27 January 2014

cerita dua puluh januari



bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. hari nih genap usia dua puluh tiga tahun tujuk hari.

bersyukur sebab Allah maseh pinjamkan nikmat usia hingga hari ini. namun satu fakta yang aku perlu hadam kuat kuat dalam kepale. semaken bertambah usia semaken dekat pertemuan dengan Allah. sedangkan amalku maseh kurang. muhasabah T__T

sejujurnya sambutan ulang tahun pada tahun nih antara sambutan ulang tahun fasa remaja yang agak bermaknalah. ade suka dalam duka. eh?

pada awalnya memang sedih yang amat bile kesayangan kesayangan hati langsung tak engat nak wish. dah la malam tuh adek adek tido awal. memang tak wish la. mase tuh memang kecewa tahap mencecah line paling bawak sekali.

tapi alhamdulillah. Allah ganti kekecewaan tuh dengan kegembiraan berganda menjelang petangnye. jadi. kesempatan nih aku nak selitkan rase kesyukuran. kegembiraan dan kebanggaan kepada semua insan yang bertanggungjawab memaknakan sambutan ulang tahun kelahiran pada tahun ini

1. kepada cik jiran. aisyah husna atas suprise kad befdey yang sangatlah cute *nih antara suprise terawal*

2. kepada geng classmate yang sangatlah berjaya mensuprisekan diri ini *tapi maseh mampu control nanges taem tuh* atas suprise kek yang sangatlah sedap. tak tahu nama penuh kek tuh. tapi yang pastinye kek blueberry 

3. kepada BFF cik maira dan cik idah yang sangat berjaya dalam misi mensuprisekan aku dengan suprise broshurnye. terguling guling atas katil lepas taw kene troll

4. kepada warge mawarians. ni antara suprise yang terbesarlah sebab dan dan je jejak kaki ke jamuan blok tetibe name disound. engatkan ade wat salah bende rupenye panggil ke depan potong kek kiwi

5. kepada rumet terchenta. cik aim atas double suprise yang sangat sempoi. kek choclate moist dan tiga ketul adiah yang sangat comey

6. kepada partner AJK taem perkhemahan UB. cik masnur. atas kek yang sangat osem. juga tak taw name penuh kek tuh. cuma yang pastinye kaum kerabat chesse kek sebab ade rase chesse taem mengunyah kek

7. kepada BFF cik bulan. antara orang terawal yang buat call semate mate nak wish befdey *padahalnye bilik takdelah jauh mane pun* walaupun lewat empat minit amseh dikire awal cuma tak puas ati tak boleh dengar cik bulan maen ukulele nyanyi lagu befdet :p

8. kepada kinah and the geng yang slamber rock je buat nyanyian lagu befdey tengah tengah alam taem pulang dari latihan umah sukan kat padang. terharu den =)

9. dan kepada semua yang wish sama ada melalui telefon. fb. whatssapp. wechat dan apa apa cara sekalipun. terime kaseh atas doanya. moge Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan yang berterusan

walaupun dihujung hari itu Allah uji sedikit dengan berite fakta yang menyebabkan kepatahan hati tahap tiga. tapi bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. bukankah ujian juga suatu nikmat?

Read more...

15 January 2014

semoga terus kuat sahabat


bismillah

hujung bulan satu nih genap tujuh tahun persahabatan kami. sape sangke si budak skema boleh jadi kawan si budak anti-peraturan. tapi itulah nikmatnye sebuah persahabatan. tak pernah ade syarat. sebab ianya tentang ikatan hati =D

sejujurnya dari lubuk hati paling dalam. aku sangat bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk kenal insan ini. insan yang pada mata orang laen nampak lembut luarannye tapi pada mata aku sangat kental jiwanya. 

ujian demi ujian yang dia hadapi tapi tidak satu pun ujian itu melemahkan dirinya bahkan maken menguatkan langkahnya menghadapi liku liku kehidupan. dan aku sangat berbangge menjadi saksi ketabahan dia.

dulu di zaman sekolah. macam macam angan angan dan impian yang kami ukirkan di langit sana. dan yang paling aku ingat sampai detik ini. kami berazam untuk jadi wira keluarga. ingin balas jasa ibu dan ayah dan letakkan keluarga didalam top-carta-hidup selepas Allah dan Rasul-Nya

tapi kini. sungguh menjeleskan aku bilamana dia sudah berjaya menunaikan separuh impian kami. bekerjaya - dapat bagi parents rase gaji pertama - dapat bagi parents pegang skroll - dapat tolong femli dengan duet hasil peluh sendiri. sumpah jeles !

26 disember 2013

dalam banyak banyak ujian hidup yang dia hadapi. ujian pada detik 8.05 pagi itu adalah ujian paling hebat yang dia hadapi. namun. ape yang benar benar mengkagumkan aku bilamana wajah beliau sangat tenang menghadapi detik kematian ayahanda tercinta walaupun dari anak matanya aku boleh nampak kesedihan dan pandangan kosong itu

sekarang. dia ketua keluarga. semoga Allah sentiasa pinjamkan kekuatan untuk dia dan femli menghadapi detik detik kehidupan. semoga Allah murahkan rezeki dia dan keluarga. moga Allah pertemukan jodoh yang soleh buat dia.

siti rodhiyah che harun. uhibbuki fillah 





Read more...

12 January 2014

perginya seorang murabbi


bismillah

lewat petang jumaat 3 januari yang lepas. tengah tengah dup shopping stok makanan dekat bandar lipis. sekeping mesep selamat sapai dekat dalam seketul telefon buruk

" innalillahi wainna ilahirajiun. ustaz Baharuddin Ismail sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. sama sama sedekahkan alfatihah"

mesep ringkas daripada dayah. x-classmate MMP ( maahad muhammadi perempuan ) dulu cukup untuk buat dunia terase kaku barang sebentar. rase macam fikiran melayang. berjalan pun terase macam berjalan atas angen. malam tuh memang ditemani dengan airmate je. (terimekaseh ida pinjam bahu ) nak nak pulak bile FB penuh dengan status ustaz baha. teringat kembali zaman zaman tarbiah dunia MMP

ustaz baharuddin. 

orang kuat badan dakwah MMP. seorang yang sentiase cool. suke bergurau senda. terlalu murah dengan senyuman. namun setiap bait katenye pasti terselit bicara mutiara. tak pernah jemu mendidik hati hati kami. para pelajar MMP. suke sangat panggil student beliau dengan name 'kak' dekat depan name. 

paling best ustaz tak pernah judge orang. walau senakal mane pun seorang budak tuh ( aku lah tuh ). ustaz tak pernah marah. namun sekali ustaz nasehat cukup untuk buat kita terfikir dalam diam.

kini. susuk tubuh itu telah tiada. dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. pergi yang takkan kembali. seorang ustaz. seorang murabbi.

damailah ustaz disana. ustaz sangat bertuah sebab anak didik MMP bertebaran di merate dunia. mungkin jasad ustaz telah pergi. namun semangat tarbiah yang ustaz semai dalam sanubari kami akan kami sebarkan di muka bumi ini selagi nafas belum terhenti

terime kaseh ustaz atas segale ilmu yang dicurahkan. semoga ilmu ilmu bermanfaat yang ustaz berikan pada kami semua menjadi saham akhirat untuk ustaz disana. moge ustaz baharuddin ditempatkan dalam kalangan muttaqen dan muhsinin. ameen

sungguh pemergian ustaz sangat mengejutkan. namun. pemergian di lewat petang jumaat lepas cukup memberikan peringatan buat kami semua. yang tua bukan syarat untuk mati. moge kami dapat mencontohi semangat murabbi dalam diri ustaz. insyaAllah

" Berdakwah ni mengambil masa yang panjang. Dakwah ini ibarat menanam biji benih. Kalau kita tanam hari ni, janganlah pula kita mengharapkan buah pada esok harinya. Ianya mengambil masa yang bertahun-tahun untuk menjadi pokok, seterusnya berbuah " - ustaz baha

alfatihah




Read more...