assalamualaikum sumer..
alhamdulillah. syukur sangat-sangat dengan perjalanan hidup yang ALLAH dah tetapkan. sungguh, diri ini sangat kecil. langsung tak pernah terlakar dalam planner usangku sumer ini. sapa sangka. pada awalnya hanye sekadar niat untuk tolong orang. yela. dari dup umah tak buat ape-ape. sekadar mencuri 2 jam masa pada setiap petang untuk mengajar al-quran, iqra' dan fardhu ain budak-budak. tak salah kot..
sungguh. banyak yang aku belajar cuti kali ini. jika cuti tahun lepas aku menghabeskan sisa-sisa cuti dengan berkerja di kedai buku. (ye, banyak jugak yang aku belajar tentang erti hidup disitu). tapi kali ini. mungkin lebih dekat dengan dunia bakal kerjayaku empat tahun akan datang. insyaALLAH..
kali ini aku belajar. dan baru aku tahu. bahawa pengajaran bukan hanya sekadar tulisan. selama ini kerjaku hanya sekadar menyalin isi buku di muka papan puteh. usai dyorang menyalin. dan kerja aku seterusnya menyemak tulisan mereka. membetulkan kot-kot ada kesalahan disitu.. ye. itu dulu..
dan hari itu. ntah kenapa. hati aku tergerak untuk mengajar mereka. oh. mungkin mengajar bukan istilah setepatnya. lebih kepada menghurai dan meng-explain apa yang ditulis di papan puteh itu. tajuk hari itu :
"adab terhadap al-quran"
dan antara pesanan yang aku sempat titipkan pada petang itu.
"Al-quran ni bukan sebarang kitab. tapi kitab mulia dari ALLAH. jadi. kita kene hormat dia. antara cara kita hormat dia. kita tak boleh letak merate-rate. selaen tu. kita kene amek berwudhuk sebelum sentuh al-quran "
dan yang buat aku terharu. tetibe je ade dua tiga orang budak-budak ni bangun dari kerusi masing-masing. tuju ke bahagian rak usang yang jadi tempat simpanan Al-Quran dyorang. aku kepelikan yang amat. rupe-rupenye dyorang amek balik Al-Quran yang dyorang letak dibahagian bawah dan alihkan ke aras yang lebih tinggi. dan aku hanya mampu senyum je..
dan yang buat aku lagi terharu. kini. sebelum start mengaji. ayat dyorang
"ustazah. nak pegi amek air semayang jap"
dan betollah. pengajaran bukan hanya pada tulisan...
p/s : kamu sumer banyak ajar ustazah ilmu-ilmu yang ustazah tak dapat nak dapat dalam buku. terime kaseh Allah atas anugerah ini..
No comments:
Post a Comment