26 July 2013

apa perlu buat bila malas?


bismillah

nyah kau dari sini virus M !

huwaa. bile malas atau nama pena nya virus M mula menyerang diri. maka bermulalah fenomena ribut taufan dalam hidup seorang manusia. mana tak nye. hanya disebabkan virus yang sebijik nih. abes semua kerja ke laut. jangankan nak buat kerja. nak bangun pun rasa malas. rasa nak beradu atas katil dua puluh tiga jam lima puluh sembilan minit enam puluh saat sehari..

aish. bahaya betol virus M nih !

bagi anda. mangsa mangsa virus M disini ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan untuk menyahaktifkan virus ini. cuba jangan tak cuba

1. jangan dilayan virus ini
kalau dah rasa macam diri diserang bertubi tubi oleh virus M ini. maka amek usaha untuk buat dek je dengan virus ini. jangan pernah bagi muka. lawan sehabes daya. kalau taem tuh ada kerja. buat jugak. walau pun bukan dengan sepenuh hati anda buat kerja tuh etlis anda buat. bile anda selalu buat dek dengan virus M nih lame lame dia akan jemu. give up dan last skali amek langkah terakhir dengan mengangkat kaki mencari mangsa laen. tahniah, sebab anda berjaya membuatkan virus kalah dengan anda !

2. cari kata kata semangat
yeah. kengkadang virus M nih serang kita sebab dia sedar yang kadar motivasi dalam diri kita maken menurun. oleh sebab itu kita mesti dengan lajunya meng-charge-kan kadar motivasi dalam diri kita. antara caranya adalah dengan mencari sumber motivasi itu. ada orang memotivasikan diri dengan mendengar lagu. ada orang dengan membaca buku dan ada juga orang dengan meminjam gambar daripada profesor google. dan bagi saya sendiri. saya selesa dengan berborak borak dengan orang yang saya rasa dapat memotivasikan diri saya. terpulang pada anda. pilih yang mana anda rasa selesa. tepuk dada tanya iman :)

3. ikhlas
kengkadang tuh salah satu penyebab virus M nih menyerang adalah kerana kita tak de minat nak buat bende tuh. betul tak? jadi, jalan terbaek adalah dengan mencuba untuk menanam minat dalam diri sendiri. tapi kalau tak minat jugak nak buat macam mane? dengan menanam ikhlas dalam hati kita. ikhlas nih bende yang susah sebenarnya. sebab dia soal hati. hanya Allah dengan diri sendiri je yang tahu. tapi walau macam mane susah pun. itu bukan alasan untuk kita give up. faham?

haa. cukup lah setakat nih dulu tips nye. banyak banyak kang jemu pulak nak bace :p

salam nuzul quran. engat. alquran khazanah terbaek yang kita ada. baca. hayati. dan amalkan isi kandunganya. insyaAllah. kebahagian pasti dalam genggaman kita semua. selamat beramal =D

14 comments:

  1. nyah kau virus M..hee..virus ni mng selalu menyerang kitakn..hee..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa. tu lah. rase nak karate karate je virus M nih. kih3

      Delete
  2. ee... rara pun ta suke virus M ni.. sbb kan virus ni abes rara kne mara dgn lecturer sbb ta siap keje.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. eh. engat an sy sorang je. rupenye ade juga yang senaseb dengan sy. kite geng la kirenye. he3

      Delete
  3. virus ni i dah selalu sgt kena. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. ni sorang lagi mangsa virus M.. kite kene amek langkah pencegahan nih.. ha3

      Delete
  4. virus ni mmg biasa jangkit kat sis. dah tak heran dah..haha

    ReplyDelete
  5. virus ni, bila dy serang best gak.. tapi, bila tgh kerja berlambak, maki hamun kat diri sendiri jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa. betul tuh. patutnye dye kene bg signal dlu klu nak mai. barulah kite bleh bersedia. ye dak? he3

      Delete
  6. hehehe..semangat..semangat..bila kuat semangat virus M cabut lari..istighfar..kadang2 syaitan yang hasut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la. nak kene kuat semangat. tapi klu dah virus M tuh merebak dengan pantasnye. mmg tak mampunak wat pape. hu3

      Delete
  7. Replies
    1. selamat hari raya aidilfitri. maap zahir batin :)

      Delete