26 July 2013

apa perlu buat bila malas?


bismillah

nyah kau dari sini virus M !

huwaa. bile malas atau nama pena nya virus M mula menyerang diri. maka bermulalah fenomena ribut taufan dalam hidup seorang manusia. mana tak nye. hanya disebabkan virus yang sebijik nih. abes semua kerja ke laut. jangankan nak buat kerja. nak bangun pun rasa malas. rasa nak beradu atas katil dua puluh tiga jam lima puluh sembilan minit enam puluh saat sehari..

aish. bahaya betol virus M nih !

bagi anda. mangsa mangsa virus M disini ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan untuk menyahaktifkan virus ini. cuba jangan tak cuba

1. jangan dilayan virus ini
kalau dah rasa macam diri diserang bertubi tubi oleh virus M ini. maka amek usaha untuk buat dek je dengan virus ini. jangan pernah bagi muka. lawan sehabes daya. kalau taem tuh ada kerja. buat jugak. walau pun bukan dengan sepenuh hati anda buat kerja tuh etlis anda buat. bile anda selalu buat dek dengan virus M nih lame lame dia akan jemu. give up dan last skali amek langkah terakhir dengan mengangkat kaki mencari mangsa laen. tahniah, sebab anda berjaya membuatkan virus kalah dengan anda !

2. cari kata kata semangat
yeah. kengkadang virus M nih serang kita sebab dia sedar yang kadar motivasi dalam diri kita maken menurun. oleh sebab itu kita mesti dengan lajunya meng-charge-kan kadar motivasi dalam diri kita. antara caranya adalah dengan mencari sumber motivasi itu. ada orang memotivasikan diri dengan mendengar lagu. ada orang dengan membaca buku dan ada juga orang dengan meminjam gambar daripada profesor google. dan bagi saya sendiri. saya selesa dengan berborak borak dengan orang yang saya rasa dapat memotivasikan diri saya. terpulang pada anda. pilih yang mana anda rasa selesa. tepuk dada tanya iman :)

3. ikhlas
kengkadang tuh salah satu penyebab virus M nih menyerang adalah kerana kita tak de minat nak buat bende tuh. betul tak? jadi, jalan terbaek adalah dengan mencuba untuk menanam minat dalam diri sendiri. tapi kalau tak minat jugak nak buat macam mane? dengan menanam ikhlas dalam hati kita. ikhlas nih bende yang susah sebenarnya. sebab dia soal hati. hanya Allah dengan diri sendiri je yang tahu. tapi walau macam mane susah pun. itu bukan alasan untuk kita give up. faham?

haa. cukup lah setakat nih dulu tips nye. banyak banyak kang jemu pulak nak bace :p

salam nuzul quran. engat. alquran khazanah terbaek yang kita ada. baca. hayati. dan amalkan isi kandunganya. insyaAllah. kebahagian pasti dalam genggaman kita semua. selamat beramal =D

Read more...

18 July 2013

buat silap itu normal


bismillah

ni la pekdah dye kalau taem bace novel sampai kat part sedih tertido. lepas tuh mula lah terbawak bawak mood sedih tuh sapai keesokan harinya. dup bad mood seharian. lepas tuh satu kerja pun tak jalan. kalau jalan pun buat banyak silap. dah buat banyak silap tuh mulalah nak emo tak semena. lepas dah emo mulalah rase bersalah =.='

rasa nak hantuk kepale kat dinding pun ada. tak pun nak bungkus badan dalam selimut harry porter. aci tak?

hey, rilek. rilek !

buat silap itu normal. mane ade manusia yang sempurna. ye dak? even elien pun ade silap jejak planet. eh?

kang orang orang tua selalu pesan. belajar dari kesilapan. so. tak salah pun klu wat silap. yang salahnya kalau wat silap lepas tuh tak nak amek pengajaran. lepas tuh dup ulang kesilapan yang sama. haa. yang nih memang salah kuasa mega lah..

engat !

setiap yang terjadi dalam hidup kita nih adalah ibrah terbaek untuk kita. bak kata orang. pengalaman guru terbaek kehidupan. again. tak de orang yang perfect !

jangan risau. rase bersalah itu kejap je. sari dua ag baek lah. jangan dup tegang tegang muke sangat. kalau rase nak nanges. nanges je. kalau rase malu nak nanges. gi cari teman. sebab malu kalau nak nanges taem ade orang :p

okey lah. tak leh tulis panjang panjang. sat gi ade kelas. kang ustazah tutup pintu plak kalau lambat lambat. doakan kitew yer =)



Read more...

14 July 2013

kisah si bubur sagu


bismillah..

ini kisah taem bukak pose tadi. yelah. bukan senang nak balek umah and kumpul satu femli. dah balek macam bese lah an. saje nak bermanje dengan walid walidah.

aku : walidah, ari nih kita masak bubur sagu erk wat bukak pose?

walidah : tak de barang. nanti suruh walid beli je la kat bazar

tiba-tiba aku nampak walid amek kunci kereta dan nak keluar rumah. dalam fikiran aku walid mesti nak gi bazar tuh. nak gi beli bubur sagu. sayang jugak walid ke aku yer. dah la taem tuh hari macam nak hujan..

tak lama kemudian. walid pun sampai umah. aih. kejap nye..

walid : nah. ni sagu ada. santan ade, halba pun ade. masak sendiri. kate nak makan bubur sagu an?

aku : aiyaa. engat an gi beli bubur sagu dah siap kat bazar. rupenye gi beli barang untuk bubur sagu. sabar je la *opkos la aku cakap dalam hati je an taem nih*

maka, aku dengan separuh hatinya masak lah bubur sagu ala ala amatur.. maka, jadilah sebagaimana gambar di atas. nampak ak bubur sagu aku warna ape?

biru + pink !

opkos la. tu kan warne feberet aku. dah aku yang masak. warne pun opkos la ikot kepale aku. kih3

nah, resepi ringkas dari aku. sape nak try tuh boleh la :)

Bahan :

1. sagu
2. santan
3. halba
4. sedikit garam
5. sedikit gula
6. daun pandan

Cara Nak Buatnya
rendam sagu tuh dalam air panas sebab nak kasi sagu tuh kembang. sebelum tuh bilas sagu tuh bawah air. jangan beriyer sangat nak membilas tuh. cukup sekadar lalu bawah air je..

lepas tuh tinggalkan si sagu tuh. kite concentrate pade santan. masukan santan dalam periuk yang ade atas dapur. bukak api and kacau. jangan berenti kacau taw. kang santan tuh pecah dah tak lawa and sedap rase dye. lepas tuh masukan sedikit gula, garam.

bila santan dah mendidih. masukan sagu yang dikepal kepal. kalau rase malas nak kepal sagu tuh gune je sudu. tapi rupe dye tak lawa la. macam yang aku punyer tuh..

last skali masukan halba ngan daun pandan. daun pandan tuh nak kasi bubur tuh wangi siket.. dah menggelegak tuh angkat masuk dalam mangkuk and nah, siap untuk dimakan

sekian, resepi ringkas dari dapur cik atin. renung renungkan dan selamat mencuba !
Read more...

13 July 2013

sahur oh sahur


Assalamualaikum semua. Macam mane dengan puasa kalian hari ini? Masih mampu bertahan? Alhamdulillah. Tahniah. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri.
Untuk edisi kali ini kita akan membicarakan tentang salah satu aktiviti yang sememangnya sangat sinonim dengan bulan puasa. Okey. Siapa tahu boleh angkat tangan tinggi-tinggi. Siapa yang tak tahu jangan risau. Ini ada jawapannya. Jeng jeng jeng
Jawapannya adalah sahur
sahur dalam erti kata yang mudah ialah kita makan sebelum masuk waktu subuh. kiranye macam ganti sarapan pagi la. macam yang kita semua tahu sarapan pagi sangat penting sebab ia akan membekalkan tenaga untuk kite menjalani keh­idupan seharian kita pada hari itu. sama juga dalam kes sahur. Islam sangat menggalakkan umatnya yang berpuase untuk bersahur.

"bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan." [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

tetapi bagi golongan pelajar terutamanya yang tinggal diasrama dan jauh dari keluarga. oh yer. orang bujang pun termasuk dalam senarai sekali nyer. kebanyakan kita akan ambil ringan sahaja dengan sahur ni. kadang-kadang tu memang rasa malas sangat nak bangun sahur. Kadang-kadang tuh rajin dah nak bangun tetapi sebab makanan untuk sahur macam tak ada kita pun ambil jalan mudah dengan sambung tido kembali dan tinggalkan sesi bersahur. Walau apa pun alasan kita perlu ingat sahur tidak semestinya dengan makanan berat, hatta dengan memakan sebijik kurma atau air seteguk pun itu sudah dikira bersahur.

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih). 

Kite juga disunatkan untuk memperlewatkan sahur dengan harapan selepas sahur kite boleh terus berjemaah subuh pula. selepas subuh boleh lah baca al-quran sehelai dua. Boleh Nampak tak rangkaian kes sahur nih? insyaAllah banyak pahala yang kita boleh dapat pada hari itu. hidup pun insyaAllah lagi berkat. 
"sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa" [riwayat Ahmad]
Jom bangun sahur esok !






Read more...

12 July 2013

Kerana Dia


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dah selamat jalan malam aprisiasi seni bersempena dengan sambutan hari guru peringkat IPG tengku ampuan afzan. dalam banyak banyak persembahan malam tuh aku hanya terlibat dengan dua persembahan. satu persembahan teater. satu persembahan kompang formasi. untuk entry kali nih kite review pasal persembahan teater dulu. ade mase kite review pasal kompang formasi pulak

teater kali nih bertajuk Kerana Dia. menggabungkan teater absurd dan musikal. teater kali ini mengangkat tema tentang dunia guru pendidikan khas. sungguh menjadi guru pendidikan khas memerlukan kesabaran sebab bukan mudah nak mengajar kanak-kanak istimewa nih..

sebenarnya dunia pendidikan khas sangat dekat dengan aku. sejujurnya nya teater kali nih adalah hadiah untuk walid. sejak walid jadi cekgu pendidikan khas untuk beberapa tahun nih aku selalu dihidangkan dengan cerita-cerita kanak-kanak istimewa ini. walaupun perkembangan mereka agak lambat tapi apabila mereka mampu lakukan apa yang diajar itu merupakan satu kepuasan bagi seorang guru. mebi perkara yang mereka lakukan tuh nampak kecik di mata kita tapi sebenarnya ianya amat besar nilainya bagi seorang kanak-kanak istimewa..

dan sebenarnya kanak-kanak istimewa ini jika diberi ruang dan peluang sebaiknya mereka mampu berjaya seperti kanak-kanak lain. cume mereka memerlukan perhatian yang khusus dan pastinya kesabaran serta kekreatifan yang sangat tinggi dari guru guru..

untuk teater kali nih aku incharge bahagian lighting. nih kirenye pestime maen dengan lighthing. sebelum nih besenye maen dengan promter je. penah la handle bahagian buku program taem teater tiga tun bersempenan dengan jubli perak. pengarahan dan pengurusan taem tetaer al-fateh. 

agak mencabar sebenarnye bile jage lighting nih sebab kene sentiase alert. especially alert dengan team audio sebab lighting ngan audio saling berkait. dan lighting pun selalu berubah ubah ikot situasi. jadi kene banyak buat perubahan. ade kalanya lighting berubah taem last minit. jadi nak tak nak memang tahap ke-alert-an tuh kene sentiasa dimaksimumkan..

alhamdulillah. tahniah pada team GITA (gabungan insan teater afzan) sebab dapat pujian dari banyak pihak malam tuh. GITA dah selangkah ke depan lagi. teruskan berjuang untuk mengangkat martabat teater dalam menyampaiakan mesej berguna pada masyarakat

terime kaseh semua atas segala kenangan. seronok bekerja bersama kalian :)

Read more...

10 July 2013

punye semangat nak balek


bismillah..

demam + batuk + selesema + saket tekak + ulser. pakej lengkap ujian di bulan ramadhan.. alhamdulillah

besenye deman sekali je setahun tapi masuk yang ni kali kedua demam untuk tahun nih. mebi antibodi tak berape nak kuat.. tapi naseb baek la hanya demam taem malam je. bile siang kurang siket panas dia. boleh la nak settlekan kerja yang maseh berbaki..

biaselah. bile badan tak berape nak sehat nih. memang fikiran melayang ke rumah je la. sokmo terdengar dengar suare mumtaz. aiyaa. rindu. rindu. kalau ikot kata hati nak je balek umah weekend nih tapi bile tengok je list-to-do tuh memang tak daye lah nak balek. 

tapi alhamdulillah. kerja yang dijangka siap dalam seminggu dapat disettlekan dalam mase dua hari. mebi sebab semangat nak balek tengah membuak-buak. haa. boleh la balek umah dengan tenang dan aman damai. umah. tunggukan kedatangan ai yer =)

alhamdulillah. dah selamat jalan semua projek yang dirancang sebelum bulan ramadhan. sekarang nih fokus untuk dua tiga projek je lagi sepanjang bulan puasa nih. moga Allah permudahkan

insyaAllah. ade mase nanti akan review beberapa projek yang dah selamat jalan..


Read more...

09 July 2013

salam ramadhan 1434H


bismillah

tahukah anda sebenarnya ramadhan dah sampai?

alhamdulillah. alhamdulillah. marhaban ya ramadhan. akhirnye ramadhan yang ditunggu tunggu selamat tiba. alhamdulillah. Allah maseh pinjamkan usia untuk menikmati ramadhan kali ini. semoga berkesempatan untuk menjalani hari hari di dalam ramadhan 1434H hingga ke hujungnya. biiznillah

semoga kita semua dapat manfaatkan ramadhan kali ini dengan semaksimum mungkin. mungkin sebelum nih kita terlalu sibuk berkejar dengan urusan dunia yang tidak pernah putus. ini lah masa untuk slow down siket  urusan dunia dan memberikan tumpuan penuh kepada bulan ramadhan yang mulia nih..

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(HR Bukhari & Muslim)

ramadhan datang sebulan sekali dalam dua belas bulan. tiga puluh hari dalam tiga ratu enam puluh lima hari. nak nak pulak Allah dah janjikan bulan ramadhan nih dengan keberkatannya, keampunannnya dan juga akan melipat gandakan pahala bagi mereka yang berusaha melakukan amal kebaikan dalam bulan yang mulia nih..

tak kan maseh nak sia-siakan peluang keemasan ini? inilah mase untuk menggali sedalamnya lombong pahala..

semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. semoga segala amalan kita di dalam ramadhan kali ini diterima oleh Allah. ameen

selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia..

p/s : rindu kenangan ramadhan dua tahun lepas. Allah Allah T__T

Read more...

02 July 2013

klinik al-fatihah


bismillah

alhamdulillah. weekend lepas dah selamat jadi salah sorang fasilitator untuk program klinik al-fatihah. klinik al-fatihah nih bersempena dengan karnival badan dakwah sekolah menengah agama padang tengku. sekolah nih agak dekat jugak dengan IPG afzan nih haa..

macam kita tahu. antara surah yang agak femes dalam kalangan kita sumer adalah surah al-fatihah. mana tak nye. sekurang kurangnya kita bace surah al-fatihah sebanyak tujuh belas kali dalam sehari. dua kali dalam solat subuh. empat kali dalam solat zohor. empat kali dalam solat asar. tiga kali dalam solat maghrib dan empat kali dalam solat isya'. ye dak?

dalam surah al-fatihah ade tujuh ayat termasuk dengan bismillah hirrahma nirrahim. keseluruhan surah al-fatihah ade dua puluh lima patah perkataan bersamaan dengan seratus lima puluh enam huruf. kalau tak percaya sile bukak al-quran sekarang dan aplikasikan kemahiran matematik anda. sekian, terime kaseh

selaen tuh surah al-fatihah jugak adalah merupakan salah satu dari tiga belas rukun solat. sumer orang maklum kan kalau kita salah atau tertinggal salah satu rukun solat maka solat kita tidak sah. tak ke wat penat je. jadi, nak tak nak. kita memang kene pastikan surah al-fatihah yang kita baca adalah betul dari segi sebutan dan tajwid nya. begitu juga dengan susunan ayat nye..

alhamdulillah. sambutan agak menggalakkan. kerjasama daripada pelajar pelajar dan guru guru juga sangat osem. harap harapnya perkongsian selama setengah hari tuh bersama adek adek sekolah menengah agama padang tengku tuh dapat memberi manfaat pada kalian. 

terime kaseh juga atas segala kenangan..


Read more...