan cerite. boleh pulak perasaan teruja tuh bawak ke alam mimpi. siap mimpi ag. walaupun mimpi tuh singkat je tapi cukup untuk buat hati berbunga bunga. senyum

aku mimpi aku pengsan taem tuh and sedar sedar ade kat satu tempat yang sumer orang pakai baju puteh. rata rata pakai jubah. ade yang pakai telekung sembahyang. aku rase tuh kawasan perempuan sebab sumernye perempuan. takde laki. sumer orang tengah bizi ke hulur ke hilir taem tuh. dan takde orang pun perasan aku yang tengah terdampar kat situ.

lepas tuh aku nampak kaabah dari jauh tapi tak mampu nak g dekat sebab taem tuh badan tengah lemah. aku nampak ade orang yang sembur badan dia dengan kasturi. subhanallah. wangi sangat bau kasturi

subhanallah. tak dapat nak bayangkan perasaan taem tuh. aku macam tercari cari kat mane aku taem tuh tapi sampai ke sudah aku tak tahu.

alhamdulillah. terime kaseh Allah. terime kaseh Allah. maseh terbayang bayang lagi kaabah. moge Allah pilih diri ini untuk jadi tetamuNya suatu mase nanti. ameen

Read more...

24 February 2014

penat


bismillah

cerita aku :

penat. ye. dunia sangat memenatkan. kengkadang rasa macam tak cukup tanah nak kejar sumer benda. kengkadang rasa macam nak berenti dan rehatkan diri sambil rendam kaki kat spa sambil dengar muzik yang menenangkan. penat dengan kerja tidaklah sepenat melayan karenah manusia. sungguh !

cerita hari ini :

penat. penat untuk sapu air mata yang tak berenti mengalir. tolonglah sape sape yang tak cukup bekalan air mata. meh amek stok air mate aku siket. rase macam nak sedekah je stok air mate yang banyak nih kat sape sape yang memerlukan

penat. penat jadi kuat depan manusia. penat untuk bagitahu hati bahawa semuanya akan kembali ok. penat untuk pujuk diri yang semuanya akan berlalu pergi

cerita hati :

benar. dunia memang tempat untuk berpenatan. tapi engatlah syurga itu sebaek baek tempat berehat. betolkan niat. ikhlaskan hati. kuatkan jiwa. teruskan langkah !

ada sapa sapa nak pinjamkan bahu?

mood : down T__T

Read more...

06 February 2014

disebalek kejayaan seorang isteri



bismillah

sebelum jari kita menari dengan riang gumbiranya. maka haruslah ade pengumuman terlebih dahulu. ye dak?

pada tanggal hari ini. semua lecturer afzan ade audit ISO. jadinya. setakat ini semua kelas dikenselkan. makanya boleh kita berblog dengan riang gumbiranye. yeah !

ehem. berbalek pade tujuan entry kite pada hari ini. 

parah jugak sebenarnye bile si budak atin dah terlebih hormon wanita. mane taknye. asal sadis siket. asal sayu siket. asal tacing siket. mudah sangat matenye masuk habuk. haish !

kengkadang tuh rindu jugak budak atin yang dulu. si kental dan si jiwa kering yang jadikan air mate tuh pilihan terakhir lepas dah tak boleh pujuk ati untuk cool =.=

alkisahnye. mase tengah sorang lecturer kanan bagi ucapan taem majlis persaraan dia. boleh pulak si budak atin buat drama air mate pada petang hari tuh. adoyai

sejujurnye. sayu ati nih bile puan lecturer sampaikan ucapan terime kaseh pade husbandnye yang terchenta atas pengorbanan si suami selame ini. puan lecturer siap bagitaw lagi pengorbanan pengorbanan yang si suami lakukan untuk puan lecturer capai berkajang kejayaan kejayaan yang sangat bermakna dalam hidupnye. taem tuh si suami ade bersama okey !

kesimpulannye. si suami memang jadi tulang belakang puan lecturer selame nih. selalu kita dengar disebalek kejayaan seorang suami pasti ade seorang wanita bergelar isteri. tapi kali nih. disebalek kejayaan seorang isteri ade seorang lelaki bernama suami. osem !

terengat kate kate seorang sahabat. katenye :

" cari suami yang bukan sahaja boleh jadi seorang imam pada kita. tapi boleh jadi seorang sahabat baek kita. yang boleh jadi peneman suka duka hidup kita. yang boleh jadi pendengar masalah kita. yang boleh jadi penguat dikala kita lemah. yang boleh jadi juri. penasehat dan pengkritik terbaek diri kita "

okey. sape sape yang ade ciri ciri kat atas boleh angkat tangan sekarang. saya nak masuk minang. eh? 

Read more...

27 January 2014

cerita dua puluh januari



bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. hari nih genap usia dua puluh tiga tahun tujuk hari.

bersyukur sebab Allah maseh pinjamkan nikmat usia hingga hari ini. namun satu fakta yang aku perlu hadam kuat kuat dalam kepale. semaken bertambah usia semaken dekat pertemuan dengan Allah. sedangkan amalku maseh kurang. muhasabah T__T

sejujurnya sambutan ulang tahun pada tahun nih antara sambutan ulang tahun fasa remaja yang agak bermaknalah. ade suka dalam duka. eh?

pada awalnya memang sedih yang amat bile kesayangan kesayangan hati langsung tak engat nak wish. dah la malam tuh adek adek tido awal. memang tak wish la. mase tuh memang kecewa tahap mencecah line paling bawak sekali.

tapi alhamdulillah. Allah ganti kekecewaan tuh dengan kegembiraan berganda menjelang petangnye. jadi. kesempatan nih aku nak selitkan rase kesyukuran. kegembiraan dan kebanggaan kepada semua insan yang bertanggungjawab memaknakan sambutan ulang tahun kelahiran pada tahun ini

1. kepada cik jiran. aisyah husna atas suprise kad befdey yang sangatlah cute *nih antara suprise terawal*

2. kepada geng classmate yang sangatlah berjaya mensuprisekan diri ini *tapi maseh mampu control nanges taem tuh* atas suprise kek yang sangatlah sedap. tak tahu nama penuh kek tuh. tapi yang pastinye kek blueberry 

3. kepada BFF cik maira dan cik idah yang sangat berjaya dalam misi mensuprisekan aku dengan suprise broshurnye. terguling guling atas katil lepas taw kene troll

4. kepada warge mawarians. ni antara suprise yang terbesarlah sebab dan dan je jejak kaki ke jamuan blok tetibe name disound. engatkan ade wat salah bende rupenye panggil ke depan potong kek kiwi

5. kepada rumet terchenta. cik aim atas double suprise yang sangat sempoi. kek choclate moist dan tiga ketul adiah yang sangat comey

6. kepada partner AJK taem perkhemahan UB. cik masnur. atas kek yang sangat osem. juga tak taw name penuh kek tuh. cuma yang pastinye kaum kerabat chesse kek sebab ade rase chesse taem mengunyah kek

7. kepada BFF cik bulan. antara orang terawal yang buat call semate mate nak wish befdey *padahalnye bilik takdelah jauh mane pun* walaupun lewat empat minit amseh dikire awal cuma tak puas ati tak boleh dengar cik bulan maen ukulele nyanyi lagu befdet :p

8. kepada kinah and the geng yang slamber rock je buat nyanyian lagu befdey tengah tengah alam taem pulang dari latihan umah sukan kat padang. terharu den =)

9. dan kepada semua yang wish sama ada melalui telefon. fb. whatssapp. wechat dan apa apa cara sekalipun. terime kaseh atas doanya. moge Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan yang berterusan

walaupun dihujung hari itu Allah uji sedikit dengan berite fakta yang menyebabkan kepatahan hati tahap tiga. tapi bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. bukankah ujian juga suatu nikmat?

Read more...

15 January 2014

semoga terus kuat sahabat


bismillah

hujung bulan satu nih genap tujuh tahun persahabatan kami. sape sangke si budak skema boleh jadi kawan si budak anti-peraturan. tapi itulah nikmatnye sebuah persahabatan. tak pernah ade syarat. sebab ianya tentang ikatan hati =D

sejujurnya dari lubuk hati paling dalam. aku sangat bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk kenal insan ini. insan yang pada mata orang laen nampak lembut luarannye tapi pada mata aku sangat kental jiwanya. 

ujian demi ujian yang dia hadapi tapi tidak satu pun ujian itu melemahkan dirinya bahkan maken menguatkan langkahnya menghadapi liku liku kehidupan. dan aku sangat berbangge menjadi saksi ketabahan dia.

dulu di zaman sekolah. macam macam angan angan dan impian yang kami ukirkan di langit sana. dan yang paling aku ingat sampai detik ini. kami berazam untuk jadi wira keluarga. ingin balas jasa ibu dan ayah dan letakkan keluarga didalam top-carta-hidup selepas Allah dan Rasul-Nya

tapi kini. sungguh menjeleskan aku bilamana dia sudah berjaya menunaikan separuh impian kami. bekerjaya - dapat bagi parents rase gaji pertama - dapat bagi parents pegang skroll - dapat tolong femli dengan duet hasil peluh sendiri. sumpah jeles !

26 disember 2013

dalam banyak banyak ujian hidup yang dia hadapi. ujian pada detik 8.05 pagi itu adalah ujian paling hebat yang dia hadapi. namun. ape yang benar benar mengkagumkan aku bilamana wajah beliau sangat tenang menghadapi detik kematian ayahanda tercinta walaupun dari anak matanya aku boleh nampak kesedihan dan pandangan kosong itu

sekarang. dia ketua keluarga. semoga Allah sentiasa pinjamkan kekuatan untuk dia dan femli menghadapi detik detik kehidupan. semoga Allah murahkan rezeki dia dan keluarga. moga Allah pertemukan jodoh yang soleh buat dia.

siti rodhiyah che harun. uhibbuki fillah 





Read more...

12 January 2014

perginya seorang murabbi


bismillah

lewat petang jumaat 3 januari yang lepas. tengah tengah dup shopping stok makanan dekat bandar lipis. sekeping mesep selamat sapai dekat dalam seketul telefon buruk

" innalillahi wainna ilahirajiun. ustaz Baharuddin Ismail sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. sama sama sedekahkan alfatihah"

mesep ringkas daripada dayah. x-classmate MMP ( maahad muhammadi perempuan ) dulu cukup untuk buat dunia terase kaku barang sebentar. rase macam fikiran melayang. berjalan pun terase macam berjalan atas angen. malam tuh memang ditemani dengan airmate je. (terimekaseh ida pinjam bahu ) nak nak pulak bile FB penuh dengan status ustaz baha. teringat kembali zaman zaman tarbiah dunia MMP

ustaz baharuddin. 

orang kuat badan dakwah MMP. seorang yang sentiase cool. suke bergurau senda. terlalu murah dengan senyuman. namun setiap bait katenye pasti terselit bicara mutiara. tak pernah jemu mendidik hati hati kami. para pelajar MMP. suke sangat panggil student beliau dengan name 'kak' dekat depan name. 

paling best ustaz tak pernah judge orang. walau senakal mane pun seorang budak tuh ( aku lah tuh ). ustaz tak pernah marah. namun sekali ustaz nasehat cukup untuk buat kita terfikir dalam diam.

kini. susuk tubuh itu telah tiada. dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. pergi yang takkan kembali. seorang ustaz. seorang murabbi.

damailah ustaz disana. ustaz sangat bertuah sebab anak didik MMP bertebaran di merate dunia. mungkin jasad ustaz telah pergi. namun semangat tarbiah yang ustaz semai dalam sanubari kami akan kami sebarkan di muka bumi ini selagi nafas belum terhenti

terime kaseh ustaz atas segale ilmu yang dicurahkan. semoga ilmu ilmu bermanfaat yang ustaz berikan pada kami semua menjadi saham akhirat untuk ustaz disana. moge ustaz baharuddin ditempatkan dalam kalangan muttaqen dan muhsinin. ameen

sungguh pemergian ustaz sangat mengejutkan. namun. pemergian di lewat petang jumaat lepas cukup memberikan peringatan buat kami semua. yang tua bukan syarat untuk mati. moge kami dapat mencontohi semangat murabbi dalam diri ustaz. insyaAllah

" Berdakwah ni mengambil masa yang panjang. Dakwah ini ibarat menanam biji benih. Kalau kita tanam hari ni, janganlah pula kita mengharapkan buah pada esok harinya. Ianya mengambil masa yang bertahun-tahun untuk menjadi pokok, seterusnya berbuah " - ustaz baha

alfatihah




Read more...

31 December 2013

konklusi PBS


bismillah

hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun dua ribu tiga belas sebelum kita jejak hari pertama tahun dua ribu empat belas. sungguh sangat banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang tahun nih. alhamdulillah

dalam banyak banyak pengalaman. pengalaman menamatkan fasa PBS adalah antara pengalaman yang bermakna. alhamdulillah. dah selamat menamatkan empat fasa PBS. ini bermakna start sem depan bermulalah fasa praktikum selama 3 fasa. sebelum internship sebulan. siapkan AR. lepas tuh bolehlah tamatkan pengajian lima tahun setengah nih dengan penuh bangge. fuuhh

PBS 1 : sk jejawi. perlis ( pinggir bandar)
PBS 2 : sk keratong 1. pahang ( felda )
PBS 3 : sk temoyong. langkawi. kedah ( kawasan perlancongan )
PBS 4 : sk sultan sulaiman 2. kuala terengganu. terengganu ( bandar )

disebabkan untuk PBS nih kita diberi kebebasan untuk pilih sekolah. makanya memang dari mula mula PBS lagi aku dah plan untuk buat di sekolah yang berbeza. negeri yang berbeza dan penempatan sekolah yang berbeza. mungkin bagi orang laen PBS mase untuk duduk umah lebih lame. jadi ade yang buat keputusan buat PBS dekat kawasan umah. jadi boleh terus sambung cuti.

tapi sejujurnya aku melihat PBS nih sebagai satu peluang untuk aku kutip pengalaman dengan sebanyaknye. sebab ape?

1. sekolah berbeza
aku percaya cara pengurusan setiap sekolah pastinya berbeza. sebab tuh aku pilih untuk pergi sekolah yang berbeza. dan alhamdulillah. dari empat empat PBS aku dapat buat perbandingan cara pengurusan setiap sekolah. dan setiap pengurusan sekolah itu bergantung pada misi dan visi sekolah itu sendiri.

2. negeri yang berbeza
aku percaya yang setiap negeri mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang berbeza. dan ye. aku bersyukur sangat sangat sebab hasil dari empat PBS yang aku dah buat aku sangat banyak belajar tentang kebudayaan dan cara hidup masyarakat setiap negeri yang aku pergi. alhamdulillah. ada cara hidup yang boleh dicontohi. ada cara hidup yang boleh diambil pengajaran dan dibuat sempadan

3. penempatan sekolah yang berbeza
part nih yang aku paling suka. dari pemerhatian aku. penempatan sekolah mempengaruhi cara pergaulan murid dan warge sekolah itu sendiri. ada sekolah yang aku pergi warge sekolahnye sangatlah ramah mesra. walau seminggu je aku dekat sekolah tuh. bile hari last nak balek tuh bertimbun hadiah yang aku dapat. paling tak boleh dilupekan ade murid yang sampai nanges nanges dan peluk erat aku. siyes. taem tuh rase terharu sangat. penerimaan cekgu pun alhamdulillah sangat. kami borak macam macam bende. rasa macam dah lame kenal je. 

4. group-mate yang berbeza
alhamdulillah. sepanjang empat PBS yang aku buat. aku dapat merase pengalaman berPBS dengan group-mate yang berbagai latar belakang. PBS yang pertama aku buat dengan group dari dua IPG yang berbeza. IPG bainun dan IPG perlis. dyorang sumer budak tesl. PBS kedua aku buat dengan group dari IPG aku. tapi dengan budak BM. PBS ketiga aku buat dengan group IPG aku jugak tapi campur. budak tesl 2 orang dan budak pai 2 orang. PBS last aku buat dengan budak BM IPG aku jugak. ye. aku tak pernah buat PBS sorang sorang walaupun sebenarnye ia dibenarkan sebab aku nak belajar care co-op. antara task PBS adalah untuk mengumpul maklumat sekolah disamping maklumat laen. dan sepanjang nak menyiapkan tugasan tuh. alhamdulillah. aku belajar cara berkerjasama dengan orang yang berbeza. thanks korang =D

5. femily angkat yang berbeza
aku memilih untuk tinggal dirumah femli angkat berbanding dengan sewa homestay atau hotel. bukan isu nak jimat bajet ke hape. tapi sebab aku nak belajar tentang cara hidup masyarakat setempat. cara pergaulan masyarakat setempat. aktiviti masyarakat setempat. paling best belajar tentang makanan masyarakat setempat. alhamdulillah. dari empat PBS nih aku dapat empat femli angkat. 

moge moge dengan pengalaman yang ade nih dapat lah digunekan untuk praktikum nanti. onestly. aku langsung tak bersedia nak praktikum. cuak. nebes. sumer ade T__T



Read more...

28 December 2013

memoir hidup #3


bismillah

usai salam. tanpa sempat menadah tangan. adek kecil itu datang membawa khabar. kaki laju melangkah ke bilik itu

itu bukan air mata permata yang aku lihat. ya. bertahun tahun lamanya aku menjadi saksi ketabahan diri kau. lepas satu persatu ujian yang kau tembuhi dengan penuh kekuatan.

siapa kata menangis itu tanda lemah?

tangisan itu dilepaskan setelah terlalu penat menjadi kuat. dan dalam tangisan itu sebenarnya tangan menggapai cebisan cebisan kekuatan yang bertaburan. dihimpun dan ditimbun untuk menjalani detik mendatang

ku genggam erat tangan itu. moge moge kekuatan yang ada dalam diriku tersalur ke dirimu. aku mohon kau bertahan lagi siket je

antara dua. antara harapan dan pasrah. bukan mudah membuat keputusan.

kini. hanya pada Allah tempat bersandar harapan..

Read more...

27 December 2013

memoir hidup #2



bismillah

dalam fasa berjaga jaga itu. mataku degil untuk lena. maka ku sandarkan diri di kerusi besi itu. dalam debaran aku menungu sebarang pengumuman suara dari bilik itu. setiap detik yang ku lalui bersama debaran yang tak pernah berhenti

mataku menikmati setiap moment moment yang terhidang depan mata. 

si baju puteh laju menolak laju troli bertayar itu menuju ke bilik berpintu itu.. wajah lesu manusia atas troli itu menyapa penglihatan aku sepintas lalu. simpati meragut jiwaku. dikejauhan kelihatan wajah wajah gelisah manusia yang sabar menanti perkhabaran insan insan kesayangan mereka. penuh pengharapan. moge moge si baju puteh yang keluar dari bilik berpintu itu keluar dengan senyuman dan membawa khabar gembira

ku berpaling ke kanan. manusia manusia sedang melepaskan lelah. ada yang tersengguk sengguk di atas kerusi. ada yang meluncurkan badan di atas lantai. ade yang sedang memangku anak anak kecik yang lena dalam dakapan. ade jugak anak anak kecik yang sedang berlari dengan gembiranya tanpa mengetahui realiti di sekeliling mereka

ku tunduk ke bawah. memandang buku kecik bacaan yassin dan mathurat yang menjadi peneman setia sejak petang itu. dalam diam ku panjatkan doa buat yang di dalam sana. 

manusia dan harapan. 








Read more...