Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,
Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?
Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) : Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.
Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,
"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]
So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.
Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.
Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.
Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?
Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.
Sekian, wallahua’lam...
sumber : [sini]
info menarik..tq atas perkongsian
ReplyDeletesame2..tq sebab sudi bace :)
ReplyDeletesame2
ReplyDelete:D
ReplyDeleteape hukum bermain alatan muzik jenis tiupan dan gesekan ya?
ReplyDeletetiada dalil yg soheh ag terang mengenai p'haraman b'maen mane2 alat muzik...Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi pun sokong pendpat ni..jadi, selagi ianya tidak m'bawa kepada unsur-unsur maksiat dan kelalaian pada agama ianya dibolehkan..
ReplyDeletebleh rujuk kitab2 dan pakar2 yg lebih arif untuk maklumat yg lebih jelas :)