21 November 2012

18 November 2012

Anak muda Palestin Vs Malaysia


bismillah..

sedikit perkongsian.. Situasi di bawah tidak menggambarkan Pemuda di Malaysia secara total, cuma sebahagian kecilnya sahaja. Namun, ia masih boleh digunakan untuk kita sentiasa berMUHASABAH.

Pemuda di Malaysia, pukul 10 pagi masih enak tidur di atas katil. "Hari minggu, malas nak buat apa. Bukan hari-hari boleh tidur lama macam ni."

Pemuda di Palestin tidak tidur semalaman menanti ancaman demi ancaman daripada pihak Zionis dari udara dan darat.

Pemuda di Malaysia bangun pagi buka tudung saji sambil mengeluh, "Balik-balik roti canai. Takda makanan lain dah ke dalam dunia ni?"

Pemuda di Palestin memilih untuk berpuasa kerana bantuan makanan yang dihantar kepada mereka disekat oleh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia keluar dari rumah dana apabila ditanya oleh ibunya, "Mahu ke mana tu nak?" Jawabnya, "Ah..sibuklah mak ni. Orang nak pergi mana suka hati orang lah."

Pemuda di Palestin, saat keluar dari rumah mengucup tangan ibunya memohon restu untuk keluar berjihad kerana bimbang itu kali terakhir dia menatap wajah ibunya.

Pemuda di Malaysia memberontak, "Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga macam ni? Nak buat apa semua tak boleh. Aku benci mak aku benci ayah!"

Pemuda di Palestin merangkul erat jasad ibu, ayah dan saudaranya yang tidak bernyawa. Kini dia tinggal sebatang kara kerana semuanya telah terkorban dibunuh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia sibuk menghisap dadah dan merempit di malam hari. Macam ni baru darah muda! Usia masih muda, masa inilah nak enjoy!

Pemuda di Palestin, sejak dari kecil diasuh agar tidak sesekali takut dengan ancaman bom, peluru senapang dan senjata. Usia muda mereka digunakan untuk mempertahankan keluarga dan tanah air daripada perampas Zionis.

Ketika kita sedang diuji dengan pelbagai ujian yang dirasakan berat. Mereka di sana diuji dengan kehilangan nyawa, kesakitan dan penderitaan yang lebih dahsyat.

Luangkan masa untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kecekalan dalam memperjuangkan kalimah tauhid Allah ini. Allahuakbar!

# mukabuku
Read more...

13 November 2012

fikir fikir mati. kerana mati itu pasti


bismillah..

"eh eh, pokok ni dah tak berbuah ke?"

"a'ah, dah lame dah tak berbuahnye. tunggu mase nak mati je ttuh"

uurm. tunggu mase nak mati? lepas mati tebang? itu riwayat hidup sebatang pokok. bagaimane dengan riwayat hidup seorang manusia?

sentap !

manusia. dilahirkan dengan penuh ketabahan oleh seorang ibu. dibesarkan dengan penuh kaseh sayang. dari seorang baby comel --> kanak kanak riang --> remaja aktif --> dewasa matang --> tua emas --> MATI

itu kitaran normal. tapi ade je yang kembali ke alam sane tanpe sempat abeskan kitaran normal itu. ajal maut tidak mengenal usia kan?

lepas kita mati. bagaimana dengan kehidupan selepas mati kita?

dalam sehari ade 24 jam. tapi berape saat yang kite terfikir tentang mati? tentang persiapan kita menghadapi mati? tentang kehidupan kita selepas mati? oh. jarang kan? kita sangat seronok menjalani hari hari kita di dunia sementara hingga sering kali lupe kehidupan akhirat yang kekal abadi..

kita sering doakan semoga diberi pengakhiran kehidupan yang baek (bace : husnulkhotimah). tapi berape banyak usaha kite ke arah itu? pernah terbace dalm buku (lupe plak buku mane). katenye. kita biasenye akan dimatikan dalam keadaan yang kita biase lakukan. means, klu kite suke merempit. kemungkinan kite akan dimatikan ketike sedang merempit. (nauzubillah) klu kita suke beriktikaf di dalam masjid. kemungkinan kita akan dimatikan ketika sedang beriktikaf di dalam masjid (ameen. insyaAllah)

fikir fikir mati. kerana mati itu pasti. kurangkan bicara hati. banyakkan bicara mati !

# entry ini ditulis selepas tuan tanah bangkit dari mati sementare (tido). hehehe






Read more...

12 November 2012

antara keperluan dan keinginan


bismillah..

beselah kalau ujung ujung taon ni an. jari tuh laju je klik klik kat website website book publisher. (bace : ujung taon adelah mase yang sesuai untuk borong buku sebab banyak sale) kih3. disebabkan hlovate tak kluarkan novel terbaru. makenye website jemari seni memang terselamat la dari diterjah..

destinasi website yang jadi sasaran baru baru ni adalah portal PTS.com. selongkar punyer selongkar. jumpelah beberape buku yang menambat hati ni an. amper amper je nak klik 'add to cart'. twink twink . eh, jap jap. betol ke aku nak beli ni?

ok. cek bajet jap. and list barang yang nak beli. aiyaaa. nampaknye ade pertembungan disitu. bermulalah persidangan antare akal dan hati. yang mane satu keperluan? yang mane satu keinginan? wooho. susah jugak nak decide. nak kene amek kire pelbagai aspek. akhirnye. sidang rakyat memutuskan supaye peng-shoping-an buku terpakse ditangguhkan ke mase akan datang sebab perlu dahulukan list yang sedia ade.. hohoho. tak pelah. tak de rezeki nak beli buku ag (=..=)

kesimpulannye. antare incik keperluan dan incik keinginan. perlu dahulukan incik keperluan walaupun memang dah maklum yang incik keinginan akan merajuk..

# terengat kate kate ustaz pahrol ahmad juoi : keperluan ditimbang oleh akal dan budi. keinginan diukur oleh nafsu dan emosi !



Read more...

11 November 2012

kualiti lagi penting dari kuantiti


bismillah

hai hai hai. selamat pagi dunia. ceyyh. bising je pepagi ni an. konon nak bagitaw dunia la yang ade orang tuh tak tido lepas subuh. kih3

haa. meh nak share satu story. ini malam tadi punyer citer. kire hot and spicy lagi la an. kisah ni terjadi bile mane kakak sulung sebuah famly (aku lah tuh) membuat aksi pem-buli-an malam tadi..

along : atam, g la amek buku kat bilik belakang tuh. boring r..

maka, atam dengan penuh ketaatan nye terus g angkut buku buku + novel novel. makanya penuh la atas katil dengan sumer bende alah tuh. tetibe alaong bersuare lagi..

along : atam. boring r. sumer nye dah bace ni.. jom maen bende laen..

atam : maen bende?

along : maen binggo nak?

atam : haaa. boleh la..

# binggo = sejenis permainan nombor nombor yang kene pangkah pangkah. tak taw la ade ag ke tak orang yang maen game ni zaman zaman canggih ni.

setelah persetujuan dicapai. makanye bermulalah aksi pertarungan antare due beradik. bertarung punyer bertarung. akhir sekali. memang telah tercatat seorang kakak tewas pade adeknye dengan kekalahan tipis. 5-6. (bace : saje je bagi chance menang) kih3

moralnye : bukan nye canggih tak canggih sesuatu game tuh. tapi mase yang kite spent together tuh yang lagi pentingnye..
Read more...

07 November 2012

kalau tidak start asah, bila nak tajam parangnya?


bismillah..

siyes. dah lame tak mencanting tulisan di blog. oh, rindu ! bukan tak sudi tapi tak yakin diri. lame sangat mencutikan diri. akhirnye memakan diri !

kengkadang tuh idea datang je jengah kotak hati tapi entahlah. rase tak yakin nak menaip bile buat ayat satu perenggan tapi rase macam terabur semacam. adoyai.. last last tangan laju je tekan butang pangkah. layan facebook dan tweeter la jawabnya.. (^__^)v

tapi tadi. tengah baring baring sambil jamukan otak dengan sedikit bacaan. (buku nota hati seorang lelaki : best !) terfikir satu perkara. sumernye bermula dengan rase kagum pade penulis buku berkenaan. memang beliau antare insan yang sangat dikagumi hasil tulisan dye. ustaz pahrol ahmad juoi. tulisan beliau sentiase penuh makne. buat otak terus tercerna bile menatap setiap butir kata. 

terfikir. bestnye jadi insan berbakat seperti dye. penah suatu ketika pernah berangan nak jadi penulis novel, tapi kini? rase macam maken kabur dibawa arus. woohoo. jangankan nak menulis novel. nak menaip entry di blog pun rase tak yakin semacam.. entry sebelum ini pun sebenarnye entry lame yang telah dipekasam dan dipublish lepas tengok blog macam kusam semacam. 

terfikir lagi. sampai bile nak terus diamkan diri? sampai peluang yang Allah bagi ditarik kembali? dulu kemain lagi. konon nak buat blog sebab nak asah bakat diri. sekarang. nak biar blog ni sepi begini? mase cuti ni lah mase sesuai nak asah balek skill pem-bloging-an yang maken berkarat penuh berdaki.. klu tak start asah, bile nak tajam parangnya? kan?

# terjumpa kata kata ni : menulislah dari hati !

Read more...