24 May 2012

perlu jadi baik dulu ke?



bismillah

semudah ABC je manusia nak judge orang an? ok. itu skeptikal orang malaysia atau skeptikal orang seluruh dunia?

kenape bile orang sapaikan sesuatu yang baek. kite mesti tolak mentah-mentah. dengan alasan dye yang menyampaikan isi itu bukan orang baek..

"ah, kau nak cakap pasal solat. baju pun pakai sendat-sendat. tudung pun pakai cukup syarat.. "

laaa. pulak dah. abes tuh. kene jadi baek dulu baru boleh sapaikan bende baek? at least dye ade kesedaran untuk sapaikan sesuatu yang baek. in fact, Rasulullah pun pesan suruh sapaikan daripada baginda walaupun satu ayat. nape kita manusia biase nak halang orang sapaikan bende baek pulak?

engat. hati manusia ni Allah yang pegang. even hari ni dye pakai terdedah sane. terdedah sini. mungkin esok pakaian dye lagi terjage dari kita. even hari ini dye lantang mencarut sana sini. mungkin esok dyelah insan yang paling lembut dalam berkata. even hari ini dye insan yang terhuyung hayang sane sini tak kenal siang malam. mungkin esok dye insan yang saban malam bangun bertahajud pada ALLAH. tak mustahil bukan?

again. sebab hati manusia Allah yang pegang.

jadi, konklusi dye. jangan memandai nak judge orang. tengok pada apa yang nak disampaikan bukan pada siapa yang menyampaikan.. pandang manusia dengan kebaikan bukan keburukan. boleh?

tarik diri dulu. assalamualaikum :D

Read more...

10 May 2012

dia juga manusia. bukan malaikat


bismillah..

oh, budak 'agama' memang kene sempurna erk? memang tak leh wat salah erk?

---------------------------------------------------------------------------------------------
note : maaflah, emosi agak kehadapan siket !

tolong jangan pernah letak ketepi. kenyataan bahawa manusia itu tidak pernah sempurna. dan kompemnye budak 'agama' pun tergolong dalam golongan manusia. dah namepun manusia. pasti melakukan kesilapan..

bile terjadinya suatu kesilapan. jangan sewenang-wenangnye mencemuh orang yang melakukan kesalahan. lagi pedehh dikaitkan dengan bende-bende peribadi.

"ah, harap je pakai tudung labuh. perangai ....... "

"cis. budak sekolah agama pun bla bla bla. baek budak sekolah biase .... "

jangan kerana nila setitik. abes susu se-tong besar rosak plak. jangan kerana sorang yang wat salah. abes sekumpulan masyarakat budak 'agama' ditomahnye. baeknye. kite mencemuh apa kesalahan yang dilakukan. bukan siapa yang melakukan kesalahan tuuhh..

engat. siapa kite nak judge orang baek ke tak. sedangkan kite pun turut bernama manusia. pasti melakukan kesilapan. mungkin kesilapan yang kita lakukan tidak ter-expose di khalayak ramai. bukan bermakne kite dah baek. tapi sebab Allah sembunyikan kesilapan kite tuh. Allah tutup aib kite. jadi, kenape kite sewenang-wenangnye nak bukak aib manusia laen?

dari dup cemuh orang tak tentu pasal. ape kate gi tolong basuh baju aku yang membukit dalam raga kaen tuh. ade gak pekdah dye. selaen isi masa lapang. dapat gak tingkatkan ke-taff-an diri anda >,<

kang, bebel panjang-panjang. dapat pulak pangkat nenek tak memasal. tarik diri dulu. assalamualaikum :D

Read more...

06 May 2012

berangan itu memang indah..


air dan langit itu sumber inspirasi tok berangan >,<
bismillah..

mata macam tertangkap merenung tajam-tajam deretan novel yang berdiri tegak di almari usang itu. tetibe je jantung terdetik kata :

"aku rase macam mahu jadi penulis novel la plak"

----------------------------------------------------------------------------------------------

inilah pekdah dye. kalau angen angan-angan mule menerjah dalam kamus hidup aku. oh, sungguhlah berangan itu sungguh ohsem. nak-nak lak operasi berangan sambil goyang kaki tu taem kije tengah tak berape nak ade. memang boleh masuk dalam list partime job unofficially.. ha3

ok. tak salah berangan sebenarnye. sebab dari angan-angan terbina impian. dari impian terbina keazaman. dari keazaman terbina kesungguhan. insyaALLAH. biiznillah. jadi kenyataan plak. sape taw an? jadi, jangan give up dari terus berangan. ooppss

oh, berangan itu sungguh indah. sebab angan-angan itu catalyst ke-kretiviti-an. tapi lagi indah kalau angan-angan itu disusuli dengan tindakan. ok. nak bercakap memang semudah memetik jari. nak boleh ke bertindak tu. memang macam siput sedut keabesan minyak kat tengah hutan la..

amek contoh budak maktab berangan nak dapat pointer four-flat-lapan-sem-turut-turut. itu memang angan-angan setinggi langit nan indah. tapi memang mustahil lah an nak dapat except kene rajen ketuk-ketuk diri nak kasi pulun esemen siap ohsem pada masenye, nak kasi UAK and exam ohsem taem menjawabnye. nak kasi ISL ohsem tersusun dalam fail. nak kasi kelas tak penah tuang. itu bukan mudah. jadi, berangan itu boleh. tapi tindakan kene selari dengan rentaknye.. setuju?

oh yer. paling petim doa. usaha banyak mane pun. kalau Allah tak izin memang tak jadi. so, jangan lupe dalam ape jua tindakan yang kite nak wat dalam kehidupan ni. kene banyak-banyak berdoa. moga ALLAH izinkan. mintak ALLAH permudahkan..

ooppss. inilah namenye bicara terabur tanpe tersusun. tapi tangan maseh gatal nak menaip. ape-apepun. terime kaseh darknour sudi layan aku berangan hari ini. ok. mase untuk tido setelah penat berangan. assalamualaikum :D

Read more...

04 May 2012

entry picisan

bila aty dah mula melayang. bukak buku lame manepun. maseh tak mampu nak hadam

bismillah..

lewat minggu ini. hati banyak gelisah dari tenang. empangan titisan jernih asyik melimpah keluar. sangat murah je mengalir laju. tak semena-mena tanpa sebab. (betol lah kate tekno. aku taklah skuat mane)

berite demi berite. pak chu operate mate. pak cik him ditahan wad muntah berdarah. teh asyik migrain. achik tertunjal dada taem latihan teak wan do. azreen terlantar kat hospital exciden petang semalam. cukup buat aku tak duduk diam. Allahu rabbi. hanya ALLAH je tempat bergantung harap.

peluang cuti tiga hari kene gune semanfaat yang mungkin. pulang rumah walaupun taw kemungkinan untuk study itu sangat  besar. tak kesah. janji dapat tengok muke mak ayah. dapat pinjam siket kekuatan.

terengat kate-kate :

3 perkara yang bila kita melihatnya akan mendapat pahala :
  1. lihat ayat-ayat al-quran
  2. lihat kaabah
  3. lihat wajah mak ayah
 minggu depan study week dah mula. tapi aktiviti macam full. merentas desa. sukan. 'konvo' BIG. campur tolak kali bahagi. ade 3-4 hari ballance tok study. mampu ke? usaha je stakat yang mampu. the rest. serah pada ALLAH. agpun ALLAH lihat pada usaha kan? bukan pada hasil...

sebelum maghrib dah sapai umah. peluk walidah kemas-kemas. rase terluah rindu. even ari-ari denga suare di hujung corong telefon. tengok muke taem berskype. tapi tak same bile dapat lihat depan-depan. dapat cium pegang tangan. Alhamdulillah..

apa ag. operasi menyakat adek-adek pun bermula. suspek utama. opkos mumtaz si budak kecik. tapi kene slow down sket la. sebab dye tengah demam.. tapi sakat tetap sakat. paling tak leh tahan. lantang je mumtaz komen tadi. "along gemuk". ceyh. gemuk gemuk ku. tetap kakak mu jua. ha3

betol lah, ujian Allah itu datang tanpa dipinta. dan nikmat ketenangan itu akan mula terase setelah diuji. terime kaseh pada kawan-kawan. sahabat-sahabat. aisyah. maira. idah. mUn. teha. che'Yah. sentiase teguh bagi semangat. sanggup tahan telinga bergayut saban malam. **siyes, kredit mengalir macam air je minggu ni

ok. sekian, entry picisan. sekadar menyapu abuk dan debu blog. :D



Read more...