31 December 2013

konklusi PBS


bismillah

hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun dua ribu tiga belas sebelum kita jejak hari pertama tahun dua ribu empat belas. sungguh sangat banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang tahun nih. alhamdulillah

dalam banyak banyak pengalaman. pengalaman menamatkan fasa PBS adalah antara pengalaman yang bermakna. alhamdulillah. dah selamat menamatkan empat fasa PBS. ini bermakna start sem depan bermulalah fasa praktikum selama 3 fasa. sebelum internship sebulan. siapkan AR. lepas tuh bolehlah tamatkan pengajian lima tahun setengah nih dengan penuh bangge. fuuhh

PBS 1 : sk jejawi. perlis ( pinggir bandar)
PBS 2 : sk keratong 1. pahang ( felda )
PBS 3 : sk temoyong. langkawi. kedah ( kawasan perlancongan )
PBS 4 : sk sultan sulaiman 2. kuala terengganu. terengganu ( bandar )

disebabkan untuk PBS nih kita diberi kebebasan untuk pilih sekolah. makanya memang dari mula mula PBS lagi aku dah plan untuk buat di sekolah yang berbeza. negeri yang berbeza dan penempatan sekolah yang berbeza. mungkin bagi orang laen PBS mase untuk duduk umah lebih lame. jadi ade yang buat keputusan buat PBS dekat kawasan umah. jadi boleh terus sambung cuti.

tapi sejujurnya aku melihat PBS nih sebagai satu peluang untuk aku kutip pengalaman dengan sebanyaknye. sebab ape?

1. sekolah berbeza
aku percaya cara pengurusan setiap sekolah pastinya berbeza. sebab tuh aku pilih untuk pergi sekolah yang berbeza. dan alhamdulillah. dari empat empat PBS aku dapat buat perbandingan cara pengurusan setiap sekolah. dan setiap pengurusan sekolah itu bergantung pada misi dan visi sekolah itu sendiri.

2. negeri yang berbeza
aku percaya yang setiap negeri mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang berbeza. dan ye. aku bersyukur sangat sangat sebab hasil dari empat PBS yang aku dah buat aku sangat banyak belajar tentang kebudayaan dan cara hidup masyarakat setiap negeri yang aku pergi. alhamdulillah. ada cara hidup yang boleh dicontohi. ada cara hidup yang boleh diambil pengajaran dan dibuat sempadan

3. penempatan sekolah yang berbeza
part nih yang aku paling suka. dari pemerhatian aku. penempatan sekolah mempengaruhi cara pergaulan murid dan warge sekolah itu sendiri. ada sekolah yang aku pergi warge sekolahnye sangatlah ramah mesra. walau seminggu je aku dekat sekolah tuh. bile hari last nak balek tuh bertimbun hadiah yang aku dapat. paling tak boleh dilupekan ade murid yang sampai nanges nanges dan peluk erat aku. siyes. taem tuh rase terharu sangat. penerimaan cekgu pun alhamdulillah sangat. kami borak macam macam bende. rasa macam dah lame kenal je. 

4. group-mate yang berbeza
alhamdulillah. sepanjang empat PBS yang aku buat. aku dapat merase pengalaman berPBS dengan group-mate yang berbagai latar belakang. PBS yang pertama aku buat dengan group dari dua IPG yang berbeza. IPG bainun dan IPG perlis. dyorang sumer budak tesl. PBS kedua aku buat dengan group dari IPG aku. tapi dengan budak BM. PBS ketiga aku buat dengan group IPG aku jugak tapi campur. budak tesl 2 orang dan budak pai 2 orang. PBS last aku buat dengan budak BM IPG aku jugak. ye. aku tak pernah buat PBS sorang sorang walaupun sebenarnye ia dibenarkan sebab aku nak belajar care co-op. antara task PBS adalah untuk mengumpul maklumat sekolah disamping maklumat laen. dan sepanjang nak menyiapkan tugasan tuh. alhamdulillah. aku belajar cara berkerjasama dengan orang yang berbeza. thanks korang =D

5. femily angkat yang berbeza
aku memilih untuk tinggal dirumah femli angkat berbanding dengan sewa homestay atau hotel. bukan isu nak jimat bajet ke hape. tapi sebab aku nak belajar tentang cara hidup masyarakat setempat. cara pergaulan masyarakat setempat. aktiviti masyarakat setempat. paling best belajar tentang makanan masyarakat setempat. alhamdulillah. dari empat PBS nih aku dapat empat femli angkat. 

moge moge dengan pengalaman yang ade nih dapat lah digunekan untuk praktikum nanti. onestly. aku langsung tak bersedia nak praktikum. cuak. nebes. sumer ade T__T



Read more...

28 December 2013

memoir hidup #3


bismillah

usai salam. tanpa sempat menadah tangan. adek kecil itu datang membawa khabar. kaki laju melangkah ke bilik itu

itu bukan air mata permata yang aku lihat. ya. bertahun tahun lamanya aku menjadi saksi ketabahan diri kau. lepas satu persatu ujian yang kau tembuhi dengan penuh kekuatan.

siapa kata menangis itu tanda lemah?

tangisan itu dilepaskan setelah terlalu penat menjadi kuat. dan dalam tangisan itu sebenarnya tangan menggapai cebisan cebisan kekuatan yang bertaburan. dihimpun dan ditimbun untuk menjalani detik mendatang

ku genggam erat tangan itu. moge moge kekuatan yang ada dalam diriku tersalur ke dirimu. aku mohon kau bertahan lagi siket je

antara dua. antara harapan dan pasrah. bukan mudah membuat keputusan.

kini. hanya pada Allah tempat bersandar harapan..

Read more...

27 December 2013

memoir hidup #2



bismillah

dalam fasa berjaga jaga itu. mataku degil untuk lena. maka ku sandarkan diri di kerusi besi itu. dalam debaran aku menungu sebarang pengumuman suara dari bilik itu. setiap detik yang ku lalui bersama debaran yang tak pernah berhenti

mataku menikmati setiap moment moment yang terhidang depan mata. 

si baju puteh laju menolak laju troli bertayar itu menuju ke bilik berpintu itu.. wajah lesu manusia atas troli itu menyapa penglihatan aku sepintas lalu. simpati meragut jiwaku. dikejauhan kelihatan wajah wajah gelisah manusia yang sabar menanti perkhabaran insan insan kesayangan mereka. penuh pengharapan. moge moge si baju puteh yang keluar dari bilik berpintu itu keluar dengan senyuman dan membawa khabar gembira

ku berpaling ke kanan. manusia manusia sedang melepaskan lelah. ada yang tersengguk sengguk di atas kerusi. ada yang meluncurkan badan di atas lantai. ade yang sedang memangku anak anak kecik yang lena dalam dakapan. ade jugak anak anak kecik yang sedang berlari dengan gembiranya tanpa mengetahui realiti di sekeliling mereka

ku tunduk ke bawah. memandang buku kecik bacaan yassin dan mathurat yang menjadi peneman setia sejak petang itu. dalam diam ku panjatkan doa buat yang di dalam sana. 

manusia dan harapan. 








Read more...

26 December 2013

memoir hidup #1


bismillah

dalam fasa berjaga jaga itu. aku sedar aku tidak mampu berbuat apa apa selaen berserah sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa

dalam fasa berjaga jaga itu. aku tak tahu perlu berbuat apa kecuali

meminjamkan telinga menadah segala butir bicara yang terbuku dihati. meminjamkan bahu tempat bersandar melepaskan lelahan jiwa. meminjamkan kata kata agar terus kuat berdiri di situ

aku bangge kerana menjadi saksi ketabahan kau menempuh ujian hidup itu. fi hifzillah sahabat

Read more...

23 December 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar : kematian yang menghidupkan


bismillah

sejujurnya. dah lame entry nih ter-pekasam dalam blog aku nih. ntah. aku teragak agak nak menaip entry nih. tak tahu nak cakap macam mane. tapi yang penting aku taip taip. lepas tuh aku backspace. last last save dalam draft je.

siyes. aku kagum dengan susuk tubuh ini. bukan kerana badannye yang taff. tapi kerana semangat yang ada dalam dirinya. semangat untuk mengejar cita cita yang sangat agung. syahid.

siyes. sepanjang hayatnya aku tidak pernah mengenali beliau. apatah lagi bersua muka. namun. semenjak aku terlihat video ini hati aku bagaikan terjentik untuk lebih mengenali beliau. 

betapa beliau sangat sangat memanfaatkan usia muda beliau untuk Islam. hari hari muda remaja beliau dipenuhi dengan agenda agenda bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri bahkan kepada masyarakat dan juga agama

beliau sangat aktif dengan kerja kerja kebajikan. beliau juga sangat bersungguh dalam menuntut ilmu. bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. beliau bukan sahaja bekas pelajar cemerlang SPM. bahkan beliau sudah mampu menguasai bahasa turki. itu belum dikira kejayaan beliau menamatkan pembelajaran risalah an-nur. subhanallah

sangat berbeza dengan remaja remaja sekarang yang maseh lena dibuai dengan agenda agenda dunia yang membawa kita hanyut dan semakin jauh dari Allah. astagfirullah al-adzim T__T

siapa sangka. insan yang ketika hayatnya pendiam. low profile. tidak dikenali oleh penduduk dunia tapi kini nama beliau bukan sahaja menjadi sebutan makhluk dunia bahkan makhlut dilangit sana

moge moge kematian beliau menghidupkan hati hati kita semua untuk sentiasa menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup. semoga hari hari yang kita jalani lebih bermanfaat dan mendekatkan diri kita pada Allah. 

p/s : bila Allah terpasak dihati. hidup menjadi lebih bererti :)

Read more...

21 December 2013

dari along untuk atam


bismillah

punye lah bizi sari dua nih sampaikan nak update blog pun tak nyempat. tapi tak kesah lah lambat ke cepat ke janji update.

siyes. entry kali ini special buat adek tersayang. si atam yang comey

dear atam.

pertama dan utama. alhamdulillah. tahniah atas keputusan pmr. tak dapat lurus A pun tak pe. along tak kesah yang tuh. janji along tahu yang atam dah usaha sehabes baek.

apeapepun along dah cukup tabik spring sebab dalam atam sebuk dup study atam tak pernah lupekan tanggungjawab atam sebagai anak.

ye along tahu. dalam masa atam kene urus rumah sebab atam anak yang paling besar yang ade kat umah kalau taem musim sekolah. dalam masa kene jage kedai sebab walid walidah maken bizi. dalam mase kene jalankan tanggungjawab dan amanah kat sekolah. dalam mase kene jage kesehatan atam sendiri. tapi atam maseh pandai ballancekan mase untuk study.

atam usaha bangun awal pagi untuk study. usaha curi mase untuk buat segale jenis latihan. usaha tanye along angah acik kalau ade ape ape yang tak faham. along dah cukup bangge dengan atam. bukan straight A tuh yang along tengok. tapi usaha atam tuh. takpe. jangan sedih sedih. SPM ade kan. tebus balek nanti. agpun along yakin atam mesti mampu sebab atam dah buktikan dulu kan. taem UPSR. 

atam mesti boleh punyer. atam kan adek along. adek along sumer boleh. eklaskan niat mase belajar. fi hifzillah :)

p/s : jangan jadi macam along. excited sangat rezat PMR. SPM ancuss T_T




Read more...

14 December 2013

dilema tudung : antara tuntutan syariat dan fesyen


bismillah

dulu. masa kecik kecik. pakai tudung sebab walid suruh. walid kate keluar rumah kene pakai tudung. bile dah maken besar. pakai tudung sebab fesyen. tengok comey je orang pakai tudung. kita pun pakai tudung juga. tapi bile dah maken dewasa nih. bile dah jejak umur dua-puluh-an nih. pakai tudung sebab rasa macam pakai tudung tuh satu kewajipan. rasa macam selamat bile pakai tudung. 

ye. secara peribadi. saya rasa tudung tuh sebagai lambang maruah wanita. bukan nak kate yang tak bertudung tuh takde maruah. cumanya bila kita tengok orang yang pakai tudung nih nampak lagi sopan. umpamanya mutiara yang tersimpan kemas di dalam tiram.

alhamdulillah. kita tengok maken ramai wanita wanita malaysia yang bertudung. artis artis pun alhamdulillah maken ramai yang bertudung. namun apa yang menyedehkan bilamana tudung dijadikan sebagai suatu fesyen semata mata. 

ada beberapa kesilapan yang saya rasa mungkin kita semua boleh sama sama perbetulkan :

1. singkat
tudung yang berada dipasaran sekarang kebanyakannye singkat sehingga menampakkan dada. bukankah Allah sudah beritahu secara jelas di dalam Al-quran supaya wanita-wanita menutup dadanya?

" hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir " (surah an-Nur ayat 31)

tapi alhamdulillah. kini semaken ramai pengusaha tudung muslimah yang menjual tudung tudung yang lebih labuh dan menutup dada. pilihan ditangan kita. nak tak nak je =D

2. lekat
ada juga sebahagian tudung dipasaran yang diperbuat daripada kaen yang jenis mudah lekat pada badan. apabila dipakai ianya membuatkan apa yang sepatutnya disembunyikan tetapi jelas kelihatan. pasti ianya akan menarik perhatian mata mata keranjang diluar sana. sedih rasanya T__T

tapi alhamdulillah. kini maken ramai pengusaha tudung muslimah yang menyedari permasalahan ini dan menyediakan alternatif yang sangat berguna. yang mana kita lihat kini ada tudung yang diperbuat daripada kain yang tidak melekat dan lebih selesa dipakai

3. jarang
ya. ini memang saya tak nafikan. saya sendiri penggemar tudung bawal. kebanyakan tudung bawal tudungnya jarang. tapi kita ada alterbatif laen. dengan memakai inner di dalam. ini akan menjadikan tudung kita lebih tebal. inner sekarang pula banyak pilihan di pasaran. macam macam jenis. cakap je. nak beli online pun boleh. nak buat sendiri pun boleh. kalau nak tempah khas lagi lah boleh nye.

ye. tidak salah berfesyen. walaupun saya nih jenis tak reti berfesyen tapi saya suka tengok bende yang cantik. tapi sebelum kita berfesyen pastikan syariat itu didahulukan. renung renungkan dan selamat beramal :)

Read more...

03 December 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar : formula mendidik anak




bismillah

fuhh. amper amper terlupe yang aku maseh ade blog. sebulan lebih tinggalkan dunia blog. dan kini kembali. yeah. i'm back !

sekadar perkongsian ringkas buat ibu bapa. juga bakal ibu bapa. 7 formula untuk mendidik anak :

1. diberikan nama yang ada wawasan
2. meletakkan wawasan ummatik
3. menekankan persoalan adab
4. menghayati Al-Quran
5. memelihara solat dan menunaikan tahajjud
6. menguasai ilmu yang diperlukan pada zamannya
7. menguasai pelbagai bahasa

musim musim cuti nih memang sinonim dengan kenduri kawen. dan yang jadi mangsanye akulah. budak yang masuk umor dua puluh-an. turut terkena tempiasnye. =.='

bagi aku soal perkahwinan bukan suatu yang boleh dibuat maen maen. mane taknye. klu dah bersedia untuk kawen maknenye kene bersedia untuk membina keluarga. nak bina ummah. dan itu bukan kerja mudah. nak lahirkan anak yang soleh. osem. diri sendiri dulu kene pastikan jadi ibu bapa yang super solehah dan osem. sebab mane tumpahnye kuah klu bukan ke nasi

okey. tak nak bebel panjang. aku tinggalkan korang dengan link sedutan video perkongsian abah Şehıdımız Ahmad Ammar 


Read more...

15 October 2013

eid mubarak 1434H


bismillah

eid mubarak everyone. kullu a'am waantum bilkhair. taqabballahu minna waminkum..

skroll si muka buku malam tadi. ramai memember dup update status beraye tak dapat balek umah. beraye di perantauan. dan dan je godek godek gambar pagi nih terjumpe pulak gambar nih. terus semangat nak update blog. :P

memang menggamit memori betol !

dua tahun lepas. sempat lah merase beraye sebagai perantau. taem tuh saje tak balek sebab taem study week. konon bajet pelajar cemerlang ah seketika. :P. taem tuh. macam macam perasaan ade. sayu sebab tak dapat nak beraye dengan femily tapi gembira sebab dapat pengalaman baru beraye bersama dengan kawan kawan..

sari sebelum tuh semangat shopping barang barang raye. malam tuh pulak dup mengacau rendang sama sama dengan kengkawan. dan hasilnya sebagaimana gambar di atas. haha

tapi bile engat balek kenangan tuh rase manis sangat. yelah. bukan selalu dapat pengalaman beraye diperantauan nih.. so. pada kawan kawan yang beraye di perantauan tahun nih. jangan sedih sedih. just enjoy the moments :)



Read more...

12 October 2013

tips membeli jubah


bismillah

alkisahnye ade artikel nak kene anta esok tapi tak siap siap lagi kesnye mood menulis tak datang datang. makenye cubelah merajenkan diri menaip di blog terchenta nih dengan harapan dapat menyeru mood menulis datang malam nih..

persoalannya. apakah tajuk yang nak dibebelkan pada hari ini?

urm.. kalau tajuk tips membeli jubah aci tak?

okey. sape yang kenal saya di alam nyata pasti taw yang saya amat giler jubah. sebagaimana orang giler khentang macam tuh la saya giler jubah. kalau nampak jubah yang terkenan kat hati. mulelah mata jadi bulat kaki tangan gigil ke-excited-an :p

mebi ade tips yang boleh saya kongsikan bersama anda. tips ni adalah tips yang saya gune stiap kali nak membeli jubah. saya tak taw tips nih akan membantu anda atau tak tapi mebi boleh dijadikan panduan :)

1. BAJET
yup. saya bercakap dalam konteks saya sebagai pelajar. setiap kali saya nak membeli jubah saya akan pastikan harga jubah dibawah bajet maksimum saya iaitu rm100. alhamdulillah. setakat nih saya maseh mampu mengentalkan diri untuk berpegang teguh dengan prinsip tak nak lari dari bajet. ye. semua jubah yang saya beli hargenye bawah seratus. walau secantek manepun jubah tuh klu arge lebih seratus memang saya pakse diri untuk tutup mata. bagi saya sebagai pelajar maseh banyak bajet laen yang saya perlu berikan perhatian.. bajet seratus untuk satu jubah tuh rasenye dah memadai.. 

2. JENIS KAEN
yup. ini sangatlah penting. bende 2nd yang saya tengok bile beli jubah adalah jenis material kaen yang digunakan. ape gune pakai jubah klu kaen dye melekat pada badan. one of tujuan kita pakai jubah untuk menutup aurat. klu kaen tuh jenis melekat kat badan rasenye kita pun tak berape selesa nak pakai. kan? jadi elakkan memakai jubah yang melekat kaennye. contoh yang femesnye adalah kaen jenis lycra.. tapi kalau ade yang nak pakai jugak kaen jenis lycra silekan tapi pastikan saiz yang diambil adalah lebih besar dari saiz normal anda..

3. SAIZ
tengok ukuran bagi setiap saiz. memang ade standard dye. tapi ade beberape jenis jubah yang ukuran dye berbeza. ikut pada cutting. ade jubah cutting kecik ade jubah cutting besar. cara nak dapat ukuran yang terbaek adalah dengan buat ukuran pada badan anda dan tambahkan 4 atau 6 inchi / cm pada ukuran jubah. tapi kalau nak jubah yang lagi longgar ameklah saiz yang lagi besar dari saiz badan anda. jangan amek yang terlalu besar sebab nanti akan rase tak selesa nak berjalan. jangan amek yang terlalu kecik sebab nanti ketat and tak selesa nak berjalan. part ukuran yang saya paling pentingkan setiap kali nak beli jubah adalah part bahu. sebab bagi saya klu bahunye jatuh sangat lah tak best. klu bahunya kecik kompem kompem ah tak muat nak pakai. kan?

4. CORAK
inipun memang antara yang saya pentingkan. macam saya. saya suke pattern jubah yang sederhana. kebanyakan jubah saya yang plain. sebab senang saya nak masuk dengan tudung yang nak dipakai. paling paling pun saya amek yang ada sedikit hiasan manik. okey. sedikit yer. sebab saya tak suke hiasan manik tabur yang sarat sangat. ntah lah. bagi saya manik yang banyak sangat susah nak jaga nak nak jenis yang lasak macam saya nih.. kalau pilih yang bercorak pun saya pilih yang bercorak abstrak sebab sah sah orang yang tak suke bunga macam saya tak kan pilih corak floral bagai.. apepun sumernye berbalik pada citarasa masing masing

5. DESIGN
sekarang nih jubah dah ade macam macam design. ade yang ala ala cheongsam. ade yang umbrella cutting. A cutting. aladdin cutting. bertingkat tingkat. macam macam lah. walau macam mane pun design yang anda pilih. letakkan keselesaan yang utama. ape gune pakai jubah kalau susah nak bergerak?

okey. cukuplah lima tips nih dulu. banyak banyak kang boring pulak nak membacenye. mebi tips nih boleh membantu. mebi tak membantu. semuanya terpulang kepada individu masing masing..

walau ape ape pun yang kita pakai pastikan tiga syarat utama berpakaian dipenuhi. apakah dia?

1. menutup aurat
2. longgar dan tidak ketat
3. tidak membentuk tubuh badan

sekian. selamat ber-jubah :)



Read more...

23 September 2013

tak sama macam dulu



dulu taem kecik kecik asal je  ibu terlepas pandang memang berlari pimpin tangan gi belakang umah gi maen air dalam longkang. lepas tuh comot comot balek umah. bile nampak ibu macam nak marah cepat cepat wat muke seposen kononnye nak suruh ibu kecian..

bile dah besar siket. asal ade masalah siket. memang kau lah orang yang aku cari. sebab otak kau selalu sangat kreatif bagi jalan jalan penyelesaian yang aku selalu tak dapat nak fikir.

bile aku rasa nak marah orang tak pun rase kecik ati ngan orang kau lah orang yang dengan tabahnya tadah telinga berjam jam lamenye dengar aku bebel. walaupun taem tuh kau tengah bizi siapkan omwek kau..

bile aku serabut dan rase nak nanges kau dengan semangatnye petik gitar dan nyanyi lagu superman. walaupun kau taw sore kau tuh sumbang. tapi kau tetap nyanyi dengan slambernye sebab kau taw aku akan tak jadi nak nanges dan gelak sakan kan sore kau yang sumbang tuh.. tapi kau tak pernah pun amek hati walaupun aku slalu cakap sore kau sumbang.. kau akan terus nyanyi sampai abes sebab kau taw aku akan tetap dengar kau nyanyi. aku akan tepuk tangan dan bagi grand stand lepas kau nyanyi..

bile aku mengadu yang aku malas nak belajar kau lah orang yang akan marah marah aku. padahalnye aku tak takut pun bile kau marah sebab aku taw kau bukan marah betul betul pun. tapi aku akan cepat cepat amek buku dan wat wat rajen bace buku walaupun taem tuh aku malas sebab aku dah tak nak dengar kau bebel bebel marahkan aku..

bile aku hepi aku dengan riaknye terus share briter dengan kau. konon bangge dengan diri sendiri padahalnye aku taw ape yang aku dapat tuh apelah sangat berbanding dengan kejayaan yang kau capai. macam semut je. tapi aku tetap wat wat berlagak depan kau. dan kau tak pernah perkecikkan pun. kau senyum dan tetap ucap tahniah,,

bile aku dah tak de mood nak buat something kau lah yang dup bagi tazkirah ala ala doktor fazilah kamsah.. macam macam kau buat nak suh mood aku bangkit balek.. kengkadang kau saje cari pasal dengan aku supaye aku boleh gaduh gaduh dengan kau. tapi last last kau buat buat kalah nak suh aku hepi..

bile taem ari sukan. mesti pingat kau lagi banyak dari aku an? lepas tuh aku wat muke kecian mitak pingat dengan kau. walau pun sapai sudah kau tak bagi. bile taem merentas desa kau sanggup jalan je kat kelompok belakang sebab kau nak teman aku. kau taw aku tak suke merentas desa. padahal kalau kau nak pecut lebih dari boleh. kau an etlit tapi kau tetap nak temankan aku..

bile aku ade tertinggal barang kat kelas tingkat atas kau tak pernah pun tolak permintaan untuk teman aku gi amek barang tuh. walaupun taem turun tangge lepas amek barang aku akan berlari dengan lajunye tinggalkan kau sebab aku takot gelap. kau selamber je jalan kat belakang dengan tenangnye

dan satu yang aku tetap tak puas hati dengan kau sampai sekarang sebab aku tak boleh nak kalahkan kau dalam ape ape jua terutamanya dalam pelajaran. result kau selalu sangat tinggi pada aku walaupun aku rase macam aku dah study banyak dari kau. kau mane study sangat pun tapi kau slalu dapat straight A. 

dulu aku rase hidup aku heavan je sebab kau selalu ade bersama aku walau macam mane teruk keadaan sekali pun.. 

"kau tak leh la childlish macam nih sokmo. kau kene lah belajar berdikari sebab aku tak selalu ade dengan kau"

dulu aku selalu wat muke je bile kau bebel ayat nih kat aku. tapi sekarang baru aku faham ayat nih dengan sebenar benar faham..

betul. keadaan sekarang dah tak same macam dulu. masing masing dah besar. masing masing ade komitmen sendiri. kau dah tak leh selalu ade mase untuk aku..

tapi kau jangan risau. sekarang aku dah tak macam dulu. aku dah tak leleh bile layan hindustan. aku dah tak comot taem makan eksrem. aku dah reti diam bile aku rase nak marah orang. aku dah reti senyum bile aku rase sebak. kalau aku tak tahan nak nanges jugak aku peluk nemo kuat kuat. aku dah kuat sekarang kau taw

kalau kau jupe aku sekarang mesti kau terkejut sebab aku dah reti pakai handbag sekarang. aku dah reti pakai sandal. aku dah reti pakai dress. padahal tuh bende yang aku cukup elegik sedikit mase dulu. tapi aku maseh tetap tak suke coklat bar. tetap tak suke teady bear. tetap tak suke bunga. tetap tak suke pinky stuffy thinggy except kalau combine dengan wane biru..

walau kita dah tak macam dulu. kau tetap sahabat terbaek aku. walau kau jauh kat sane. kau tetap dekat dalam hati aku. walau aku hanya bakal guru aku dan kau bakal engineer. aku tetap doakan kau dapat capai cite cite kau yang satu tuh dan berjaya dunia dan akhirat

aku tak tahu aku akan dapat lagi ke tak sahabat sebaek kau tapi aku berazam untuk jadi sahabat sebaek kau untuk orang orang sekeliling aku..

walaupun aku taw memang harapan je kau ade mase nak bace entry aku nih aku tetap nak cakap terime kaseh sebab pernah hadir dalam hidup aku =D

# cerpen pendek diubah suai tapi sangat terkesan di hati aku T__T


Read more...

10 September 2013

rindu lambaian itu


bismillah

aiyaa. maken lame maken kurang rajen plak menghupdate blog. mohon maap pada si blog. bukan sengaje tak nak hupdate. tapinye kebizian menyerang kehidupan tuanmu ini. siyes. bulan september nih memang jadwal full sesangat. belum ditambah dengan kelas yang berduyun dari pagi sapai malam. tapi alhamdulillah. bersyukur sangat sangat sebab stakat nih maseh mampu lalui hari hari kehidupan dengan penuh ketabahan..

baru baru nih. taem tengah lepak lepak sambil dinner dengan cik lecturer dan akak senior nih. ralit mate dan telinga menadah cerite dyorang pasal saat saat dyorang gi umrah. siyes. taem dengar citer dyorang Allah je taw betape sebak je dada nih. mate macam panas je. kalau tak tabah taem tuh maw laju je nanges.

mane tak nye. dah lame kot berangan nak jejak kaki ke mekah. nak tengok kaabah. nak solat kat masjidil haram. tapi stakat nih Allah tak izinkan lagi impian yang satu nih tercapai. tak pe atin. insyaAllah one fine day.. ameen

dan beberape hari lepas jumpe plak dengan sorang mak pelajar nih. dulu mengajar anak dye mase kelas jauhari. dye cerite nak bertolak gi haji hujung bulan sembilan nih.. mase tuh mampu senyum je. dalam hati tak yah cakap ah. memang jeles membuak buak..

dan baru je tadi dup meng-usha-usha blog kak naimah. dye citer pasal pengalaman gi umrah. kak naimah ag best. bile bile mase je boleh gi umarah. mane taknye. umah dye kat jeddah kot. haa. ini ag la buat kite jeles dengan sejeles jelesnye. nak nak bile kak naimah post plak berkeping keping gambar kaabah. huwaaa. rase nak nanges. rindu nak gi makkah sesangat..

alamak. dah pukul 9 setengah dah nih.. lima belas minit ag ade kelas. okey lah. nak bersiap dulu. kang ade mase kite hupdate lagi. tolong doakan kite rajen nak siapkan baki tiga bijik lagi esemen..

jazakallahu khairan kathir =D

Read more...

31 August 2013

selamat hari merdeka yang ke lima puluh enam


bismillah

31 ogos 1957 - 31 ogos 2013

alhamdulillah. malaysia dah selamat merasai nikmat merdeka buat kali ke lima puluh enam. alhamdulillah. banyak pembangunan yang dapat kita lihat jika dibandingkan dengan beberape dekat terdahulu. sebagai anak pascamerdeka. 

alhamdulillah. bersyukur sangat sangat. sebab lahir lahirnya dah ade elektrik duepuluh empat jam. dah ade air paip direct ke rumah.. berbanding dengan zaman nenek moyang kita yang terpakse menggunakan pelita untuk menerangi suasana malam hari. terpakse menngunakan air perigi untuk memenuhi keperluan harian..

alhamdulillah. bersykur sangat sangat walaupun sebenarnya maseh banyak yang kita ketinggalan jika dibandingkan dengan negara negara maju, tapi tak pe. maseh banyak yang boleh kita lakukan untuk sama sama membangunkan negara malaysia terchenta ini..

tapi apakah itu sebenarnya makna sebuah kemerdekaan?

hanya semata mata maju dari segi pembangunan infrastrukturnya sahaja?

saya sendiri melihat merdeka itu dari konteks pembebasan diri daripada belenggu karat karat jahiliyah dalam diri. dan jika ini dijadikan penanda aras merdeka dalam diri saya. maka sejujurnya saya  boleh katakan yang saya maseh belum merdeka sepenuhnya..

mana taknya, maseh terlalu banyak karat jahiliyah yang perlu disucikan. bukan setakat perbuatan, amalan bahkan paling penting sekeping hati yang selalu lalai dalam mengingatinya. Allah T___T

# salam merdeka buat semua rakyat malaysia. peliharalah merdeka yang kita kecapi ini. nikmatilah nikmat merdeka dari definisi yang sebenarnya

Read more...

27 August 2013

nanges bukan tanda lemah


"nanges bukan tanda lemah"

premis 1 : tak salah nak bersedih. tapi jangan lame lame sangat. kang hilang nikmat hidup

premis 2 : hidup ini terlalu singkat. nikmati semaksimumnya


Read more...

24 August 2013

pengalaman berasaskan sekolah fasa empat


bismillah

alhamdulillah. dah selamat menjalani fasa ke empat pengalaman berasaskan sekolah atau nama manje nye PBS. fasa keempat nih merupakan fasa terakhir buat kami guru guru pelatih sebelum menjalani praktikum untuk 3 fasa bagi melayakkan diri bergelar seorang guru. 

see, nampak tak. bukan semudah memtik jari je nak jadi seorangcekgu nih taw !

alhamdulillah. setelah empat fasa. bersyukur sangat sangat sebab Allah pilih aku menjalani empat pengalaman yang cukup berbeza. jika fasa pertama aku buat dipinggir bandar di perlis. kali kedua pulak aku buat di kawasan felda di pahang. kali ketiga aku buat di kawasan pelancongan di langkawi. untuk kali keempat nih aku pilih sekolah dikawasan bandar di terengganu..

kenapa aku pilih sekolah yang berbeza di negeri yang berbeza dan di kawasan persekitaran sekolah yang berbeza? nanti aku jawab persoalan ini di entry akan datang. jangan lupe engatkan aku taw !

akhir kalam. terime kaseh kepada warge sekolah kebangsaan sultan sulaiman 2 atas segala tunjuk ajar. kenangan dan bimbingan. hanya Allah yang mampu membalas jasa baek kalian

# cuak pulak nak mikir ke praktikum tahun depan. wuuuhhuuu

Read more...

13 August 2013

aidilfitri 2013



bismillah

haiyaa. rase lame benor tak menaip. bukan tak de bahan nak menulis. tapinye entah la. bizi makan rendang kot. (alasan)

so far, raya kali nih biasa biasa sahaja. serba sederhana. bile umor dah maken meningkat nih. mood raye dah maken ke laut. mebi mood raye maken dimamah usia. 

di kesempatan nih daku yang serba tak sempurna nih ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan rakan alam nyata mahupun alam maya dan sesiapa jua yang mengenali diri ini. mohon maap salah silap terjasar bahasa tercuit manja tersindir dan sebagai nye. saya insan biasa yang tak pernah terlepas dari dosa..

moga aidilfitri kali ini memberi seribu satu erti pada kita semua :)

Read more...

26 July 2013

apa perlu buat bila malas?


bismillah

nyah kau dari sini virus M !

huwaa. bile malas atau nama pena nya virus M mula menyerang diri. maka bermulalah fenomena ribut taufan dalam hidup seorang manusia. mana tak nye. hanya disebabkan virus yang sebijik nih. abes semua kerja ke laut. jangankan nak buat kerja. nak bangun pun rasa malas. rasa nak beradu atas katil dua puluh tiga jam lima puluh sembilan minit enam puluh saat sehari..

aish. bahaya betol virus M nih !

bagi anda. mangsa mangsa virus M disini ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan untuk menyahaktifkan virus ini. cuba jangan tak cuba

1. jangan dilayan virus ini
kalau dah rasa macam diri diserang bertubi tubi oleh virus M ini. maka amek usaha untuk buat dek je dengan virus ini. jangan pernah bagi muka. lawan sehabes daya. kalau taem tuh ada kerja. buat jugak. walau pun bukan dengan sepenuh hati anda buat kerja tuh etlis anda buat. bile anda selalu buat dek dengan virus M nih lame lame dia akan jemu. give up dan last skali amek langkah terakhir dengan mengangkat kaki mencari mangsa laen. tahniah, sebab anda berjaya membuatkan virus kalah dengan anda !

2. cari kata kata semangat
yeah. kengkadang virus M nih serang kita sebab dia sedar yang kadar motivasi dalam diri kita maken menurun. oleh sebab itu kita mesti dengan lajunya meng-charge-kan kadar motivasi dalam diri kita. antara caranya adalah dengan mencari sumber motivasi itu. ada orang memotivasikan diri dengan mendengar lagu. ada orang dengan membaca buku dan ada juga orang dengan meminjam gambar daripada profesor google. dan bagi saya sendiri. saya selesa dengan berborak borak dengan orang yang saya rasa dapat memotivasikan diri saya. terpulang pada anda. pilih yang mana anda rasa selesa. tepuk dada tanya iman :)

3. ikhlas
kengkadang tuh salah satu penyebab virus M nih menyerang adalah kerana kita tak de minat nak buat bende tuh. betul tak? jadi, jalan terbaek adalah dengan mencuba untuk menanam minat dalam diri sendiri. tapi kalau tak minat jugak nak buat macam mane? dengan menanam ikhlas dalam hati kita. ikhlas nih bende yang susah sebenarnya. sebab dia soal hati. hanya Allah dengan diri sendiri je yang tahu. tapi walau macam mane susah pun. itu bukan alasan untuk kita give up. faham?

haa. cukup lah setakat nih dulu tips nye. banyak banyak kang jemu pulak nak bace :p

salam nuzul quran. engat. alquran khazanah terbaek yang kita ada. baca. hayati. dan amalkan isi kandunganya. insyaAllah. kebahagian pasti dalam genggaman kita semua. selamat beramal =D

Read more...

18 July 2013

buat silap itu normal


bismillah

ni la pekdah dye kalau taem bace novel sampai kat part sedih tertido. lepas tuh mula lah terbawak bawak mood sedih tuh sapai keesokan harinya. dup bad mood seharian. lepas tuh satu kerja pun tak jalan. kalau jalan pun buat banyak silap. dah buat banyak silap tuh mulalah nak emo tak semena. lepas dah emo mulalah rase bersalah =.='

rasa nak hantuk kepale kat dinding pun ada. tak pun nak bungkus badan dalam selimut harry porter. aci tak?

hey, rilek. rilek !

buat silap itu normal. mane ade manusia yang sempurna. ye dak? even elien pun ade silap jejak planet. eh?

kang orang orang tua selalu pesan. belajar dari kesilapan. so. tak salah pun klu wat silap. yang salahnya kalau wat silap lepas tuh tak nak amek pengajaran. lepas tuh dup ulang kesilapan yang sama. haa. yang nih memang salah kuasa mega lah..

engat !

setiap yang terjadi dalam hidup kita nih adalah ibrah terbaek untuk kita. bak kata orang. pengalaman guru terbaek kehidupan. again. tak de orang yang perfect !

jangan risau. rase bersalah itu kejap je. sari dua ag baek lah. jangan dup tegang tegang muke sangat. kalau rase nak nanges. nanges je. kalau rase malu nak nanges. gi cari teman. sebab malu kalau nak nanges taem ade orang :p

okey lah. tak leh tulis panjang panjang. sat gi ade kelas. kang ustazah tutup pintu plak kalau lambat lambat. doakan kitew yer =)



Read more...

14 July 2013

kisah si bubur sagu


bismillah..

ini kisah taem bukak pose tadi. yelah. bukan senang nak balek umah and kumpul satu femli. dah balek macam bese lah an. saje nak bermanje dengan walid walidah.

aku : walidah, ari nih kita masak bubur sagu erk wat bukak pose?

walidah : tak de barang. nanti suruh walid beli je la kat bazar

tiba-tiba aku nampak walid amek kunci kereta dan nak keluar rumah. dalam fikiran aku walid mesti nak gi bazar tuh. nak gi beli bubur sagu. sayang jugak walid ke aku yer. dah la taem tuh hari macam nak hujan..

tak lama kemudian. walid pun sampai umah. aih. kejap nye..

walid : nah. ni sagu ada. santan ade, halba pun ade. masak sendiri. kate nak makan bubur sagu an?

aku : aiyaa. engat an gi beli bubur sagu dah siap kat bazar. rupenye gi beli barang untuk bubur sagu. sabar je la *opkos la aku cakap dalam hati je an taem nih*

maka, aku dengan separuh hatinya masak lah bubur sagu ala ala amatur.. maka, jadilah sebagaimana gambar di atas. nampak ak bubur sagu aku warna ape?

biru + pink !

opkos la. tu kan warne feberet aku. dah aku yang masak. warne pun opkos la ikot kepale aku. kih3

nah, resepi ringkas dari aku. sape nak try tuh boleh la :)

Bahan :

1. sagu
2. santan
3. halba
4. sedikit garam
5. sedikit gula
6. daun pandan

Cara Nak Buatnya
rendam sagu tuh dalam air panas sebab nak kasi sagu tuh kembang. sebelum tuh bilas sagu tuh bawah air. jangan beriyer sangat nak membilas tuh. cukup sekadar lalu bawah air je..

lepas tuh tinggalkan si sagu tuh. kite concentrate pade santan. masukan santan dalam periuk yang ade atas dapur. bukak api and kacau. jangan berenti kacau taw. kang santan tuh pecah dah tak lawa and sedap rase dye. lepas tuh masukan sedikit gula, garam.

bila santan dah mendidih. masukan sagu yang dikepal kepal. kalau rase malas nak kepal sagu tuh gune je sudu. tapi rupe dye tak lawa la. macam yang aku punyer tuh..

last skali masukan halba ngan daun pandan. daun pandan tuh nak kasi bubur tuh wangi siket.. dah menggelegak tuh angkat masuk dalam mangkuk and nah, siap untuk dimakan

sekian, resepi ringkas dari dapur cik atin. renung renungkan dan selamat mencuba !
Read more...

13 July 2013

sahur oh sahur


Assalamualaikum semua. Macam mane dengan puasa kalian hari ini? Masih mampu bertahan? Alhamdulillah. Tahniah. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri.
Untuk edisi kali ini kita akan membicarakan tentang salah satu aktiviti yang sememangnya sangat sinonim dengan bulan puasa. Okey. Siapa tahu boleh angkat tangan tinggi-tinggi. Siapa yang tak tahu jangan risau. Ini ada jawapannya. Jeng jeng jeng
Jawapannya adalah sahur
sahur dalam erti kata yang mudah ialah kita makan sebelum masuk waktu subuh. kiranye macam ganti sarapan pagi la. macam yang kita semua tahu sarapan pagi sangat penting sebab ia akan membekalkan tenaga untuk kite menjalani keh­idupan seharian kita pada hari itu. sama juga dalam kes sahur. Islam sangat menggalakkan umatnya yang berpuase untuk bersahur.

"bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan." [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

tetapi bagi golongan pelajar terutamanya yang tinggal diasrama dan jauh dari keluarga. oh yer. orang bujang pun termasuk dalam senarai sekali nyer. kebanyakan kita akan ambil ringan sahaja dengan sahur ni. kadang-kadang tu memang rasa malas sangat nak bangun sahur. Kadang-kadang tuh rajin dah nak bangun tetapi sebab makanan untuk sahur macam tak ada kita pun ambil jalan mudah dengan sambung tido kembali dan tinggalkan sesi bersahur. Walau apa pun alasan kita perlu ingat sahur tidak semestinya dengan makanan berat, hatta dengan memakan sebijik kurma atau air seteguk pun itu sudah dikira bersahur.

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih). 

Kite juga disunatkan untuk memperlewatkan sahur dengan harapan selepas sahur kite boleh terus berjemaah subuh pula. selepas subuh boleh lah baca al-quran sehelai dua. Boleh Nampak tak rangkaian kes sahur nih? insyaAllah banyak pahala yang kita boleh dapat pada hari itu. hidup pun insyaAllah lagi berkat. 
"sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa" [riwayat Ahmad]
Jom bangun sahur esok !






Read more...

12 July 2013

Kerana Dia


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dah selamat jalan malam aprisiasi seni bersempena dengan sambutan hari guru peringkat IPG tengku ampuan afzan. dalam banyak banyak persembahan malam tuh aku hanya terlibat dengan dua persembahan. satu persembahan teater. satu persembahan kompang formasi. untuk entry kali nih kite review pasal persembahan teater dulu. ade mase kite review pasal kompang formasi pulak

teater kali nih bertajuk Kerana Dia. menggabungkan teater absurd dan musikal. teater kali ini mengangkat tema tentang dunia guru pendidikan khas. sungguh menjadi guru pendidikan khas memerlukan kesabaran sebab bukan mudah nak mengajar kanak-kanak istimewa nih..

sebenarnya dunia pendidikan khas sangat dekat dengan aku. sejujurnya nya teater kali nih adalah hadiah untuk walid. sejak walid jadi cekgu pendidikan khas untuk beberapa tahun nih aku selalu dihidangkan dengan cerita-cerita kanak-kanak istimewa ini. walaupun perkembangan mereka agak lambat tapi apabila mereka mampu lakukan apa yang diajar itu merupakan satu kepuasan bagi seorang guru. mebi perkara yang mereka lakukan tuh nampak kecik di mata kita tapi sebenarnya ianya amat besar nilainya bagi seorang kanak-kanak istimewa..

dan sebenarnya kanak-kanak istimewa ini jika diberi ruang dan peluang sebaiknya mereka mampu berjaya seperti kanak-kanak lain. cume mereka memerlukan perhatian yang khusus dan pastinya kesabaran serta kekreatifan yang sangat tinggi dari guru guru..

untuk teater kali nih aku incharge bahagian lighting. nih kirenye pestime maen dengan lighthing. sebelum nih besenye maen dengan promter je. penah la handle bahagian buku program taem teater tiga tun bersempenan dengan jubli perak. pengarahan dan pengurusan taem tetaer al-fateh. 

agak mencabar sebenarnye bile jage lighting nih sebab kene sentiase alert. especially alert dengan team audio sebab lighting ngan audio saling berkait. dan lighting pun selalu berubah ubah ikot situasi. jadi kene banyak buat perubahan. ade kalanya lighting berubah taem last minit. jadi nak tak nak memang tahap ke-alert-an tuh kene sentiasa dimaksimumkan..

alhamdulillah. tahniah pada team GITA (gabungan insan teater afzan) sebab dapat pujian dari banyak pihak malam tuh. GITA dah selangkah ke depan lagi. teruskan berjuang untuk mengangkat martabat teater dalam menyampaiakan mesej berguna pada masyarakat

terime kaseh semua atas segala kenangan. seronok bekerja bersama kalian :)

Read more...

10 July 2013

punye semangat nak balek


bismillah..

demam + batuk + selesema + saket tekak + ulser. pakej lengkap ujian di bulan ramadhan.. alhamdulillah

besenye deman sekali je setahun tapi masuk yang ni kali kedua demam untuk tahun nih. mebi antibodi tak berape nak kuat.. tapi naseb baek la hanya demam taem malam je. bile siang kurang siket panas dia. boleh la nak settlekan kerja yang maseh berbaki..

biaselah. bile badan tak berape nak sehat nih. memang fikiran melayang ke rumah je la. sokmo terdengar dengar suare mumtaz. aiyaa. rindu. rindu. kalau ikot kata hati nak je balek umah weekend nih tapi bile tengok je list-to-do tuh memang tak daye lah nak balek. 

tapi alhamdulillah. kerja yang dijangka siap dalam seminggu dapat disettlekan dalam mase dua hari. mebi sebab semangat nak balek tengah membuak-buak. haa. boleh la balek umah dengan tenang dan aman damai. umah. tunggukan kedatangan ai yer =)

alhamdulillah. dah selamat jalan semua projek yang dirancang sebelum bulan ramadhan. sekarang nih fokus untuk dua tiga projek je lagi sepanjang bulan puasa nih. moga Allah permudahkan

insyaAllah. ade mase nanti akan review beberapa projek yang dah selamat jalan..


Read more...

09 July 2013

salam ramadhan 1434H


bismillah

tahukah anda sebenarnya ramadhan dah sampai?

alhamdulillah. alhamdulillah. marhaban ya ramadhan. akhirnye ramadhan yang ditunggu tunggu selamat tiba. alhamdulillah. Allah maseh pinjamkan usia untuk menikmati ramadhan kali ini. semoga berkesempatan untuk menjalani hari hari di dalam ramadhan 1434H hingga ke hujungnya. biiznillah

semoga kita semua dapat manfaatkan ramadhan kali ini dengan semaksimum mungkin. mungkin sebelum nih kita terlalu sibuk berkejar dengan urusan dunia yang tidak pernah putus. ini lah masa untuk slow down siket  urusan dunia dan memberikan tumpuan penuh kepada bulan ramadhan yang mulia nih..

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(HR Bukhari & Muslim)

ramadhan datang sebulan sekali dalam dua belas bulan. tiga puluh hari dalam tiga ratu enam puluh lima hari. nak nak pulak Allah dah janjikan bulan ramadhan nih dengan keberkatannya, keampunannnya dan juga akan melipat gandakan pahala bagi mereka yang berusaha melakukan amal kebaikan dalam bulan yang mulia nih..

tak kan maseh nak sia-siakan peluang keemasan ini? inilah mase untuk menggali sedalamnya lombong pahala..

semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. semoga segala amalan kita di dalam ramadhan kali ini diterima oleh Allah. ameen

selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia..

p/s : rindu kenangan ramadhan dua tahun lepas. Allah Allah T__T

Read more...

02 July 2013

klinik al-fatihah


bismillah

alhamdulillah. weekend lepas dah selamat jadi salah sorang fasilitator untuk program klinik al-fatihah. klinik al-fatihah nih bersempena dengan karnival badan dakwah sekolah menengah agama padang tengku. sekolah nih agak dekat jugak dengan IPG afzan nih haa..

macam kita tahu. antara surah yang agak femes dalam kalangan kita sumer adalah surah al-fatihah. mana tak nye. sekurang kurangnya kita bace surah al-fatihah sebanyak tujuh belas kali dalam sehari. dua kali dalam solat subuh. empat kali dalam solat zohor. empat kali dalam solat asar. tiga kali dalam solat maghrib dan empat kali dalam solat isya'. ye dak?

dalam surah al-fatihah ade tujuh ayat termasuk dengan bismillah hirrahma nirrahim. keseluruhan surah al-fatihah ade dua puluh lima patah perkataan bersamaan dengan seratus lima puluh enam huruf. kalau tak percaya sile bukak al-quran sekarang dan aplikasikan kemahiran matematik anda. sekian, terime kaseh

selaen tuh surah al-fatihah jugak adalah merupakan salah satu dari tiga belas rukun solat. sumer orang maklum kan kalau kita salah atau tertinggal salah satu rukun solat maka solat kita tidak sah. tak ke wat penat je. jadi, nak tak nak. kita memang kene pastikan surah al-fatihah yang kita baca adalah betul dari segi sebutan dan tajwid nya. begitu juga dengan susunan ayat nye..

alhamdulillah. sambutan agak menggalakkan. kerjasama daripada pelajar pelajar dan guru guru juga sangat osem. harap harapnya perkongsian selama setengah hari tuh bersama adek adek sekolah menengah agama padang tengku tuh dapat memberi manfaat pada kalian. 

terime kaseh juga atas segala kenangan..


Read more...

26 June 2013

ahlan wasahlan semester empat


bismillah.

fuhh. dah lame rase tak menaip kat blog nih haa. bukan ape. tangan nih menggigil gigil je nak menaip tapi tak berkesempatan. bile kene berkejar dengan masa nih memang agak tak cukup tanah la nak mengejar nye. 

tapi tak pe. aku suke je keadaa bizi tak engat dunia cenggini sebab aku tak de mase nak pikir bende yang tak patut fikir :p balek bilik matlamat nak cari katil. berguling. masuk alam mimpi. hehe

alhamdulillah. klu ikot ari nih dah masuk minggu kedua untuk sesi semester empat nih. kengkadang tuh rase macam tak percaye pun ade. ye lah. celik pejam. celik pejam. dah masuk semester empat. insyaAllah maseh berbaki empat semester je lagi sebelum menamatkan program ijazah sarjana muda perguruan nih haa. semoga Allah permudahkan segalanya.. ameen

untuk semester nih. subjek subjek dye agak mencabar 

1. EDU 3105 = teknologi dalam pendidikan
2. PIM 3107 = pendidikan akhlak sekolah rendah
3. PIM 3108 = pendidikan jawi sekolah rendah
4. PQE 3102 = ulum al-quran dan alum hadith
5. WAJ 3107 = seni dalam pendidikan
6. WAJ 3111 = kurikulum unit beruniform 2

harap-harapnye aku dan kawan-kawan boleh tempuhi semester ini dengan penuh kecekalan dan ketabahan. 

alhamdulillah. dah selamat jugak berjalan tiga projek untuk semester ini. maseh berbaki tiga projek yang perlu diselesaikan sebelum masuk ramadhan nih. insyaAllah. kalau ade kelapangan mase nanti aku coret coret kat blog terchenta nih..

okey lah. dah nak bersiap ke kelas dah nih. cikidaut. doakan aku yer kawan-kawan sumer. take care. assalamualaikum 


Read more...

14 June 2013

masa untuk kembali ke maktab


bismillah

diumumkan bahawasanya sesi semester kedua bagi tahun 2013 bakal bermula pada 17hb jun 2013. oleh itu, anda diminta bersedia dan kembali ke maktab.

ehem.

haa. jangan dup buat muka sedih cenggitu. campak jauh jauh mood holiday tuh. sekarang mase untuk packing packing barang. tak de dah adegan gaduh gaduh manje dengan adek-adek. adegan mengunyah makanan tak berenti. adegan layan AXN lepas penat berebut remote dengan mumtaz. adegan tido dengan bertilamkan majalah-buku-novel bagai.

sekarang masa untuk kembali ke maktab. masa untuk sebukkan diri dengan tanggungjawab sebagai student. sebagai bakal guru. ayuh !



Read more...

10 June 2013

kenapa gemuk?


bismillah

berikut petikan perbualan seorang budak ketika sedang bersantai santaian dengan incik uncle

budak : 
uncle maken gemuk ah sekarang. dah tak taff

uncle :
uncle saje menggemukkan diri. sebab kecian tengok aunty gemuk sengsorang je lepas lahirkan baby asyraff

budak :
oh, so sweet !

Read more...

08 June 2013

bila kita kehilangan dia kita tetap masih ada Dia


bismillah

kehilangan tempat bermanja. kehilangan tempat bergantung. kehilangan bapa terchenta. mungkin saya belum pernah alami ape yang awak alami. tapi saya pernah alami detik kehilangan insan tersayang. betapa saket rase itu dan betape susah nya untuk bangkit. ye. saya faham ape yang awak alami..

awak,

perit. sedih. saket. dan segala rase yang teruk itu normal. sape yang tak bersedih. even junjungan besar kita Nabi Muhammad pun sedih ketika mane isteri baginda Siti Khadijah meninggal dunia. bersedih itu normal. kita manusia biasa. tapi jangan jadikan kesedihan itu sebagai alasan untuk kite give up untuk meneruskan hidup..

awak

setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. itu janji Allah. pasti. yang pergi tetap akan pergi. kita yang masih tinggal ini perlu meneruskan hidup. nikmati setiap detik kehidupan kita dengan penuh tabah dan usah penat mengukir senyuman. hargai setiap detik kehidupan kerana setiap saat yang berlalu pasti tak kan berulang..

awak

jadikan segala kenangan kita bersama dia sebagai kenangan yang indah untuk dikenang. bersyukur sebab kita maseh ade kenangan yang menggembirakan bersama dia. biarkan ianya terlipat kemas dalam almari kenangan. tak salah untuk mengingati kenangan itu. tapi jangan jadikan kenangan itu penghalang untuk untuk kita melangkah maju ke hadapan..

awak

amek mase. ye. amek mase sebanyak mane yang perlu. percayalah segala rase itu pasti akan berlalu ditelan waktu. kekuatan itu perlu dikutip. perlu dikumpul dan dibina perlahan lahan. mohon pada Allah semoga Allah pinjamkan kekuatan. kerana kekuatan itu milik Allah..

awak

la tahzan. innallaha ma'ana. jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita. andai rase rindu itu menjelma dakaplah ia bersama sejadah cinta. adukan pada Allah. alirkan didalam doa. Allah pasti mendengar. rindu itu milik Allah pasti Allah ade penawarnya.

engatlah. dalam sebuah kehidupan bukan hanya ada kita seorang. kita maseh dikelilingi insan insan yang tersayang. orang disekeliling kita pasti mendoakan yang terbaek untuk kita . mungkin saya tak dapat bersama awak sepanjang masa. mungkin kita jauh terpisah dek jarak namun doa pasti mendekatkan kita semua. semuanya akan kembali normal. just keep calm and be strong.

awak mungkin kehilangan dia. tapi engatlah awak maseh ada Dia

semoga terus kuat kawan !

Read more...

29 May 2013

29 Mei 1453: kisah 560 tahun yang lalu


bismillah

kisahnya berlaku 560 tahun yang lalu. detik 29 mei 1453 datang lagi.. sejarah yang ulung.

pemuda 21 tahun berjaya menawan kota konstantinople. kota bersejarah yang menjadi rebutan ramai. kota yang disebut dalam hadis nabi Muhammad.

dua belas cubaan. dan pemuda ini yang berjaya. pasti insan ini bukan insan sebarangan. pasti insan ini insan yang hebat. menyelusuri kehidupan insan ini cukup memberikan banyak ibrah..

sultan muhammad al-fateh. pemuda berwawasan yang sebaek baek raja dan tenteranya sebaek baek tentera..

malu rasenye bile refleksi diri. aku maseh disini. meniti hari. tapi tak ade kejayaan yang dapat membanggakan diri. apa nak jadi?





Read more...

28 May 2013

saya nak jadi ahli syurga


bismillah

"adek bile besar nanti cita-cita nak jadi ape?"

" kalau cita-cita dunia saya nak jadi doktor Al-Hafiz. kalau cita-cita akhirat saya nak jadi ahli syurga"

subhanallah. siyes. walaupun baru berusia lapan tahun tapi budak nih sangat osem !

semoga Allah permudahkan segala urusan budak ini. ameen

Read more...

25 May 2013

dah kenape?


bismillah

" amboi. berapi bagi nasehat kat orang suh tutup aurat bagai. ahli femli ko tuh berlambak je tak pakai tudungnye"

" Rasulullah dulu tak tunggu sumer ahli femli baginda peluk Islam baru start nak sebarkan Islam"

bile orang sebarkan kebaikan. ambik. jangan membazir. 

ye. memang tak semestinye orang yang bagi nasehat tuh orang tuh kompem dah sempurna. tapi etlis dye ade kesedaran untuk topup akaun akhirat dye. 

sedangkan kita?

Read more...

23 May 2013

oh, musim cuti datang lagi


bismillah

klu kire ke cuti tidak rasminye dah start ari isnin lepas lagi. nak spesifik lagi sebaek sahaja kaki melangkah keluar dari "dewan" exam paper terakhir ari tuh. tapi takdelah beriyer mane nak balek. buktinya petang semalam baru selamat jejak kaki ke rumah terchenta.

tapi pagi nih pun tak berape nak best sangat. sebab adek adek masih skolah. jadi rumah maseh sunyi. jadinye mood berholiday tuh tak berape nak datang lagi. tapi esok memang kompem lah terase sangat mood ho-ho-liday yer. sebab adek adek dah start cuti. rumah memang kompem riuh la dengan perangai adek adek yang macam macam gaye..

cuti kali nih dalam tiga minggu jugak la. nak ikot perancangannye agak penuh jugak lah. sapai plan nak kerja pun terpakse dikensel. harap harap segala aktiviti yang dirancang tuh berjalan lancar.. kita hanya mampu merancang. tapi perancangan Allah lagi hebat. doakan aku erk kawan kawan sumer =D

cukuplah. update ringkas kali nih. nanti update lagi. insyaAllah. jadi, usah difikirkan paper paper yang telah hangus terbakar dalam dewan exam. sekarang masa untuk nikmati saat saat bercuti semaksimum yang mungkin. selamat memanfaatkan cuti yer :)

Read more...