24 September 2011

.:: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2011 EPISOD 2 ::.

status : alhamdulillah. settle 1 projek mega untuk arini..

betol la. klu da nak dekat akhir zaman ni rase cam cepat je mase tu ha. dengan banyaknye kije nak kene settle dalam satu-satu mase. tak tekejar rasenye. projek jahitan yang asyik tetangguh, demam esemen yang tak penah nak kebah. dengan esemen berbaki tiga, tambah dengan yang direject tadi satu, dengan aktiviti sampingan nye ag. sabar je la. harapnye dapat settlekan dengan baek hingga akhirnye..

sebelum tu sile jawab teka-teki ni dalam mase 2 saat tanpe tengok kalender.

"sape taw jumaat yang minggu lepas berape hari bulan??"

teeeet. mase tamat. jawapan dye 16 hari bulan. ha3

*merah : warne natural bagi kami*


* kuning : wane untuk kebanyakan wording*


mane taknye tarikh tu besejarah kot buat kami yang dak-dak maktab ni. memang setiap taon ade je wakil dari maktab kami yang terlibat dengan sambutan merdeka peringkat kebangsaan. tapi tok taon ni ag bermakne. kesnye kami terlibat dengan human L.E.D a.k.a latar manusia. kalau taon-taon lepas persembahan banyak menggunakan prob untuk membentuk formasi-formasi menarik. speselnye taon ni kami menggunakan jaket + tshirt untuk membentuk formasi yang sangat menarik. jadinye lebih banyak pergerakan yang perlu dibuat. kene berdiri tegak itu yang petim. kirenye kami macam perintis la. bende ni sbenarnye macam da femes kat korea. tapinye kat malaysia inilah yang pertamenye. *berdasarkan maklumat yang cik atin dapat*

*ini sebahagian formasi untuk segmen finale*


*inipun sebahagian dari segmen finale*

klu kire penat memang la penat. mane taknye seawal pagi da kene bangun dan begerak ke dataran merdeka. berlatih bagai nak rak. menahan terik mentari yang menyengat. malam sambung ag. kengkadang petang pun ade. kirenye waktu yang betol-betol leh tido dengan lenenye adalah waktu tengah hari. tapi dan je sebenarnye nak curi tido taem atas bas. mane taknye jarak perjalanan dari tempat penginapan kami ke tapak latihan tu maw dalam 45 minit. memang sepat sangat la stakat nak lelapkan mate. nak masuk alam mimpi pun sempat ag. he3

kat sane memang sangat-sangat menguji skill ke-alert-an kami. setiap dari kami dibekalkan dengan skrip. haa, jangan dup engat pelakon je yang kene hapal skrip ok ! kirenye kami memang kene alert dengan arahan instructor. contohnye jika instructor kate kite akan wat formasi no 13, sumer orang kene tengok no 13 kat skrip skrip masing. *setiap orang berbeza*. then bile wisel blow terus transform pade wane yang tengok kat skrip tadi. tak boleh ade salah sebab even sorang je yang wat salah, dye akan bagi effect pade formasi yang dibentuk...

kat bawah ni sebahagian dari formasi-formasi yang kami bentuk. *berbaloi dengan seminggu latihan*. layan je la...zaaaassssss !










ok la. ajat aty nak wat entry panjang tapinye kelopak mate ni macam nak tertutup da pun. tulisan pun napak cam maken kecik je. tido dlu yer sumer. gud nite. sweet dream. assalamualaikum...

p/s : terime kasih pade mike-mike yang jadi pembekal-pembekal gambar. he3

link lain :

sambutan hari kemerdekaan dan hari malaysia 2011 episod 1



Read more...

20 September 2011

KADANG-KADANG...


kadang-kadang kita terpakse lepaskan ianye pergi..
walaupun ianye sangat bermakna..

kadang-kadang kita perlu tunduk pade keadaan..
kerana itu pilihan yang terbaek..

kadang-kadang kita terpakse menipu diri sendiri..
kerana hanya itu pilihan yang ada..

tapi percayelah diri..
pasti ada yang lebih baek menanti..
mengalah bukan bermakna kalah...


ya ALLAH, aku mohon padaMu..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segalanya..
tiada yang lebih memahami diriku melainkan diriMu..
tiada yang mengetahui apa yang tersirat dihatiku melainkan diriMu..

ameen ya rabbal alamin..

pakse diri untuk senyum~~thanx zio..
Read more...

19 September 2011

.::SELAMAT ARI LAHIR ATAM::.


• ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪HappyBirthdayto You♪♫•*¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•♫♪ HappyBirthday toYou♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday
♪♫•*¨*•.¸¸HappyBirthday to atam ¸¸.•*¨*•♫♪... HappyBirthday to You….!♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪.•*¨*•♫♪♪♫

1st of all sorry sesangat pade my beloved sis, nawal nur'ain balqis a.k.a atam. memang akakmu ni seorang yang pelupe. he3. bangun pagi tadi baru t'engat nak wish. tapinye postpone punyer postpone petang tadi baru dapat wish. sorry again. taon depan along tak wat g2 dah. jangan majuk-majuk ok !

19 september. 2 befdey atam. dulu taem kecik-kecik dye agak rapat ngan cik atin. almaklumlah anak bongsu taem tu. tapinye sejak cik atin masuk ostel. tepon je la yang menghubungkan kiteorang. sedor tak sedor da besar panjang da pun budak sorang tu hah. da skolah menengah da pun. he3

atam seorang yang agak cerewet and cermat. jangan la usik barang dye klu tak nak kene bebel. kih3. sejak da jadi anak dare ni da makin tegas pulak orangnye. pe-pe je la. along doakan moge adek along sorang ni jadi seorang muslimah solehah macam yang atam selalu cakap tu. belajar rajen-rejen. engat fokus pade yang petim. engat cita-cita atam 2. yang tak berape nak petim tolak tepi dulu ok...

with love,
along

Read more...

18 September 2011

.:: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2011 EPISOD 1 ::.

alhamdulillah. ngah saket-saket badan pun siap gak berblog walking. almaklum la da 10 ari kot tinggalkan hobi sejagat tu. sepat kot jumpe blog-blog baru. pade sape-sape yang nak cik atin jejak blog dye sile la tinggalkan link blog anda. nati taem ade mase cik atin jenguk yer...

alhamdulillah. da slamat mendarat di bumi afzan. even agak lambat banding ngan orang laen. tapi syukur la slamat sapai. penat memang penat. kulit pun da tukar kaler ha. da gaye macam udang kene bakar da pun. tapi sungguh la, pengalaman 10 ari tu sangat la indah. tak dapat dibeli kot...

alhamdulillah. cik atin and kawan-kawan satu batch terlibat ngan sambutan hari kemerdekaan n hari malaysia peringkat kebangsaan kat dataran merdeka. kiteorang antara wakil 10 IPG a.k.a institut pendidikan guru seluruh malaysia yang terlibat. dalam 2000 lebih gak la. tok spuloh ari ni kiteorang stay kat presint 17, putrajaya...

alhamdulillah. banyak je citer yang cik atin nak share. tapinye maseh dalam proses pengumpulan gambar ag. nati sumer da settle cik atin story k. i promise. insyaALLAH ! pe-pe pun untuk tak menghampakan harapan sape-sape yang termiss moment terindah tu. ha amek ni. cik atin da masukkan video ni. actually, berlambak je video kat utube tu. klu nak masukkan sumer kat blog ni memang tak de kije sungguh la. esemen pun tak nyentuh ag. cian incik esemen, tak pe tak pe. nati cik atin rajen cik atin wat okey. he3




p/s : tangan masih tak leh nak straight sangat. tapi syukur la. better than yesterday. ade sape-sape yang pandai ngurut tak??

Read more...

17 September 2011

.:: 38 bayi hari malaysia 2011 ::.


KUALA LUMPUR – Seramai 38 bayi Hari Malaysia 2011 dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu kota sejak tengah malam semalam hingga tengah hari Jumaat.

Daripada jumlah itu, 20 merupakan bayi perempuan dan 18 bayi lelaki.

Tinjauan Bernama mendapati kelahiran paling ramai di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 17 bayi diikuti Hospital Ampang (10), Hospital Kajang (lapan), manakala bagi hospital swasta pula, Pusat Perubatan Sentosa dua kelahiran manakala seorang bayi dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana.

Daripada jumlah itu empat kelahiran melalui pembedahan, tiga di HKL dan seorang di Hospital Ampang.

Tinjauan mendapati HKL menyambut kelahiran pertama bayi seberat 2.94kg pukul 12.15 pagi manakala bayi seberat 2.21kg di Hospital Ampang pada pukul 12.20 pagi, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.

Bagi Azizah Abu Bakar, 37, penantiannya selama lapan tahun untuk mendapatkan anak perempuan tercapai apabila melahirkan anak keempatnya bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia ke-48.

Dia yang sepatutnya bersalin pada 10 Sept lepas tidak menyangka melahirkan anaknya itu melalui pembedahan di HKL pada 1.30 pagi tadi dan amat bersyukur.

Wanita ini berkata dia telah pun mempunyai tiga anak lelaki sebelum ini yang jaraknya lapan tahun dengan bayi perempuannya itu diberi nama Aisyah Nabihah.

“Saya berharap bayi ini membesar menjadi warga yang berguna dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada negara,” katanya dengan penuh gembira.

Turut berkongsi kegembiraan ialah N Natieya, 20, yang melahirkan bayi lelakinya kira-kira sejam sebelum itu di hospital yang sama.

Noraini Roz, 24, pula melahirkan bayi perempuan seberat 2.94kg kira-kira 15 minit selepas tengah malam.

“Rezeki saya melahirkan anak kedua sempena sambutan Hari Malaysia dengan proses bersalin yang mudah,” katanya.

Sementara itu, sebuah syarikat pengeluar lampin bayi, Disposable Soft Goods (DSG), menghadiahkan saguhati kepada bayi bertuah yang dilahirkan di 43 hospital awam terpilih pada sambutan Hari Malaysia.

Pengarah Perdagangan DSG, Foo Yoke Mun berkata syarikat turut memberikan perlindungan insurans percuma bernilai RM12,000 selama setahun kepada ibu terpilih yang melahirkan bayi sempena hari bersejarah itu. – BERNAMA

sumber dicilok dari : [sini]


Read more...

.::BERJALAN TANPA HENTI::.


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

p/s : dunia itu sebuah perjalanan yang penuh onak dan duri. jangan pernah kite berputus asa dengan rahmat ALLAH. kerana setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye. orang yang kuat ialah orang yang sanggup berusaha untuk bangun walau macam mane teruknye dye jatoh. chaiyok2 !

Read more...

13 September 2011

.::SELAGI HAYATMU MASIH DISINI::.


Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Perginya dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

P/S : sabar itu indah.

Read more...

09 September 2011

.::PERLU KE??::.

bismillahirrahmanirrahim..

tak tahu macam mane nak mulekan entry kali ni. agkan rambut dan macam-macam warnenye. inikan plak hati manusia yang dup kat dalam, manekan kite nak napak. mata hanya mampu melihat. telinga hanya mampu mendenga. akal hanya mampu menilai. tapi hati hanya ALLAH yang tahu.

manusia sangat suke menilai. betol atau tidak kenyataan ini. masing-masing punyer jawapan. sering kali jika berlaku salah faham. hati dan perasaan saling berlumbe untuk memberikan perjelasan. tapi akal sering mempersoalkan.

'klu diceritakan perkare sebenar adakah mampu menyelesaikan perkare 2?'

'adakah keadaan kembali normal atau ianya maken mengusutkan?'

'cukup sekadar ALLAH yang tahu'.

biarlah apa yang orang nak kate. mulut manusia tiada siapa mampu menutupnye. pandangan ALLAH itu yang lagi utama.

'tak semua bende perlu diceritakan kat orang'~~thanx tekno !

p/s : kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran??

Read more...

06 September 2011

.:: PERJALANAN TERAKHIR RAMFAIZUL ::.

PILU...isteri arwah, Norazrina Jaafar bersama anaknya, Mohd Irfan  dan Mohd Naufal.
PILU...isteri arwah, Norazrina Jaafar bersama anaknya, Mohd Irfan dan Mohd Naufal.

“PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya.

Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.


Suasana dalam pesawat pengangkut TUDM itu tidak semeriah dan seceria ketika ia terbang bersama 50 sukarelawan dan petugas media ketika membawa bantuan makanan dan perubatan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.

Saya tidak menaiki pesawat berkenaan ketika itu kerana bertolak lebih awal dengan pesawat komersial, namun diberitahu rakan setugas lain suasana ketika itu berbeza dengan keadaan dalam pesawat ketika membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul pulang ke tanah air, semalam.


Arwah sering mengikuti pelbagai misi bantuan di luar negara termasuk di Pakistan, New Zealand, Palestin dan beberapa negara lagi terutama misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.


Sepanjang perjalanan yang terpaksa transit di dua negara iaitu di Seychelles dan Maldives untuk mengisi bahan bakar, semua 54 anggota misi berdiam diri kerana bersedih dengan pemergian arwah yang juga ketua media untuk misi terakhirnya itu.

Penerbangan pulang terasa terlalu lama dan saya berterusan dihantui kebimbangan biar pun kami bakal menjejakkan kaki di tanah air sebelum tengah hari semalam.


Keranda yang memuatkan jenazah arwah ditempatkan di bahagian belakang pesawat dan saya duduk di bangku hanya beberapa meter daripadanya, sekali-sekala sempat menoleh ke arah keranda berbalut Jalur Gemilang itu dan pada masa sama melihat beberapa rakan membaca surah Yasin. Sebelum itu, kumpulan kami keluar dari hotel penginapan di Mogadishu seawal jam 7 pagi kelmarin dengan diiringi ratusan anggota pasukan keselamatan kerajaan Somalia bagi menjamin kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Aden Abdulle, untuk menaiki Hercules C-130 yang sedia menunggu.

Tepat jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia), saya bersama petugas media dan anggota misi kemanusiaan lain berlepas ke Seychelles dan sepanjang tiga jam penerbangan, kelihatan semua yang berada dalam pesawat berdiam diri serta masih berada dalam keadaan terkejut, takut serta bersedih dengan pemergian arwah Noramfaizul.


Mengenangkan arwah sentiasa riang sepanjang lima hari membuat liputan di negara bergolak yang dilanda masalah kebuluran sejak tiba di Mogadishu 29 Ogos lalu, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, namun menganggap ia ketentuan Ilahi dan berdoa supaya roh arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah serta menganggap arwah wira kami di Mogadishu. Sebaik selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 10 pagi semalam, keadaan menjadi semakin pilu apabila keluarga arwah termasuk dua anak kecilnya memasuki pesawat bagi melihat jenazahnya.


Lebih mengharukan kepulangan Allahyarham dan anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia disambut ribuan rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Jenazah arwah kemudian diuruskan di surau pangkalan udara berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.


Saya bersama beberapa anggota misi lain menziarahi rumah arwah sebelum mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan dan berada di sana sehingga selepas upacara pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan.


Kenangan singkat saya dengan arwah selama beberapa hari di Mogadishu akan diingati selama-lamanya kerana misi ini yang paling bahaya serta mencabar sehingga mengakibatkan beliau gugur ketika bertugas. Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Jumaat lalu (jam 10.40 malam waktu Malaysia) ketika arwah bersama sembilan lagi wakil media yang membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia yang kebuluran dalam perjalanan pulang ke hotel penginapannya di KM 4, bandar Mogadishu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda selain sebuah kenderaan pasukan keselamatan.


Kenderaan dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel berkenaan. Tembakan berkenaan turut mengenai seorang lagi jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, menyebabkan dia cedera di lengan kanan.


Kami yang mengikuti misi ini sentiasa akan mengingati Allahyarham Noramfaizul sebagai rakan setugas dan sahabat yang banyak membantu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman, amin.”


sumber dipetik : dari [sini]


link lain : bernama teliti SOP

idam ke baitul maqdis

terkilan tolak pelawaan jamah sambal ikan bilis

500 hadiri perkebumian

peluru tembusi jaket

syukur anak mati jihad


Read more...

05 September 2011

.:: IANYA SUATU KEPASTIAN ::.


innalillahiwainnailaihirajiuun..

sesungguhnya kematian itu suatu kepastian. tidak pernah terlambat atau tercepat even sesaat. seperit manepun, ianye perlu diterime dengan hati yang lapang. benarlah. setiap dari kita ini hanya sekadar pinjaman. bila-bila masa akan diambil kembali oleh ALLAH Yang Esa.

bilamane pertame kali dapat berite pemergian allahyarham dari ustaz jamal dalam kelas pagi tadi. rase terkedu sangat. terngiang-ngiang kate-kate terakhir allahyarham tike perjumpaan terakhir gerko bola tampar sebelum cuti rayer hari tu. katenye *lebih kurang la* :

"selamat hari rayer. maaf zahir batin. mungkin lepas rayer ni kita tak jumpe. sebab saye nak pergi kl untuk sambut merdeka. ni tahun ke-8 saye sertai sambutan merdeka ni"

*taem ni incik x taw ag kiteorang pun terlibat same dengan sambutan kali ni*

dulu slalu gak la lepak kat JTP 2. sembang ngan encik syukur, lecturer TMK cik atin. slalu napak beliau. sembang jarang-jarang skali. but sem ni cik atin gerko bola tampar memang slalu la berurusan ngan beliau. dan memang tugas cik atin saban minggu tok mesej or call beliau nak kompemkan gerko ade ke tak. *2 amanat dari beliau*

pe-pe pun sumer tu da tinggal kenangan. yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali. yang masih ad ni ambil ibrah. tingkatkan amal.

al-fatihah buat Allahyarham Encik Md Zulfakar Mohd Salleh, pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan merangkap penasihat gerko bola tampar PPSIMP Sem 3. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. ameen...

kepada keluarga allahyarham. salam takziah diucapkan semoga terus tabah menghadapai ujian ini. insyaALLAH..

p/s : latest news cik atin time. insyaALLAH allahyarham akan dikebumikan selepas isyak di Makam Chondong Pekan, pahang selepas isyak nanti.

Read more...

04 September 2011

.:: TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM RAMFAIZUL ::.

IMBAS...Noramfaizul (dalam bulatan) bergambar bersama rombongan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sebelum berlepas ke Somalia.
IMBAS...Noramfaizul (dalam bulatan) bergambar bersama rombongan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sebelum berlepas ke Somalia.

MOGADISHU: Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh selepas ditembak ketika membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini, malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia jam 11.15 malam tadi (jam 6.15 petang di Somalia) iaitu kira-kira sejam selepas terkena tembakan curi dipercayai dilepaskan kumpulan pemberontak.

Dalam kejadian serang hendap itu, seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara rambang.

Wartawan Harian Metro, Mohamad Apendy Issahak ketika dihubungi di Mogadishu lewat malam tadi memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan, Allahyarham bersama petugas media Malaysia sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan di sini selepas melawat kem penempatan dalaman (IDPs) Waveri, dekat sini.


Seramai 53 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk petugas media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu dan mereka kini dalam proses pemindahan ke lokasi selamat.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang sedang menuju ke hotel.
Sementara itu, wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar laporan berita apabila terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Mangsa yang dibawa masuk ke dalam hotel sejurus selepas kejadian, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 11.07 malam waktu Malaysia.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media Malaysia, tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dijangka pulang pada 8 September ini.

Wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi memberitahu Aji Saregar cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) ketika mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh ke belakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mentuanya di Serdang Raya, dekat sini, terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya," kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tan berkata mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi, hari ini.

sumber dipetik : dari [sini]

link laen :wira malaysia sebenar

arwah terkulai dibahu saya


Read more...

01 September 2011

.:: 4 kemalangan dalam sebulan ::.


current location : kuala lipis (^.^)

balek kampung. hohoho balek kampung. hohoho balek kampung. hati girang. taw-taw. sumer orang nak balek kampung taem-taem rayer ni. klu jalan tak jem taem rayer gini memang bukan rayer la namenye. tapinye tu la. satu bende ag yang memang tak leh nak pisah dengan rayer. da macam kembar siap pulak gayenye. kemalangan jalan rayer. latest news yang cik atin bace kat selangor kini, tok ops sikap 24 ni da 166 orang da selamat jadi korban jalanan. innalililahiwainnailaihirajiuun....

2 hari lepas, my twin eksiden. mase dapat news tu maw rase cam nak jatuh jantung. manetaknye. libat 3 kete kot. klu tengok gaye ketenye memang ancur la. orang belakang langgar then masuk jalan sebelah then orang dari laluan bertentangan lak yang langgar. tapi tu la. ajal maut sumer kat tangan ALLAH. ALHAMDULILLAH. sumer slamat. juz lebam sket. moge cepat sembuh yer my twin !

sari sebelum tu plak. my senior eksiden. langgar tiang tepon ag ha. ALHAMDULILLAH suami and anak dye sehat walafiat. juz luke kecik je. selang 2 minggu sebelum tu my jiran eksiden. libat 3 kete gak klu tak silap. ALHAMDULILLAH luke luaran tak la teruk sangat. tapi luke dalaman tu agak teruk gak la. pe-pe pun sekarang da beransur sehat !

25 ramadhan ri 2, my kawan sekolah rendah eksiden. yang ni teruk. siap patah jari ag. luke kat muke pun agak r. gerun kot nak tengok gambar dye. tapinye tengok je. kuing3. maw tak teruknye. moto lawan kete kot. pepehalpun moge cepat sembuh k. ubat jangan lupe makan taw mino !

ya ALLAH. takut sesangat. tapi nye an. 1 persamaan tok 3 kes pertame. punca kemalangan adalah disebabkan oleh pemandu yang mengantuk. so, kepade sumer pemandu silelah berhati-hati. engatlah orang tersayang. klu tak de orang tersayang pun. sayanglah diri anda sendiri. klu mengantok tu. berenti la dulu kat mane-mane. tido jap !

memang la sumer kemalangan tu da ditakdirkan. tapinye secube mungkin kite elakkan kemalanagn tu. at least cube minimisekan faktor yang membawe ke terjadinye kemalangan tu. pepehalpun cik atin doakan sumer selamat sapai ke destinasi yang dituju. ameeen


p/s : tak kirelah anda bawak motor ke, kete ke. lori ke, bas ke atau ape-ape je kenderaan same ade dari sebesar-besar kenderaan hingge ke sekecik-kecik kenderaan. sile lah berhati-hati. pandu cermat jiwa selamat !

Read more...