08 December 2011

explorasi itu best..


ya. aku suka mencuba. mencuba pelbagai perkara. dengan pelbagai cara..

ekplorasi itu best. walaupun kadang-kadang aku tersalah jalan. walaupun kadang-kadang tersilap perhitungan. walaupun kadang-kadang rebah dijalanan...

namun. itu semua bukan alasan. untuk aku terus berjalan...

akan ku terus meng-EKPLORASI hidup ini. kerana disitu ku jumpa teman. yang bernama PENGALAMAN..

EKPLORASI [ far east feat inteam ]


Telusuri maknawi menjejak hakiki

Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi



Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi



bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat



Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi



Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

p/s : mood menulis itu terbang ke awan tinggi. semoga ia kembali. sebelum idea itu mati..

No comments:

Post a Comment