26 November 2011

jangan menyerah sebelum rebah..


percaya? kehidupan itu suatu perjalanan. satu perjalanan yang panjang sebelum menemui Sang Pencipta Yang Maha Esa. dan perjalanan itu adalah suatu perjuangan. kerana perjalanan itu tidak pernah sunyi dengan liku-liku yang seribu. ada yang mudah. ada yang payah. ada yang pahit. ada yang manis.

halangan pula tidak pernah jemu menjadi pengacau dalam sebuah perjalanan. ia tidak pernah puas melihat manusia diuji. ia akan tersenyum melihat tiap-tiap kali manusia itu jatuh tersadung dalam perjalanan. tapi ia kan tersenyum bangga andai manusia yang tersungkur itu bisa bangun dengan penuh semangat..

manusia. jangan pernah berhenti meLANGKAH ke hadapan. jangan pernah putus HARAPan untuk terus bangun. jangan berhenti PERCAYA pada kemampuan diri. walau seratus kali anda tersungkur. walau seribu kali anda tersadung. walau berjuta anda mendapat parut. kerana setiap parut itu tidak pernah sia-sia. kerana setiap parut itu ada harganya. parut itu menjadi lambang ketabahan anda. simbol kekuatan anda.

percayalah. harga sebuah pengorbanan itu akan terbayar dihujung perjalanan :)


p/s : alhamdulillah, setelah 3 kali percubaan. berjaya jugak menjelmakan resepi begerdel. engat, jangan pernah putus asa !

2 comments:

  1. yes! totally agree,,,jangan mudah putus asa!

    ReplyDelete
  2. yup. b'juang selagi hayat di badan :)

    ReplyDelete