07 November 2015

HOT SALE : Alquran Tajwid Pelangi


bismillah

kengkadang tak sedar rupenye semuanya membesar bersama mase. dari kanak kanak dah jadi dewasa. dari alam sekolah ke alam universiti. dari status bujang ke status puan. dah sememangnya satu fakta yang tak dapat dinafikan. musim musim ujung tahun nih memang musim orang makan nasi minyak. hihi


jadi. sape sape yang tengah cari hadiah untuk majlis tunang ke. majlis nikah ke. majlis hari jadi ke. hatta tengah cari hadiah nak bagi kat kawan baek. haaaa. boleh cube cube usha AlQuran Tajwid Pelangi nih. 



Ade 4 warne sumernye. biru. unggu. hijau. merah. ( unggu dengan hijau hot sale ) saiz B5. Lengkap dengan terjemahan. panduan tajwid. asbabul nuzul. 


harge dia RM55 ( exc postage )
beli 3 ke atas free postage

kalau berminat. boleh wasep 013-9171957 ( cik atin )

syukran jazilan. jazakallahulakum khairan kathir



Read more...

31 October 2015

masa untuk kembali aktif


bismillah

lagi dua minggu genap setahun aku tinggal dunia blog. tenggelam timbul dek arus dunia. ceewahh. yeah. dah kini tibalah mase untuk kembali aktif. hihi

macam macam yang jadi sepanjang setahun nih. aku dah abes study dekat IPG. sebulan lepas start buat internship kat sekolah rendah aku dulu. dah selamat jalan tiga projek ( hias surau, karnival permainan tradisional dengan gaza di hati ). dan dah selamat hantar borang markah ke IPG. buat masa sekarang aku stay kat sekolah sampai hujung tahun nih.

dalam masa yang sama. aku jugak tengah nebes tunggu panggilan interview. blajar pandai pandai. pointer tinggi mane pun. kalau tak lepas interview nih memang tak lepas la nak posting. so, maw tak nebes nye? mohon doakan ehh. huhu.

aku sekarang dah mule masuk dunia bissness. aku jual al-quran. kaen pasang. baju. tudung. macam macam haaa. tapi sebulan nih hold dulu. sebab phone rosak. aku malas nak beli phone baru sebab aku rase sejak phone rosak mase aku dengan femli lebih berkualiti. tapi tu lah. rindu jugak nak berbisness. tengoklah. minggu depan ke dua minggu depan ke. aku start balek.

haaa. cukuplah bebelan untuk sementara waktu ini. nanti laen kali aku update lagi. doakan aku rajen ehh. hihi

Read more...

14 November 2014

indahnya tarbiah Allah


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

betullah. dunia itu adalah sebuah sekolah bagi mereka yang ingin belajar. sedangkan dalam alquran tuh sendiri banyak ayat yang menyebut : 

" adakah kamu tidak berfikir? "

akhir akhir ini aku terime banyak berite kematian. dari kawan kawan. saudara mara. dan benarlah. kematian itu adalah kehidupan bagi hati yang sedang mati.

alhamdulillah. satu benda yang aku sedar. setiap kali skala kuat aku dah jatuh merudum sapai ke kerak bumi. Allah hadirkan berite kematian di sekeliling aku, 

dan satu benda yang aku belajar tentang kematian. apa apa je yang ada dekat dunia nih adalah pinjaman semata mata. Allah adalah pemilik segala galanya. dan Dia berhak untuk tarik balek pinjaman itu bila bila masa. 

sungguh. dunia itu sementara. tak ada bende yang kekal. begitu juga dengan sedih. kecewa. saket. semuanya akan berlalu pergi. jadi, janganlah rasa lemah. teruslah bangkit dan mulakan hidup dengan gagah.

ya. betape indahnya tarbiah Allah. terime kaseh Allah

Read more...