20 April 2012

karnival sukan pra kuala lipis 2012


assalamualaikum sumer..

eceli. mate dah mengantuk. tapi tangan ni haa. berkobar-kobar nak menaipnye. terpakselah mate mengalah an. mane taknye. tadi petang dup bersantai-santai sambil menyelongkar kotak lappy ni. terbukak folder karnival pra. then baru terengat tak wat ag laporan kat incik blog ni an. >,<

karnival sukan pra ni eceli di anjurkan oleh PPD kuala lipis. means sumer skolah pra kat daerah lipis ni terlibat. ramai sungguh. eceli kiteorang beberapa orang dak pai ni juz sebagai pembantu je. opkos la orang petim karnival ni dak-dak unit pra sekolah. he3

karnival seawal jam 9 pagi dah start. juz ade 2 game je. netball and futsal. oh yer. 1 ag senam tari. saya terlibat ngan netball je. saya and the geng. wani. sunny and husna in charge tok padang A. kami bagi tugas masing-masing. 2 orang jadi pengadil. sorang runner. sorang penjage mase. bincang punyer bincang. saya jadi runner. agak penat. but its ok lah compare jadi pengadil. ye la. saya ni garang. kang tak de pasal-pasal ade budak nanges sebab kene marah ngan saya. kih3

mula-mula tu agak takot gak la. nak handle dak kecik ni. tapi rupe-rupenye best tol. kelakar bile tengok telatah dyorang. ade yang nanges sebab bola tak penah sapai kat tangan dye. ade tu yang ketakutan sebab saiz bola agak beza ngan saiz bola yang dyorang selalu belatih kat skolah. ade pulak yang statik je. tak mampu nak gerak sebab takot tengok ramai sangat orang. adoyai. comey sungguh la kamu budak-budak. (^__^)

alhamdulillah. karnival ni tamat dekat-dekat kul 5 gak. terus balek. sebab  penat yang amat. tak sempat pun nak join majlis penutup. sory. sory. balek bilik. belek punyer belek mukeku. waah. terkejut mak. mane taknye. hangus terbakar. memang logiklah an. berpanas terik sepanjang ari. tapi tak pe. apelah sangat dengan perubahan warne kulit klu compare ngan pengalaman manis ni an (=.=)

p/s : napak gayenye bukan stakat budak yang bersungguh benau. skali ngan cekgu-cekgu and mak bapak budak yang turut excited >,<

Read more...

18 April 2012

17 April 2012

bila rasa itu mula bertamu..


bismillah..

kehilangan mengajar aku erti rindu.

dan buat kesekian kalinya lagi. perasaan itu datang bertamu tanpa dipinta..

local D --> kopi pasta --> selawat

cukuplah. biarlah alunan zikir itu menjadi pengubat rasa itu. Allahu rabbi. terus kuatkan aku. aku mohon..

** semoga dia tenang dan bahagia disana

17042012
1121
Read more...

15 April 2012

koleksi lirik maher zain (forgive me)


assalamualaikum sumer..

alhamdulillah. home sweet home. lepaskan saki baki nafas setelah sesi drift menyiapkan esemen yang menggunung tinggi mengalahkan gunung tahan. for the pestime balek umah berlenggang tanpa buku. memang niat nak lepak sesuka aty riang gumbira dua hari kat umah ni.

ehem. ehem. cuba teka apa yang saya tengah buat sekarang? dah, tak payah nak penat-penat fikir sambil garu kepala yang tak gatal tuh. solan yang kompem tak masuk examnye. kih3

eceli, saya dalam proses ngah mendowload segale bagai lagu-lagu baru maher zain. proses menyelongkar 4shared dah tamat. ade tak jumpe 2-3 lagu. tak pe. nanti balek maktab kite sedut je ngan member-member yang ade. sedut-ing is caring an? >,<

kamu-kamu semua taw kan. maher zain dah kua album baru. tajuk dye forgive me. klu tak silap 2 april lepas kot. sebagai salah sorang fan setia maher zain. jomlah same-same kita mengumpul koleksi lagu-lagu maher zain. lepas ni nak download video-video dye plak. yelah. taem kat umah ni je la nak manfaatkan sepuas-puaskan kuasa mendownload tuh. nak tunggu balek maktab. memang hampeh lah. line macam siput utan. bb plak dah overlimit. standard musim esemen la an. **alasan yang cukup baek.

oh yer. khas buat peminat-peminat maher zain. nah. koleksi lirik tok anda semua. (^,~)


Read more...

14 April 2012

terime kaseh..


assalamualaikum sumer..

dedikasi khas ini buat semua sahabat handai. kawan mawan.

kita berjumpa kerana takdir. kita berkawan kerana kaseh sayang. kita bersama kerana hati. kita berpisah kerana cita-cita. kita kekal kerana kuatnya ukhwah. kita bergaduh kerana harga satu ikatan. tapi yang paling pentim semuanya kerana ALLAH.

bukan mudah untuk berkawan. bukan mudah untuk kekalkan. bukan mudah untuk teruskan. bukan mudah sehingga sekarang. tapi semuanya kerana ALLAH.

tanpa Dia tak mungkin sekarang terjadi satu lakaran hati, satu rahsia rasa. bagi insan yang daif. yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa yang memahami segalanya..

terime kaseh atas segalanya. ukhwah fillah (^,~)

Read more...

12 April 2012

adat dalam berkawan..


assalamualaikum sumer..

adat berkawan. ada pasang surutnya. buat mereka yang tengah berkonflik. dengarlah ini :

kawan ini ibarat chipsmore. kadang-kadang ada. kadang-kadang tak ade. kita tidak mampu untuk pegang hati kawan kita untuk terus setia berukhwah sepanjang masa. apa yang kita mampu ialah. berikan yang terbaek sewaktu kita dengannya.

engatlah, bilamana kita memulakan persahabatan. kite kene bersedia untuk berpisah. perpisahan paling  besar adalah maut. perpisahan dua alam. mintaklah dengan ALLAH, moga ukhwah yang kita bina adalah kerana ALLAH dan kita berpisah jua kerana ALLAH.

eklaskan hati dan redha dengan apa yang berlaku. redha dengan segala ketentuan ALLAH. usah bersedeh. sekurang-kurangnya kita sudah mencipta kenangan indah bersamanya dan biarlah kenangan itu sentiasa kemas terukir didalam sudut hati..

setiap yang berlaku itu adalah yang terbaek buat kita. moga kebahagian sentiasa bersama kita. ameen


Read more...

11 April 2012

wordless wednesday #14 : airmata tangisan..


"airmata itu mahal. jangan bazirkan pada yang bukan sepatutnya"

Read more...

10 April 2012

apabila diuji..


assalamualaikum sumer..

dalam kita melangkah. terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menanges. peritnya terasa..

tapi ketahuilah. dan renungilah dalam diri. kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar..

semoga tabah dan tetap iman..

biarlah kita keseorangan tanpa teman. biarlah malam tanpa sinar rembulan. biarlah tido tanpa dihiasi mimpi indah..

tapi, jangan biarkan hatimu leka dan sunyi dari mengingati ALLAH..

semoga diberi kekuatan. maaf salah silap. wallahu a'lam..

nota hati : "sesungguhnya hanya dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang"
Read more...

08 April 2012

mutiara kata #10 : empat musim persahabatan..


"nilai persahabatan yang eklas. tidak akan cair pada musim panas. tidak akan beku pada musim sejuk. tidak akan luruh pada musim hujan. tetapi akan sentiasa mekar pada musim bunga "
Read more...

06 April 2012

mutiara kata #9 : orang cerdik Vs orang cuai..


"orang yang cerdik ialah sentiasa memuhasabah diri mereka dan melakukan setiap sesuatu untuk selepas matinya dan orang yang cuai ialah mereka yang mengikut hawa nafsu tetapi pada masa yang sama mengharapkan pelbagai anugerah dari ALLAH" [ HR Tarmizi ]
Read more...

05 April 2012

BIG (bina insan guru) fasa satu


assalamualaikum sumer..

AMARAN : ni entry basi yang sentiasa dipanaskan. >,<

Alhamdulillah. dah selamat menjalani satu lagu kursus wajib untuk bakal guru. B.I.G. (bina insan guru). eceli untuk kursus BIG ni kiteorang ade empat fasa. ini fasa pertama. untuk fasa kali ini. kiteorang perlu berkhemah untuk empat ari tiga malam. yang lagi bersejarahnye. kiteorang ni kumpulan pertama untuk tahun ini punyer BIG. oh, lupe plak. kami berBIG kat Nusa Camp kat Taman Negara Kuala Tahan, pahang..

nak kate banyak. xdelah banyak sangat aktiviti dye. tapi best lah. men aktiviti dye water confident, berakit and jungle trekking. LDK tu macam beselah. memang kene adelah an. (=.=)

paling suke. aktiviti water confident and berakit. maw tak nye. untuk orang yang gerunkan air macam saya. aktiviti-aktiviti air sebegini satu cabaran yang besar. tapi alhamdulillah. akhirnye dapat jugak meng-control-an perasaan gerun tu. yelah. control macho tu perlu. jadi, kene sorok dalam-dalam perasaan takot tu. kih3

dan aktiviti yang paling best. opkos la aktiviti memasak beramai-ramai. time ni memang terserlah sangatlah bakat-bakat masterchef kawan-kawanku sekalian. macam-macam resepi and skill yang ditonjolkan untuk menghasilkan menu-menu yang sangat lazat. sapaikan membuak-buak selera makan ai sepanjang dup kat sane. hasilnye, berat badan ai naek 2KG balek dari BIG >,<

kalau nak citer sumernye memang sapai ke malam. malam ke siang balek pun tak abes. sebab sangat banyak kenangan manisnye. tapi yang boleh ai katekan. kawan-kawan ai sumernye terbaek. especially group members, 6 champion. (trendmark : survival)  ^__^

last but not least, terime kaseh pada pensyarah-pensyarah. kawan-kawan. urusetia dan sumer pihak yang terbabit dengan BIG fasa pertama 2012 bagi kumpulan pertama..

** mood : nak menyiapkan portfolio BIG plak..

Read more...