31 March 2012

tanda hati itu mati..


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

sumber : muka buku
Read more...

28 March 2012

wordless wednesday #12 : maaf..


"nikmat memberi kemaafan itu lagi besar dari nikmat membalas dendam"

Read more...

15 March 2012

kan mak dah kata. jangan maen pisau !


masa kecik. mak selalu pesan. jangan maen pisau. nati luka saket. bertahun-tahun kita pegang kata-kata tu. dan bila masa terus merangkak. kita tengok maken ramai yang maen pisau. macam seronok je maen dengan pisau.

ntah macam mane. satu hari kita ternampak pisau tu. cantek. kurang-kurangnya pada pandangan kita. maken hari. kita maken dekat dengan pisau tu. tapi kita tak sentuh pun pisau tu. sebab engat pesanan mak kita. tapi. bila pisau itu sangat-sangat hampir dengan kita. kita sangat teringin nak pegang pisau tu. kita pun cuba pegang pisau tu. kita pegang dengan penuh hati-hati. sebab kita tak maw terluka. kita takut saket.

maken hari. kita maken excited plak pegang pisau tu. dalam keseronokan tu. tiba-tiba kita terluka. benarlah apa yang mak kita kata. luka itu sangat saket. saketnye sapai buatkan kita terduduk. kita tak penah saket macam ni. tapi kita tak bagitaw kat sapa-sapa yang kita saket. sebab kita tak nak orang tahu kita lemah. kita tempuh hari-hari mendatang. kita cuba taruk ubat sendiri. maken hari luka tu maken sembuh. walaupun lambat.

semalam. luka itu hanya tinggal parut. pada pandangan mata. tapi pada pandangan hati. luka itu maseh berdarah. sedaya mungkin kita tak nak engat pada parut tu. sedaya mungkin kita nak lupakan parut tu. sedaya mungkin kita tak nak tengok pun parut tu. sebab parut tu mengingatkan kita pada luka itu. dan setiap kali terpandang parut tu. kita pasti terengatkan luka tu. luka yang menyakitkan tu. walupun sebenarnye kita tak nak engat.

suatu hari. ada seseorang datang. kite tengok dia bawak pisau. kita takot. kita dah trauma dengan pisau. dari jaoh. kita perhatikan dye. pisau dye comey. walaupun pisau tu tak lah sebesar pisau kita yang dulu. kita tengok dye gunakan pisau tu untuk ukirkan pada buahan. buahan yang kosong napak indah bila diukir. dye pandai. kita tertarik. kita hampiri dye. dye ajar kita cara macam mane nak wat ukiran dengan gunakan pisau itu. kata dye :

pisau tak penah salah. manusia yang salah menggunakan pisau. jangan takot nak gunakan pisau. gunakan ia untuk suatu yang bermanfaat. cantek. bukan hanya pada pandangan manusia. tapi apa yang penting. cantek pada pandangan ALLAH (^,~)

** dan begitu juga dengan cinta..

Read more...

14 March 2012

wordless wednesday #11 : vanilla coklat



kenapa saya minat cerita ni??

"sebab ini cerite CINTA SELEPAS KAWEN"

Read more...

12 March 2012

PBS (pengalaman berasaskan sekolah) fasa pertama


bismillah

AMARAN : ni entry warm up selepas lame tak menaip. (+,+)

alhamdulillah. done with PBS (pengalaman berasaskan sekolah) untuk fasa pertama. as a budak maktab umumnya dan budak ijazah sarjana muda perguruan khasnya. kitaorang kene ber-PBS selama 4 fasa sebelum boleh bergelar guru. senang citer. PBS ni antara peluang kita untuk observe suasana skolah sambil-sambil men-settle-kan tugasan yang diberi incik lecturer.

untuk PBS kali pertama ni. lokasi yang jadi pilihan saya ialah negeri PERLIS indera kayangan. yela, bak kata orang dolu-dolu. sambil menyelam minum air. sambil PBS. kita makan angen. agpun PERLIS satu-satunye negeri kat semenanjung yang saya belum jejak ag. ang the main reason is saya nak jumpa dengan my besties, squared ngan atin. (^__^)

saya and the geng pilih SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI. sekolah ni kat kangar. kami sumer ber-enam. (maktab perlis, maktab tengku bainun and maktab afzan ). yang best skolah ni sebab murid dye pelbagai kaum. melayu, cina. india, siam dan iban. jejak je kaki kat skolah ni macam-macam bahasa boleh denga.

last but not last. terime kaseh daun keladi pada mentor saya, ustazah amelia, guru besar cekgu jamaluddin, warga sk jejawi. pbs-mate, atin, squared, kay, fuzah and aimran. jazakallahu khairan kathir.. (^.^)v

eceli banyak kenangan yang nak di-share-kan kat sini. but nak pi meronggeng sat g. laen kali kite sambung na. take care sumer. maaf salah silap. assalamualaikum.. :)


Read more...