17 April 2013

sebuk bukan alasan


bismillah

sebelum kita mulakan esemen bahasa arab kita malam nih. marilah same same kite mengupdate blog terlebih dahulu. HAHA

mood meng-update blog tengah melimpah ruah bagaikan mencurah-curah ke ladang gandum. hasrat hatinye nak update entry pasal trip ke langkawi ari tuh. tapi memandangkan rasenye entry berkenaan bakal mengambil masa aku yang agak lame. makenye kite postpone dulu entry tuh. kite wat entry laen dulu.. boleh?

dalam sesebuah organisasi. antara aktiviti penting adalah aktiviti merangka aktiviti. nak nak taem awal awal. kemaen ag semangatnye. plan nak buat aktiviti tuh la aktiviti nih la. itu bagus.

yang tak berape bagusnye bile dah sampai sudahnye rancangan hanya jadi rancangan. alasannya : SEBUK. kalau ikot sebuk memang tak kan penah padam dalam kamus kehidupan kita. dari hari ke hari. memang akan bertambah amanah yang kita pikul. kerja itu kerja ini. so, kita lah yang kene pandai pandai nak curi masa.

bak kata rumet aku : KENE PANDAI MANAGE MASA

haaa. cukup lah tuh entry untuk malam nih. kan dah cakap tadi. tak boleh tulis entry panjang-panjang kang teramek mase plak. agpun partner aku dah anta mesep tuh. taw taw je dye aku tak start buat ag kerja kumpulan. perlu undur diri. jumpe lagi laen kali.

sebelum aku berenti menaip mohon semua yang membaca nih doakan aku rajen dengan banyaknya untuk siapkan dua lagi esemen, satu laporan BIG dan juga beberapa artikel untuk majalah yang tak siap siap lagi nih.. may Allah bless us always :)



Read more...

14 April 2013

PBS (pengalaman berasaskan sekolah) fasa tiga



bismillah

alhamdulillah. BIG dah tamat. MQA dah abes. esemen berbaki dua. macroteaching pun dah lepas. lege rase. sekarang hanya tinggal untuk fokus pada UAK ngan final je la tak lama lagi..

maka. dengan kelapangan yang ada marilah sama-sama kita mengupdate bende bende yang dah lepas. mungkin dah basi. tapi nak jugak coret kat sini untuk dibuat khazanah tinggalan sejarah yang berharga untuk dikenang :D

alhamdulillah. dah selamat berlalu PBS untuk kali ketiga. kalau sebelum ni PBS pertama kat perlis (kawasan pinggir bandar). PBS kedua kat pahang (kawasan felda). PBS ketiga kat langkawi (kawasan pelancongan). memang saje buat dekat area area yang berbeza. yelah. taem mude mudi nih la nak cari pengalaman an =)

untuk PBS kali ketiga nih. sekolah terpilih adalah sekolah kebangsaan temonyong. sekolah nih dekat area pantai chenang. sape sape penduduk langkawi kompem tahu pantai chenang. sebab agak femes jugak pantai nih. banyak aktiviti. para sailing. banana boat. jet ski. memang pantai chenang nih tempat tumpuan pelancong asing..

sejujurnya, pbs kali nih agak hambar sebab tak dapat nak relief kelas sangat. sempat relief satu kelas je. tu pun taem last day. sebelum sebelum nih taem PBS memang banyak gak ah dapat relief kelas. boleh rase suasana kelas bersama budak-budak. tapi PBS kali nih pengalaman tuh agak kurang. :(

masa selama lima hari tuh banyak dihabeskan kat pra sekolah je la. lepak lepak dengan budak budak kecik. agak menyeronokkan sebenarnye layan karenah dyorang nih.

untuk pbs kali nih. fokus tugasan pada P&P bahasa arab. jadi, dapatlah jugak masuk kelas dua kali. tak dapat ngajar tengok tengok ustaz ustazah ngajar pun jadilah. memang agak kagum dengan cara pengendalian kelas by ustaz ustazah nih. agak tercontrol. pandai curi perhatian budak. harapnye taem aku jadi cekgu nanti aku pun dapat bagi yang terbaek untuk anak-anak murid terchenta..

pbs kali nih agak berbeza sket sebab sebelum besenye kami segeng je satu skolah. kali nih siap ade tiga geng lagi. so, agak ramai lah. satu geng dari IPG perlis, satu geng dari IPBA dan satu geng lagi dari IPG afzan. hehe

terime kaseh pada warge sk temonyong sudi menerima kehadiran kami. kepada guru-guru yang bagi kerjasama yang baek. pada guru besar dan guru pembimbing. terime kaseh atas segala nasehat dan pesanan.



Read more...

11 April 2013

emosi itu ujian


bismillah

fuuhh. rasa macam lame tak menaip kat blog terchenta nih. maap incik blog. anda di-anak-tiri-kan buat sementara waktu. (sebenarnya banyak bende nak coret kat sini) >.<

kengkadang rasa macam hidup sekarang agak tunggang terbalek. dengan PBSnye. dengan BIG nye. dengan esemennye. dengan MQA nye. dengan macroteachingnye. dengan tanggungjawab laennye. sumernye perlu dilunaskan dalam masa serentak. tido tuh memang sekadar untuk lelap mate je. kengkadang rasa macam dah tak mampu nak bertahan. tapi Alhamdulillah Allah pinjamkan kekuatan. walaupun pada hakikatnya dah banyak air mata yang mengalir. Allah T___T

hakikatnya kehadiran dan kata-kata motivasi dari insan bernama sahabat taulan juga sangat bermakna dikala kedua ibu bapa jauh di tanah halaman. terime kaseh kalian

tapi itulah hakikat seorang pelajar IPG. aktiviti yang sentiasa memenuhi agenda kehidupan kami. sememangnye menuntut ketahanan mental dan fizikal. namapun bakal guru an. kuat. kuat. aja aja fighting !

dan apabila kesebukan mula mengejar. sampai dah tak cukup tanah nak dipijaknya. dengan tido yang ala-ala tido ayam je. kepale ting tong. maka pengurusan emosi memerlukan pengurusan tahap tinggi. namun tidak semua orang mampu mempunyai pengurusan emosi tahap tinggi di kala tekanan di aras yang tinggi.

serba serbi rasa tak kena. marah orang tuh. marah orang nih. bebel orang tuh. bebel orang nih. kutuk orang tuh. kutuk orang nih. tu lah hakikat sebuah keserabutan. bagi orang yang menuturkan sebuah kemarahan. mungkin tidak memaksudkan setiap kata-kata yang dilemparkan. sekadar meluahkan sesedap rasa mulut. tanpa sempat ditapis oleh sistem timbang tara sebuah akal..

namun sebenarnya tahukah anda sebuah penyesalan pasti bertakhta di sudut hatinye dikala bersendirian

namun, bagi orang yang mendengar kepedasan kata-kata itu. mestinye suatu kepedihan yang tercalar di dalam sebuah hati. nak dibalas kata-kata takot maken panjang pulak jarak sebuah kemarahan. makanya hanya senyuman yang mampu dilemparkan sedangkan hati menanggung segala kelaraan. namun. apabila diletakkan sebuah kefahaman di hadapan sebuah kelaraan itu, maka sebuah kelupaan cepat cepat dicurahkan atas sebuah hamparan kelukaan :D

dalam pahit manis sebuah kesebukan, terlakar keukuhan sebuah ukhwah. terime kaseh semua

p/s : selamat berjaya pada semua terutamanya kepada pelajar-pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan dan IPG Temenggung Ibrahim yang membawa amanah 27 IPG seluruh malaysia. moga Allah permudahkan segala urusan kita

Read more...