30 November 2011

Wordless Wednesday #1


cerita 365 hari yang lepas...

p/s : 30 november 2010 - 30 november 2011. alhamdulillah





Read more...

26 November 2011

jangan menyerah sebelum rebah..


percaya? kehidupan itu suatu perjalanan. satu perjalanan yang panjang sebelum menemui Sang Pencipta Yang Maha Esa. dan perjalanan itu adalah suatu perjuangan. kerana perjalanan itu tidak pernah sunyi dengan liku-liku yang seribu. ada yang mudah. ada yang payah. ada yang pahit. ada yang manis.

halangan pula tidak pernah jemu menjadi pengacau dalam sebuah perjalanan. ia tidak pernah puas melihat manusia diuji. ia akan tersenyum melihat tiap-tiap kali manusia itu jatuh tersadung dalam perjalanan. tapi ia kan tersenyum bangga andai manusia yang tersungkur itu bisa bangun dengan penuh semangat..

manusia. jangan pernah berhenti meLANGKAH ke hadapan. jangan pernah putus HARAPan untuk terus bangun. jangan berhenti PERCAYA pada kemampuan diri. walau seratus kali anda tersungkur. walau seribu kali anda tersadung. walau berjuta anda mendapat parut. kerana setiap parut itu tidak pernah sia-sia. kerana setiap parut itu ada harganya. parut itu menjadi lambang ketabahan anda. simbol kekuatan anda.

percayalah. harga sebuah pengorbanan itu akan terbayar dihujung perjalanan :)


p/s : alhamdulillah, setelah 3 kali percubaan. berjaya jugak menjelmakan resepi begerdel. engat, jangan pernah putus asa !

Read more...

25 November 2011

sebarkan salam..


Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)


hukum
Memberi salam adalah sunat, sedangkan menjawabnya adalah wajib.


keharusan memberi salam
  • Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
  • Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
  • Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
  • Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
  • Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.

pengecualian menjawab salam
  • Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca Al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.



Read more...

23 November 2011

rahsia berwudhu'...





"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? 



Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.




p/s : subhanALLAH


sumber : [pemaniskata]
Read more...

22 November 2011

transformasi terus berlaku, ukhwah tetap satu..



celik pejam celik pejam. dah lima hari rupenye sedang enak menikmati musim cuti semester. dan celik pejam celik pejam jugak. dah berakhir sudah program PPISMP [ program persediaan ijazah sarjana muda pendidikan ]. juga celik pejam celik pejam. dah amper setahun setengah bergelar pelajar maktab a.k.a pelajar IPG [ institut pendidikan guru]..

rasa sangat pantas masa itu.. klu dulu rase lambatnya masa merangkak mengalahkan siput yang tengah bersiar-siar ambek angen diwaktu petang. nak-nak taem esemen tengah berlambak. tak pun taem angen exam datang bertamu..rasa macam nak tolak-tolak je masa tu nak kasi gerak cepat siket..

tapi sekarang..cepat pula rasa masa tu berlari. da nak melangkah ke satu ag stage..PISMP [ program ijazah sarjana muda pendidikan ]..taon depan insyaALLAH dapat junior. dalam kata laen da bleh berlagak sebab da jadi senior. oh yer, taon ni di IPG AFZAN tiada pengambilan untuk unit PAI..so nye, kiteorang still ag junior..(^,~)

ok. sekarang mood nak imbau kembali zaman muda mudi, zaman nerd, zaman skema. setahun setengah berkongsi kelas dengan 20 kawan yang lain. 14 darinya lelaki. first time sebenarnye dapat classmate yang ramai lelaki dari perempuan. jadinye, secara tak langsung mereka yang selalunya dapat kongker class...*yeke??* sabar je la..

setahun setengah jugak kiteorang sama-sama melakar warna-warni di atas kanvas kenangan berpandukan pengalaman..ada yang indah, suka, duka, kelam, kelabu, ceria. semua ada. macam-macam rasa. pahit, manis, masam, masin, payau. semua ada. macam-macam gelagat. gurau, senda, rajuk, pujuk. semua ada..

setahun setengah jugak masa mengenali diri masing-masing. semua ada cerita masing-masing. semua ada gelagat masing-masing. ada karenah masing-masing. juga ada karekter masing-masing. saling melengkapi. terasa hati, makan dalam itu mainan biasa dalam persahabatan.  dengan mainan itulah kita melakar kenangan..

maseh ada 4 tahun masa untuk bersama mencipta memori di dalam ukhwah yang terpatri..moga ukhwah itu akan selalu harum mekar bergerak bersama hari..kawan-kawan PAI SK 2010. terime kaseh atas segalanya. mohon maaf eklas dari hati andai ada salah silap mahupun luka di hati..

 

salam sayang..
cik atin 

p/s : sekali ukhwah termetrai, usah kasi terlerai.. :)









Read more...

20 November 2011

usah pedulikan manusia itu..

pernah dengar ungkapan ini?

"menutup mulut manusia tidak semudah menutup mulut tempayan"

fakta yang sememangnya mempunyai probability kebenaran yang agak tinggi. tidak mudah sebenarnya menjalani kehidupan sebagai manusia. hidup sentiasa dikelilingi manusia lain yang kekadang sangat suke menilai, selalu menilai dan tetap menilai.


ade kekadang nilaian mereka itu tepat. tapi yang banyaknya nilaian yang diberi jaoh menyimpang. tapi apakan daya nilaian itu tetap menular tanpa diberi lesen kebenaran. dan kita sebagai manusia dan merangkap empunya diri tiada kuasa untuk menghalang..

apa yang boleh dilakukan teruskan berjalan dengan seadanya diri kita. amek apa yang baek sebagai peneman dalam perjalanan. usah peningkan kepala dengan apa yang tidak patut. usah bazirkan air mata untuk sesuatu yang tidak perlu. usah pedulikan manusia itu..

p/s : realiti tidak semudah mimpi...


Read more...

19 November 2011

hukum bermain alat muzik


Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.
                
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.

‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,
Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?
Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.

               
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) : Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.

Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,

"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]

                              
So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.
Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.
Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.

Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?
Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?         
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.
Sekian, wallahua’lam...
sumber : [sini]

Read more...

18 November 2011

saat yang dinanti..



alhamdulillah.
inilah saat yang dinanti.
musim exam telah belalu pergi.
cuti pun mula bertandang ke mari.
maktab kata pergi rumah kata ke sini..

cuti adalah masa terbaek untuk membesarkan diri. SELAMAT BERCUTI kepada semua student-student IPG. manfaatkan cuti dengan sebaeknya. insyaALLAH jumpa lagi tahun hadapan..

p/s : selamat tinggal PPISMP...selaamat datang PISMP


Read more...

15 November 2011

satu saje

cadangnya tak nak menulis sapilah abes jawab paper akhir kamis ni. tapi..tangan nak jugak tulis...nak jugak..satu je..nak tulis satu je...satu bende je...


:: sabar. ALLAH akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar ::

Read more...

10 November 2011

hukum memotong kuku ketika haid..

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”


Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

sumber dipetik dari [zaharudin.net]






Read more...

07 November 2011

salam perantau..


assalamualaikum..

saya, cik atin dari IPG kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha 1423H kepada kaum keluarga, sanak saudara, sahabat andai, pembaca blog dan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang mengenali diri ini ataupun tidak. sama-samalah kita menghayati dan melestarikan makna sebuah pengorbanan dalam menyelusuri hari-hari kehidupan.

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†ّاََ Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…
الله أكبر الله أكبر، لا أله إلا الله، والله أكبر الله أكبر، ولله الحمد
p/s : actually ni post tertangguh atas sebab-sebab tertentu :)


Read more...

04 November 2011

jika sudah ada rasa mengapa dibiar saja?

setiap orang secara fitrahnya adalah suci. dalam kata mudahnya baik. dan hanya kerana putaran waktu dan mainan dunia. ada yang sedikit terleka. 

namun, jaoh di sudut hati. ada rasa penyesalan yang hinggap dihujung diri. rasa ingin kembali pada fitrah diri.

tak semua orang mendapatnya. kerana hidayah itu milik ALLAH. tetapi itu bukan syarat untuk kita hanya berdiam diri dan terus menanti. mana mungkin berjaya orang yang tidak berusaha?

jika sudah ada rasa untuk berubah itu tandanya hidayah mula menyinggah. mengapa dibiarkan rasa itu terbang jaoh. usah bertangguh. 


lakukan sekarang. kerana esok belum tentu ada untuk kita..


Read more...

03 November 2011

surat cinta yang tidak dibaca



Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Read more...

02 November 2011

kerana kita adalah ISTIMEWA


setiap manusia itu istimewa. punya keunikan tersendiri. 
ada kelemahan. tapi diseimbangkan dengan kekuatan. 
tonjolkan kekuatan. baiki kelemahan. 
hargai kesempatan ruang yang ada. 
kerana belum tentu esok itu ada.


usaha dan terus usaha. kerana kita adalah ISTIMEWA..


Read more...

01 November 2011

jalan yang tidak disangka-sangka

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah..


sungguh, ALLAH Maha Mendengar rintihan setiap hamba-Nya. adukan segalanya pasti ada penyelesaian dari jalan yang tidak kita sangka-sangka...

Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

terima kasih ya ALLAH atas segala-Nya




Read more...