31 January 2012

mutiara kata #5 : kekuatan itu perlu dibina..


"bila kau menanges, ukirlah senyuman, agar hati terhibur. bila kau kecewa bisiklah pada diri agar kau tabah menghadapi ujianNya. bila kau berduka. istighfarlah. agar tenang jiwamu selamanya. kekuatan tak bisa dicari. tapi perlu dibina"

Read more...

30 January 2012

mutiara kata #4 : ukhwah persaudaraan..


"persaudaraan atas dasar iman laksana cahaya di atas cahaya. terang benderang selamanya. semaken lama berukhwah. semaken bertambah cahaya padanya. dan tak akan padam. selagi diizinkan TUHAN"

Read more...

27 January 2012

semoga lelahmu dihargai ALLAH..


assalamualaikum sumer..

buat mereka yang sedang mencari secebis semangat..

berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan. belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan.

berpeganglah pada ALLAH walau Dia tak kelihatan. buktikan kasih-sayangNya. kita wujud didunia pinjaman ini. ada sebab bile berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji hambaNya yang mengakui beriman kepadaNya. 

jangan terlalu banyak berkhayal menjadi yang terbaek kerana hidup tak semudah itu. perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. 

semoga lelahmu dihargai ALLAH..

Read more...

26 January 2012

hati-hati menjaga hati..



assalamualaikum sumer..

tahukah anda hati merupakan organ yang peka?

secara medicalnya. ia berfungsi menapis pelbagai bahan dalam darah. kita memilih apa yang ingin dimakan dan diminum. cuma kelebihan sifat hati ialah jika sel-selnya rosak. ia aktif menggantikan yang baru. tetapi jika banyak tapisan yang berlaku atau jangkitan kuman. ia boleh rosak teruk dan sukar diubati. 

begitu jugak hati dari sudut rohani. dalamnya ada iman. ianya menapis segala anasir dari luar, baik atau buruk. siket-siket hati kita boleh menampungnya. jika terlalu banyak anasir-anasir buruk dan dosa yang kita sengaja telan. lama-lama iman di dalam hati tidak dapat menapisnya lalu rosak dan sukar diubati..

itulah hati..

jika secara fizikalnya rosak, hidup kita sukar dan boleh menyebabkan kematian dan kita menyedarinya. jika secara rohaninya rosak. hidup kita tidak bermakna sekalipun kita sehat tapi kita tidak menyedarinya..

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada sebuku daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu adalah hati."

Read more...

25 January 2012

wordless wednesday #4 : kerana akhlak itu bunga diri..


"iman bukan diukur pada labuh tudungnya apatah lagi pada pakaiannya"

Read more...

23 January 2012

enam perkara yang disembunyi..


Sesungguhnya Allah telah sembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah telah sembunyikan redhaNya dalam taat.

2. Allah telah sembunyikan murkaNya dalam maksiat.

3. Allah telah sembunyikan namaNya Yang Maha Agong dalam Al-Quran.

4. Allah telah sembunyikan lailatul qadar dalam bulan ramadhan.

5. Allah telah sembunyikan solat yang paling utama dalam lima waaktu solat.

6. Allah telah sembunyikan hari kiamat dalam semua hari-hari..

"sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui"

Read more...

21 January 2012

sanah helwah, happy birthday, selamat hari lahir..


assalamualaikum sumer..


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. sesungguhnya nikmat terbesar ialah nikmat iman dan islam. syukran ya ALLAH. terime kaseh atas nikmat pinjaman umur yang Engkau berikan...

6.18 petang, 21 januaru 2011. genap 21 tahun 1 hari. alhamdulillah. Allah maseh izinkan aku bernafas dibumi yang fana ni. benarlah :

"Allah berikan kite kesempatan untuk meneruskan hari-hari mendatang kerana Allah hendak berikan kita peluang untuk bertaubat dan membuat kebaikan"

pertama dan utama. terime kaseh pada walid dan walidah kerana bersusah payah mem-BESAR-kan anakmu yang 'agak nakal' ini. doakan semoga anakmu ini menjadi insan solehah..

seterusnya, terime kaseh pada kawan-kawan, sahabat handai, sedare mare, sepupu sepapat, geng-geng, member-member, cekgu-cekgi, ustaz-ustazah, lecuter-lecturer, adek-beradek yang wish befdey semalam dan arini. tak kesah la tru muka buku ke, mesej ke, call ke, face-to-face ke. janji eklas. syukran jazilan atas segala doa kalian. allahumma ameen, jazakallahu khairan kathira :)

maaf andai terlambat membalas wish korang. especially yang wish tru enpom. enpon jem smalam. saje je tu wat boikot. beli tepon baru kang baru taw..

kepada yang memberikan kad dan hadiah. terime kaseh jugak. akan kusimpan segale kenangan itu.. and opkos hadiah terbesar tahun ni dapat cuti selame seminggu. terime kaseh pada yang membuat takwim IPG..

taon ni suasana befdey agak berbeza. dapat sambung befdey separuh hari dimaktab. and separuh hari dirumah. celebration taon ni pun simple je. sebab walid and walidah nak berkejar balek kampung plak.. tapi agak sedey sebenarnye sebab tak cukup korum. achik tak dapat cuti..

nota 1 : Ally iskandar and farahin romli a.k.a farah lee pilih tarikh 20 januari 2012 sebagai tarikh kawen dyorang. barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma filkhair. (^,~)

nota 2 : izwan pilus meninggal dunia pada jam 6.15 petang smalam kat hopital ampang. innalillahiwainnailaaihirajiun. dikatekan sebab jangkitan kuman dalam darah. ade yang kate lung infection. so, tak taw yang man-mana. takziah kepada keluarga allahyarham. moga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

nota 3 : ya ALLAH, jangan kau persia-siakan setiap detik usiaku. Engkau limpahlanlah rahmat, hidayah kepadaku dan orang sekelilingku. terimelah taubatku. terimelah amal ibadatku. tuntunlah aku menuju jalanMu. sesungguhnya aku amat mengharapkan redhaMu dalam setiap nafasku... perkenankanlah doaku ini. ameen ya rabbal a'lamin..

"sanah helwah, happy birthday, selamat hari lahir cik atin "

Read more...

13 January 2012

mutiara kata #3 : perjuangan yang tidak terhenti


"hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. perjuangan MUKMIN SEJATI tidak akan berhenti kecuali ketika dua tapak kakinya telah menganjak pintu syurga" [ Imam Ahmad bin Hanbal ]

link : mutiara #2
         mutiara #1
Read more...

08 January 2012

Qailulah...



assalamualaikum sumer...
penah tak alami situasi macam ni? tak pun tengok orang laen alami situasi macam ni?

"matahari tengah terpacak kat luar kelas. incik lecuturer dup membebel kat depan kelas. satu habuk pun tak masuk dalam kotak kepala melaenkan hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. otak betol-betol tepu. lima minit sekali jeling jam kat tangan. kawan-kawan dah ade yang tersengguk-sengguk. engatkan angguk sebab faham ape yang diajar. rupenye hanyut ke dunia laen. badan mula rimas. "bilalah klas nak abes ni??"

taem tu rase macam masa tu jalan lambat mengalahkan anak kura-kura baru menetas. ALLAH jela yang tahu betape seksenye zahir batin taem tu..

itulah sebenarnye simpton-simpton otak kita dah mula keletihan. and betullah. sebagai seorang pelajar. masa paling kritikal taem tengah hari la. dah la penat. mengantok plak satu hal. tapi klas tetap kene attend. kang tak cukup peratus kehadiran tak de pasal tak boleh nak masuk exam hall..

nak taw ape dye jalan penyelesaian dye? meh nak share satu rahsia :

QAILULAH. penah denga? bukan qiamulail. Q.A.I.L.U.L.A.H. qailulah..

dalam bahasa yang mudah. qailulah ni maksudnya tidur seketika taem sebelum waktu zohor. again. seketika yer murid-murid. mat saleh kate day napping (^,~)

"lakukanlah qailulah ( tidur sebentar di siang hari ), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah " [ Riwayat al-Tabrani ]

Dr. Norhissan dari IPKIM dalam kajian dye ade sebut. 1 minit qailulah sama dengan 45 minit tido pada waktu malam. see !!

eceli. rasulullah menggalakkan umat baginda qailulah sebab untuk mudahkan kita untuk bangun pada waktu malam untuk qiamulail.

selaen tu banyak ag kebaekan kalau kita amalkan qailulah ni. antara dye :

1. dapat tingkatkan kecekapan dan produktiviti kerja kita
2. dapat rehatkan minda dan badan dari beban tekanan kerja
3. kita akan lebih fokus lepas qailullah. tak caye. try la buat dulu..
4. baek untuk kesehatan jantung dan tubuh badan kita
5. hilangkan mengantuk tika belajar atau kerja..


badan kita ni macam mesin. tak boleh kerja sepanjang masa. kene rehat jugak sekali sekale. tahu tak kecekapan badan kita akan mula merosot lepas 7-8 jam bangun dari tido.. so, qailulah cara terbaek tok recharge balek tenaga kita yang dah hilang..

tapi kene engat. qailulah sekadar 15-20 minit je. jangan terlajak sapai terlepas zohor plak !!

ok la. mata dah ngantok ni. nak qailulah jap. yuk sesame kite..

take care sumer. maaf salah silap. wallahua'lam..







Read more...

06 January 2012

tips untuk membuatkan anda bermotivasi di waktu pagi..


assalamualaikum sumer..

apa monyot-monyot macam orang baru dapat surat saman tu?? ce senyum siket.. sebut cheese.. haa. kan comey tu. insyaALLAH hari ini saya nak share siket beberape tips tok membuatkan kita rasa bermotivasi di waktu pagi.. tak maw merapu panjang. jom layan :


1.BERSYUKUR
Bersyukur sebab maseh dipanjangkan usia untuk lihat dunia. bukan semua orang dapat peluang ni. buktinya, ada je kes orang meninggal masa tidur. so, kita seharusnya gunakan nikmat hidup yang ALLAH berikan ni dengan sebaeknya.. jangan kita biarkan hari ini berlalu dengan sia-sia..

2. BETULAKN NIAT
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
bak kata Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin : niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. so, kita kene betulkan niat kita. kene pastikan niat kita atas landasan yang betul. barulah kita bersemangat nak mulakan hidup kita. sebabnya kita da jelas dengan apa yang kita nak dalam hidup kita...

3. DENGAR PERKARA-PERKARA YANG BAIK
ini sangatlah penting. sebab apa yang kita dengar akan sedikit sebanyak masuk dalam kepale kite. ye dak? so, ianya akan memberi kesan pada mood kita. tak siket banyak mesti terkesan. so, elakkan dari dengar bende-bende negatif. sebaeknya dengarlah bende-bende yang dapat beri motivasi pada kita. and ofkosla motivasi terbaek kita adalah ayat-ayat Al-Quran dan zikir..

eceli ade banyak ag. tapi perut da meronta-ronta mitak diisi. jom, breakfast dulu. ok la la. see u later. maaf salah silap. wallahua'lam (^,~)









Read more...

04 January 2012

2012 : bermulanya sebuah kehidupan baru..


alhamdulillah. hari ini dengan rasminya bergelar Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. selamat menempuh warna-warni kehidupan sebagai bakal pendidik wahai diri !! 4 tahun bukan tempoh lama. ayuh persiapkan diri (^,~)


Read more...