30 November 2011
26 November 2011
jangan menyerah sebelum rebah..
percaya? kehidupan itu suatu perjalanan. satu perjalanan yang panjang sebelum menemui Sang Pencipta Yang Maha Esa. dan perjalanan itu adalah suatu perjuangan. kerana perjalanan itu tidak pernah sunyi dengan liku-liku yang seribu. ada yang mudah. ada yang payah. ada yang pahit. ada yang manis.
halangan pula tidak pernah jemu menjadi pengacau dalam sebuah perjalanan. ia tidak pernah puas melihat manusia diuji. ia akan tersenyum melihat tiap-tiap kali manusia itu jatuh tersadung dalam perjalanan. tapi ia kan tersenyum bangga andai manusia yang tersungkur itu bisa bangun dengan penuh semangat..
manusia. jangan pernah berhenti meLANGKAH ke hadapan. jangan pernah putus HARAPan untuk terus bangun. jangan berhenti PERCAYA pada kemampuan diri. walau seratus kali anda tersungkur. walau seribu kali anda tersadung. walau berjuta anda mendapat parut. kerana setiap parut itu tidak pernah sia-sia. kerana setiap parut itu ada harganya. parut itu menjadi lambang ketabahan anda. simbol kekuatan anda.
percayalah. harga sebuah pengorbanan itu akan terbayar dihujung perjalanan :)
p/s : alhamdulillah, setelah 3 kali percubaan. berjaya jugak menjelmakan resepi begerdel. engat, jangan pernah putus asa !
Read more...
25 November 2011
sebarkan salam..
Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada
Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW
menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu
sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)
hukum
Memberi salam adalah sunat, sedangkan menjawabnya adalah wajib.
keharusan memberi salam
- Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
- Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
- Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
- Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
- Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
- Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.
pengecualian menjawab salam
- Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
- Khatib, orang yang sedang membaca Al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
- Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.
Read more...
23 November 2011
rahsia berwudhu'...
"Syarat
mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita
mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita
terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh
ini.
Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).
Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan?
Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.
Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).
Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan?
Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.
p/s : subhanALLAH
sumber : [pemaniskata]
Read more...
22 November 2011
transformasi terus berlaku, ukhwah tetap satu..
celik pejam celik pejam. dah lima
hari rupenye sedang enak menikmati musim cuti semester. dan celik pejam celik
pejam jugak. dah berakhir sudah program PPISMP [ program persediaan ijazah
sarjana muda pendidikan ]. juga celik pejam celik pejam. dah amper setahun
setengah bergelar pelajar maktab a.k.a pelajar IPG [ institut pendidikan
guru]..
rasa sangat pantas masa itu.. klu
dulu rase lambatnya masa merangkak mengalahkan siput yang tengah bersiar-siar
ambek angen diwaktu petang. nak-nak taem esemen tengah berlambak. tak pun taem
angen exam datang bertamu..rasa macam nak tolak-tolak je masa tu nak kasi gerak cepat siket..
tapi sekarang..cepat pula rasa
masa tu berlari. da nak melangkah ke satu ag stage..PISMP [ program ijazah
sarjana muda pendidikan ]..taon depan insyaALLAH dapat junior. dalam kata laen da
bleh berlagak sebab da jadi senior. oh yer, taon ni di IPG AFZAN tiada
pengambilan untuk unit PAI..so nye, kiteorang still ag junior..(^,~)
ok. sekarang mood nak imbau
kembali zaman muda mudi, zaman nerd, zaman skema. setahun setengah berkongsi
kelas dengan 20 kawan yang lain. 14 darinya lelaki. first time sebenarnye dapat
classmate yang ramai lelaki dari perempuan. jadinye, secara tak langsung mereka
yang selalunya dapat kongker class...*yeke??* sabar je la..
setahun setengah jugak kiteorang sama-sama
melakar warna-warni di atas kanvas kenangan berpandukan pengalaman..ada yang
indah, suka, duka, kelam, kelabu, ceria. semua ada. macam-macam rasa. pahit,
manis, masam, masin, payau. semua ada. macam-macam gelagat. gurau, senda,
rajuk, pujuk. semua ada..
setahun setengah jugak masa
mengenali diri masing-masing. semua ada cerita masing-masing. semua ada gelagat
masing-masing. ada karenah masing-masing. juga ada karekter masing-masing.
saling melengkapi. terasa hati, makan dalam itu mainan biasa dalam persahabatan.
dengan mainan itulah kita melakar kenangan..
maseh ada 4 tahun masa untuk
bersama mencipta memori di dalam ukhwah yang terpatri..moga ukhwah itu akan
selalu harum mekar bergerak bersama hari..kawan-kawan PAI SK 2010. terime kaseh
atas segalanya. mohon maaf eklas dari hati andai ada salah silap mahupun luka
di hati..
salam sayang..
cik atin
p/s : sekali ukhwah termetrai, usah kasi terlerai.. :)
Read more...
20 November 2011
usah pedulikan manusia itu..
pernah dengar ungkapan ini?
"menutup mulut manusia tidak semudah menutup mulut tempayan"
fakta yang sememangnya mempunyai probability kebenaran yang agak tinggi. tidak mudah sebenarnya menjalani kehidupan sebagai manusia. hidup sentiasa dikelilingi manusia lain yang kekadang sangat suke menilai, selalu menilai dan tetap menilai.
ade kekadang nilaian mereka itu tepat. tapi yang banyaknya nilaian yang diberi jaoh menyimpang. tapi apakan daya nilaian itu tetap menular tanpa diberi lesen kebenaran. dan kita sebagai manusia dan merangkap empunya diri tiada kuasa untuk menghalang..
apa yang boleh dilakukan teruskan berjalan dengan seadanya diri kita. amek apa yang baek sebagai peneman dalam perjalanan. usah peningkan kepala dengan apa yang tidak patut. usah bazirkan air mata untuk sesuatu yang tidak perlu. usah pedulikan manusia itu..
p/s : realiti tidak semudah mimpi...
Read more...
19 November 2011
hukum bermain alat muzik
Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,
Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?
Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) : Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.
Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,
"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]
So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.
Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.
Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.
Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?
Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.
Sekian, wallahua’lam...
sumber : [sini]
Read more...
18 November 2011
saat yang dinanti..
alhamdulillah.
inilah saat yang dinanti.
musim exam telah belalu pergi.
cuti pun mula bertandang ke mari.
maktab kata pergi rumah kata ke sini..
cuti adalah masa terbaek untuk membesarkan diri. SELAMAT BERCUTI kepada semua student-student IPG. manfaatkan cuti dengan sebaeknya. insyaALLAH jumpa lagi tahun hadapan..
p/s : selamat tinggal PPISMP...selaamat datang PISMP
Read more...
15 November 2011
satu saje
cadangnya tak nak menulis sapilah abes jawab paper akhir kamis ni. tapi..tangan nak jugak tulis...nak jugak..satu je..nak tulis satu je...satu bende je...
:: sabar. ALLAH akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar ::
Read more...
10 November 2011
hukum memotong kuku ketika haid..
Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan
Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin,
bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau
mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari
akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagaimanapun,
setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang
dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian
menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi,
professor Shari`ah di Univ. Kaherah
|
Soalan
ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’
al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum
makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW
bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada
hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu
bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah
(apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang
tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar
menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan
menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru
apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”
|
Tiada
sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga
datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut
pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub,
malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)
Sebagai
makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan
sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan
diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu
malam. Wallahu a’lam
sumber dipetik dari [zaharudin.net] |
Read more...
07 November 2011
salam perantau..
assalamualaikum..
saya, cik atin dari IPG kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha 1423H kepada kaum keluarga, sanak saudara, sahabat andai, pembaca blog dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang mengenali diri ini ataupun tidak. sama-samalah kita menghayati dan melestarikan makna sebuah pengorbanan dalam menyelusuri hari-hari kehidupan.
تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†ّاََ Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…
الله أكبر الله أكبر، لا أله إلا الله، والله أكبر الله أكبر، ولله الØمد
p/s : actually ni post tertangguh atas sebab-sebab tertentu :)Read more...
04 November 2011
jika sudah ada rasa mengapa dibiar saja?
setiap orang secara fitrahnya adalah suci. dalam kata mudahnya baik. dan hanya kerana putaran waktu dan mainan dunia. ada yang sedikit terleka.
namun, jaoh di sudut hati. ada rasa penyesalan yang hinggap dihujung diri. rasa ingin kembali pada fitrah diri.
tak semua orang mendapatnya. kerana hidayah itu milik ALLAH. tetapi itu bukan syarat untuk kita hanya berdiam diri dan terus menanti. mana mungkin berjaya orang yang tidak berusaha?
jika sudah ada rasa untuk berubah itu tandanya hidayah mula menyinggah. mengapa dibiarkan rasa itu terbang jaoh. usah bertangguh.
lakukan sekarang. kerana esok belum tentu ada untuk kita..
Read more...
03 November 2011
02 November 2011
kerana kita adalah ISTIMEWA
setiap manusia itu istimewa. punya keunikan tersendiri.
ada kelemahan. tapi diseimbangkan dengan kekuatan.
tonjolkan kekuatan. baiki kelemahan.
hargai kesempatan ruang yang ada.
kerana belum tentu esok itu ada.
usaha dan terus usaha. kerana kita adalah ISTIMEWA..
Read more...
01 November 2011
jalan yang tidak disangka-sangka
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah..
terima kasih ya ALLAH atas segala-Nya
Read more...
sungguh, ALLAH Maha Mendengar rintihan setiap hamba-Nya. adukan segalanya pasti ada penyelesaian dari jalan yang tidak kita sangka-sangka...
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah
s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
terima kasih ya ALLAH atas segala-Nya
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)