28 December 2011

wordless wednesday #2 : ratu hati saya



alhamdulillah..

p/s :  i luv my self. and i luv my family so much !!

Read more...

17 December 2011

beza budak laki dengan budak perempuan bahagian tiga



assalamualaikum sumer..

da baca beza budak laki dengan budak perempuan bahagian satu and bahagian dua? dah? bagus bagus. jom teruskan dengan bahagian tiga pulak. oh yer, kali ni comparison antare budak laki dengan budak perempuan ni adalah merujuk pada budak kecik. why? sile bace ayat akhir sekali dalam bahagian dua. =.=

ok. kite teruskan pada point utama kita. apa yang boleh napak antare beza budak laki dan budak pompuan ni. i mean ini based pada yang napak pada anak murid ai la an. budak pompuan ni agak prepared and complete. faham?

ok ok. meh nak explen ni. prepared and complete tu maksudnye dyorang punyer pekakas lengkap. tak faham jugak? ok. gini. selaen dari buku iqra, dyorang akan bawak pencil case. dalam tu lengkap ada pensil. pemadam and pembaris. oh yer. buku tulis satu. untuk tulis jawi. hehe

beza dengan budak laki. dyorang ni sangat simple. datang mengaji bawak buku iqra je. beg besar tak yah cakap. buku iqra' je yang bawak. pencil case tak bawak plak. tak taw la bende ape ag yang dyorang sumbat dalam beg tu. memang tak de kije betol ai nak chek beg dyorang satu satu. hoho

so, kebiasaannye. memang agak ada masalah bile nak star bace iqra tu. biasenye budak laki ni kene g pinjam pensil dengan budak perempuan dulu. sebab nak wat catatan kat page yang dyorang bace tu. (catatan = dyorang tulis nombor satu sapai sepuluh. and setiap kali abes satu round bace dyorang akan tick pada nombor tu la). sebab tu kalau tengok buku iqra' dyorang agak comot sebab banyak conteng-conteng.. (",)

yang part paling kelakarnye. ade jugak antare saf-saf budak laki ni yang malas nak g pinjam pensil dengan budak perempuan.. taw tak ape yang dyorang wat? punyer la kreatif dyorang ni. kiut betol. dyorang akan gune jari dyorang je. kire macam dyorang tengah membilang la. sebelum start bace iqra' tu, dyorang akan gengam tangan. abes satu round, dyorang bukak satu jari. kalu satu sapai lima tak pe la. yang kelakarnye bile dyorang da masuk round ke enam hingga sepuluh..

juz imagine. dyorang biase bace iqra' sambil tunjuk dengan tangan. jadi bile da masuk round ke enam dyorang kene gune dua-dua tangan la an nak tunjukkan berape kali dah dyorang bace. jadi. bile ai tanye.

"awak da bace brape kali? "

dyorang akan berenti baca iqra' dan akan start kire jari dyorang. sebab dyorang ni banyak yang budak tadika. setiap kali ai tanye. dyorang akan start kire jari dyorang satu-satu. da la kire dengan nada yang kuat. seronok betol tengok dyorang semangat nak mengira. da gaye macam kelas cekgu matematik pun ada.. haha

kalau lima kali kite tanye. lima kali la dyorang akan start kire dari satu balek. padahal klu ikot logik da awal-awal tadi kan da kire. kirenye juz tambah la satu ag an? tapi tu la. name pun budak-budak. baru belajar kenal nombor. dyorang akan kire balek start dari nombor satu. comey betol. haha

ok. cukup la. da TERpanjang plak entry ni. kang tak de orang pun nak bace panjang panjang. faham tak ape yang ai sapaikan? ape? tak faham? haa. sile la bace skali lagi. kalau tak faham jugak. dun wori. tak masuk exam punyer entry kali ni. huahua..

p/s : budak budak sangat naif. sebab tu dyorang kiut comey kot. hoho





Read more...

16 December 2011

baru aku tahu bahagian dua..



assalamualaikum sumer..

alhamdulillah. syukur sangat-sangat dengan perjalanan hidup yang ALLAH dah tetapkan. sungguh, diri ini sangat kecil. langsung tak pernah terlakar dalam planner usangku sumer ini. sapa sangka. pada awalnya hanye sekadar niat untuk tolong orang. yela. dari dup umah tak buat ape-ape. sekadar mencuri 2 jam masa pada setiap petang untuk mengajar al-quran, iqra' dan fardhu ain budak-budak. tak salah kot..

sungguh. banyak yang aku belajar cuti kali ini. jika cuti tahun lepas aku menghabeskan sisa-sisa cuti dengan berkerja di kedai buku. (ye, banyak jugak yang aku belajar tentang erti hidup disitu). tapi kali ini. mungkin lebih dekat dengan dunia bakal kerjayaku empat tahun akan datang. insyaALLAH..

kali ini aku belajar. dan baru aku tahu. bahawa pengajaran bukan hanya sekadar tulisan. selama ini kerjaku hanya sekadar menyalin isi buku di muka papan puteh. usai dyorang menyalin. dan kerja aku seterusnya menyemak tulisan mereka. membetulkan kot-kot ada kesalahan disitu.. ye. itu dulu..

dan hari itu. ntah kenapa. hati aku tergerak untuk mengajar mereka. oh. mungkin mengajar bukan istilah setepatnya. lebih kepada menghurai dan meng-explain apa yang ditulis di papan puteh itu. tajuk hari itu :

"adab terhadap al-quran"

dan antara pesanan yang aku sempat titipkan pada petang itu. 

"Al-quran ni bukan sebarang kitab. tapi kitab mulia dari ALLAH. jadi. kita kene hormat dia. antara cara kita hormat dia. kita tak boleh letak merate-rate. selaen tu. kita kene amek berwudhuk sebelum sentuh al-quran "

dan yang buat aku terharu. tetibe je ade dua tiga orang budak-budak ni bangun dari kerusi masing-masing. tuju ke bahagian rak usang yang jadi tempat simpanan Al-Quran dyorang. aku kepelikan yang amat. rupe-rupenye dyorang amek balik Al-Quran yang dyorang letak dibahagian bawah dan alihkan ke aras yang lebih tinggi. dan aku hanya mampu senyum je..


dan yang buat aku lagi terharu. kini. sebelum start mengaji. ayat dyorang


"ustazah. nak pegi amek air semayang jap"


dan betollah. pengajaran bukan hanya pada tulisan...

p/s : kamu sumer banyak ajar ustazah ilmu-ilmu yang ustazah tak dapat nak dapat dalam buku. terime kaseh Allah atas anugerah ini..




Read more...

15 December 2011

baru aku tahu bahagian satu..


assalamualaikum sumer..

eceli tiada yang menarik pada entry ini, juz nak kongsi satu cerita. ini siang tadi punyer cerita. maseh same macam hari-hari lepas..

alhamdulillah. hari ini macam cepat siket abes ngaja budak-budak. nak kata ramai. tak ramai sangat. nak kate siket. tak siket sangat. tapi entah la. mayb sebab arini ngajar dalam speed yang laju kot. yeke? ntah. tak pasti. tapi yang pastinya pukul 4 petang da siap ngaja budak-budak ni. (^.^)

jadi. rini sempat la ngajar fardhu ain kat dyorang ni.. arini sebagaimana subjek yang dijadualkan adalah subjek akhlak. macam biasa. papan puteh kat depan tu akan jadi mangsa contengan. sebahagian isi buku disalin pada muka papan puteh tu. dan budak-budak akan salin tulisan di papan puteh tu pada buku masing-masing. itu biasa..

yang luar biasenye hari ini. lepas dyorang siap salin. taem dyorang anta buku untuk disemak. dyorang kene bace ape yang dyorang tulis. ntah kenape. tergerak hati nak suruh dyorang bace. mayb sebab masa ada lebih siket kot hari ini..


lepas sorang. sorang. kemudian tiba turn sorang budak ni. bukan budak. darjah enam mungkin. tak pun tingkatan satu. tidak pula aku siasat..

"haa..cepat bace. ustazah nak denga "


"saya tak reti bace jawi ustazah"

hah? suprise monkey aku. sebelum ni taem bace ramai-ramai. (oh. itu kebiasaan lepas tulis dyorang akan bace ramai-ramai ape yang ditulis dipapan puteh). aku tengok sumer macam boleh bace. and aku pun tak berape risau. agpun sumer da besar panjang. jadi. aku assume sumer da lancar jawi. tapi sapa sangka..

aku tengok tulisan yang berbekas dibukunya. cantek. bersih. urmm.. baru aku tahu. aku silap selame ni,. betul la. pengajaran secare personal itu lebih berkesan.. ade bende baru aku belajar hari ini.. alhamdulillah. terima kaseh ya ALLAH..

yang pasti bukan dye seorang rupenye..

p/s : kene fikirkan langkah seterusnya.. (",)

Read more...

13 December 2011

beza budak laki dan budak perempuan bahagian dua..


assalamualaikum sumer..

engat lagi tak bahagian satu citer ni? haaa..tak bace ag ke? nah tengok sini..[beza budak laki dengan budak perempuan]..

haa..da bace? bagus bagus. eceli ni memang rentetan citer tu. juz tak nak la compare antare budak laki dan budak perempuan. kali ni nak compare antare budak besar dengan budak kecik. boleh?

ok. dulu taem awal-awal kene ngajar kat centre. kat banda. bukan jaoh sangat pun. adela dalam 15 minit. sekarang ni stay ngajar kat masjid. sebab kene take over tempat ade ustazah tu terminate sebab nak deliver. beza ngajar kat centre dengan kat masjid agak banyak la..

kalau ngajar kat centre. kene handle budak kecik. budak tadika. paling tue pun dalam darjah satu atau dua. mostly budak iqra'. budak pun tak ramai sangat. kedatangan pun tak tentu sangat. namapun fardhu ain persendiriam. ikot suke aty jantung usus limpa dyorang je nak datang. paling ramai pun ade la amper-amper 20 orang..

kalau ngajar kat masjid. kene handle budak besar and budak kecik. tapi ramainye budak besar la. budak skolah rendah. paling tue budak form 2. ade la empat lima orang budak tadika. boleh kire dengan jari. mostly bace quran besar dah. kat masjid budak-budak biasenye lebih dari 20 orang. ade la dalam 30 orang lebih kurang. penah sekali tu kene handle budak seramai 23 oarng sengsorang diri. sebab ustazah tak dapat nak datang. anak dye masuk wad. Allahu Rabbi. taem tu nervous tak yah cakap la. tapi alhamdulillah. ALLAH permudahkan segalanya..

kat masjid ramai budak pompuan dari budak laki. so, biasenye ustazah yang akan handle budak perempuan. and cik atin kene handle budak laki. oh yer, tenaga pengajar kat masjid juz dua orang je..

bercakap pasal beza budak besar ngan budak kecik memang la sangat banyak. 1st, dari segi autanya. siyes, budak besar ni agak susah nak handlenye. onestly, budak kecik ag jujur. as we know. sumer budak kene bace and ulang sebanyak 10 kali. and budak kecik. dye akan catat kat tepi page yang dyorang kene bace. so, itu dikira sebagai bukti la dyorang da bace an. and suare dyorang pun agak kuat. so, memang kite boleh dengar la dyorang bace dengan jujur. kalau dyorang salah bacaan pun senang nak tegur..

beza dengan budak besar. banyak betol autanya. adeke patut. baru je ngadap tak sapai 2 minit. da siap bace and ulang 10 kali katenye. macam la cik atin tak tahu. dye tak bace pun ag. tak denga langsung dyorang bace. yang denga suare dyorang borak. da tu bile masenye awak bace hah? aisshh. ni yang wat cik atin nak marah orang ni. ye, saye memang ustazah yang garang. (",)

eceli, banyak ag beza antare budak besar ngan budak kecik. tapinye maghrib da masuk waktu ni. stop. cukup la stakat ni dulu. jom, sesame kite solat. (^.~)

p/s : siyes, ag enjoy ngaja budak kecik dari ngaja budak besar ( =.= )


Read more...

12 December 2011

bertuahlah jika iman diuji..


ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. orang yang banyak menderita, jiwanya akn perkasa. dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat ALLAH. bertuahlah bila iman diuji kerana jiwa sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti..


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 ) 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )



Read more...

11 December 2011

kisah disebalik gerhana bulan 10 disember..


alhamdulillah. sang bulan gerhana lagi. last sang bulan gerhana sekitar bulan jun hari tu. kisah gerhana kali ni berbesa dangan kisah gerhana yang lepas..

semangat punyer tak semangat. jam 7.30 malam da terpacak kat luar rumah. budget nak tengok fenomena hebat ni. tapi sayang. beriyer-riyer dup mengintai sang bulan. tapinya sang bulan malu-malu la pulak. menyorok disebalik langit nan hitam. urrmm...tak ade rezki napaknye nak nengok..

tunggu lagi. jam 8.30 malam. usai solat isya' sekali lagi kaki melangkah ke halaman rumah. dengan harapan sang bulan nak menunjukkan diri. sayangnye, da puas ku intai-intai. tapinya, bayang-bayang pun tak ade. oh bulan,, di mana kamu yer??

puas jugak ku usha mane-mane page. kot-kot ade yang nak buat siaran langsung. urrmmm..tak ade jugak. falakonline tak dapat aku bukak. isshh, line tenet ni tak patot betol lancar pesta boikot taem-taem emas gini. sabau je la yang mampu.. =,=

tunggu lagi. tengok syok je kengkawan dup update status napak sang bulan sedang gerhana, ish, taka aci sungguh, jeles taw? ok. orang laen buat status, aku pun nak buat jugak. walaupun dengan nada yang beza..


alhamdulillah. tulah gunanya fb. akhirnya, ade jugak yang bagi link nak tengok live. tapinye, tak dapat la pulak nak bukak. aisshh. nape ni. ok. alang-alang menyelup pekasam biarlah sapai ke pangkal lengan. alang-alang dapat link biarlah dapat tengok. tak nak give up. selagi ade mase, selagi tu kene cuba. semangat serikandi an. hehe. akhirnye, setelah dicanai-canai. boleh pun jugak. alhamdulillah, even lambat pun tak pe la. janji dapat tengok. syukran pade nur afifah. kredit pada harian metro online.. ( ^,~ )

subhanallah. sungguh kagum dengan kebesaran ALLAH. oh, yer. lupe plak. solat sunat belum buat lagi. apa ag, berkejar ke bilik air amek wudhuk. setelah sejadah dibentangkan. ALLAHU AKBAR....

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. [hadis riwayat Muslim]


p/s : nak tunggu sang bulan gerhana total lagi? kene tunggu 3-4 taon ag la. itu dijangkanya..

Read more...

10 December 2011

hakikat sebuah perjuangan..



andai perjuangan ini mudah. pasti ramai menyertainya...
andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah..
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya..

tetapi hakikat perjuangan bukan begitu..
turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan tidak terhingga..

andai rebah bangkitlah semula..
andai terluka ingatlah janjiNya..

p/s : pasti ada kemanisan dihujung sebuah perjuangan (",)
Read more...

08 December 2011

explorasi itu best..


ya. aku suka mencuba. mencuba pelbagai perkara. dengan pelbagai cara..

ekplorasi itu best. walaupun kadang-kadang aku tersalah jalan. walaupun kadang-kadang tersilap perhitungan. walaupun kadang-kadang rebah dijalanan...

namun. itu semua bukan alasan. untuk aku terus berjalan...

akan ku terus meng-EKPLORASI hidup ini. kerana disitu ku jumpa teman. yang bernama PENGALAMAN..

EKPLORASI [ far east feat inteam ]


Telusuri maknawi menjejak hakiki

Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi



Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi



bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat



Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi



Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

p/s : mood menulis itu terbang ke awan tinggi. semoga ia kembali. sebelum idea itu mati..

Read more...

06 December 2011

mutiara #2 : semakin jauh perjalanan..


semakin jauh perjalanan. semakin dekat kematian. semakin bertambah bebanan. semakin kurang keupayaan. hanya IMAN dan keYAKINan mampu mengayuh perahu kehidupan. penuh ketenangan menempuh kehidupan. tuluslah dengan TUHAN. tuluslah sesama insan. berhijrahlah ke arah kebaikan...

p/s : perjalanan yang tiada pernah henti selagi belum tiba ke destinasi :)

Read more...

05 December 2011

beza budak laki dengan budak perempuan..



ssyyhhhhh. ade budak tengah merajuk sambil mucung-muncuk mulut then sorok muke dalam selimut. kih kih kih. atam, sorry. len kali along pujuk erk. hua hua hua. hitler punya kakak...

ok. nak share sket story pasal tadi? pasal bende? psal tadi la. aiyaa. brapa kali maw ulang siaran ni? engat ni astro ke? ok. tak de kaitan. stop..

alhamdulillah. petang tadi buat sekian kalinye jadi ustazah pilihan ganti. saje je. da orang mitak tolong pegi je la kan. agpun bukan wat bende pun dup umah. ngadap skrin tua je. tak lappy tibi. silih berganti. ok ok. masuk point yang sebenar..

tadi, masuk je kelas tengok kelas kosong je. sunyi sepi bak lalu kat kawasan kubor je. dalam hati syukur sangat-sangat. boleh balek awal la napaknye. tetibe. haa. amek ko. bederu budak masuk. rupenye dyorang ngah lepak kat kelas sebelah. aiyaa. ok ok. arini sebenarnye ustazah datang kelas lambat. bukan lambat sangat pun. beberape minit je. yeke? kih3. tapi ustazah ade reason taw. pagi tadi ustazah ade test. blek lambat. tu yang lambat bersiap sket tu. bleh time? hehehe..

so, tanpe biarkan mase tu berlalu. mase kan emas. ustazah pun suh la budak-budak yang kiut miut bak puteri-puteri salju ni keliling ustazah. oh yer, kali ni ustazah kene amek alih kelas budak-budak iqra'..mase round yang pertame tu budak-budak pompuan yang berebut nak bace depan ustazah. see. betape rajennye orang pompuan ni. kihkihkih. mesti la backup kaum sendiri. ye dak?

tapi yang tak bestnye, sumernye jenis yang nak perhatian. maksudnye? ok. takdelah sumer. tapi ade la beberape orang yang kene ustazah tengok baru nak bace. kalau ustazah tak tengok dye dup maen bende laen. dup cuit orang kanan. cuit orang kiri. pusing pusing pensel. ade je kijenye. bile suh bace dye pun bace. bile kite pusing badan siket nak denga budak laen bace. da stop plak dah. aiyaa. abesnye kene tumpukan sepenuh perhatian kat dye sapai la dye abes bace. barulah kene dengar yang laen. yang jadi masalahnye. tang mase la. juz imagine. budak ade ampir 20 orang. nak kene abeskan sumer dalam mase 2 jam. sorang kene bace 10 muke surat. tak pun kalau yang tak berape lancar tu kene bace 1 muke surat je. tapi kene ulang 10 kali. kene pandai-pandai curik la. hohoho

ok. da abes sumer budak pompuan bace. tinggal saf-saf budak laki plak. taem tu mase da ade 45 minit je ag. hati tak yah dup kata la. berdebar tung tang tung tang tak mudah.budak ade lebih kurang 8 orang ag...aiisshhh sempat ke ni..dah la budak laki pulak ni, risao tak terkate. tapi alhamdulillah. rupenye budak laki ag senang nak handle dari budak pompuan. 

ustazah juz kate "ok. bace cepat. awak bace 10 kali erk.." baru je abes skali bace. budak tu pun sibuk nak minum air. ustazah ni pun kate. "ok. awk bace sapai lima kali. lepas tu g minum air." lepas tu punyer la semangat budak tu bace. abes kali kedua. panggil ustazah. "ustazah da dua kali". abes skali round ag. panggil ag ustazah. nak maklumkan berape kali dah dye bace. "bagus. pandai pun awak. bace lagi. siket je ag tu". ag la budak tu semangat nak bace..tersenyum ustazah ni..

yang tak tahan. ade jugak yang wat perlumbaan dengan kawan sebelah. 

"'mung baco brapo doh?"

"tujuh. mung?"

"aku lape doh. hahaha. mung lambat"

"takpo takpo. aku kejar"

sekali harung je da abes sumer bace..senang. kelakar betol budakbudak ni. dah la kecik kecik ag. comey je blake. yang syoknye taem dyorang dup bisingbising mase ustazah dup sign kad rekod dyorang. dup tanding da bace sapai muke surat brape. sekali ag ustazah mampu senyum je..

oh yer, satu beza yang ustazah detect antare budak laki ngan dak pompuan ni. budak laki jenis lebih fokus. memang. sebelum ngadap ustazah tu dyorang dup maen ntah apelah dengan kawan masing-masing. tapi bile da ngadap depan ustazah. dyorang akan fokus. walaupun taem tu kawan-kawan laen dup sambung maen kat blakang tu. dyorang akan bace sapai abes. lepas abes baru sambung maen balek,..

beza ngan dak perempuan. budak pompuan. tengah tengah bace. kalau ade kawan datang tanye nak maen bende apentah. boleh plak layan kawan dye tu. bile suruh sambung bace baru la sambung kejap. lepas tu borak balek ngan kawan dye yang sangat la setie dup nunggu sebelah dye tu..bagus tul..

ape-apepun. sangat la best ngaja budak kecik ni. juz satu je yang tak best. mase betol-betol sharp pukul lima abes ngaja tadi, tak nyempat pun nak ngajar jawi rini. maap yer. budak ramai dari biase. ade jugak budakbudak al-quran klas sebelah nak numpang bacenye..itu yang lambat siket..

ape-ape pun. ustazah doakan sumer anak-anak murid ustazah rajen bace iqra'. cepat-cepat naek al-quran. dan jadi pencinta al-quran..ameenn

p/s : ustazah = cik atin.. hari ini. kenangan terindah

Read more...

03 December 2011

mutiara #1 : apa ada disebalik baik dan jahat..


keBAIKan menyebabkan sinaran putih di wajah, cahaya di dalam hati, keluasan dan kecintaan di dalam hati orang lain. sementara keJAHATan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalama hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian didalam hati orang lain [ ibnu abbas]

Read more...