28 February 2013

disebalik senyumanmu


bismillah

masa : 
hujung minggu lepas

tempat :
KL central

sementara menunggu tren datang. dan dan je nampak bangku menunggu kosong. aku lepaskan lelah kejap kat situ. bertemankan dia kat sebelah. kami berborak..

sape sangke. disebalek ceria ketawanya. riang gumbiranya. celoteh murainya. terselit kisah sayu dalam kanvas hidupnya. aku hanya mampu kaku menadah telinga sambil jiwa menahan panas air mate menuruni pipi

" dah lama sebenarnye aku saket. dari hujung form five. tapi baru tahun lepas doktor baru sahkan penyakit aku yang sebetolnya. penah sampai tahap aku dah jemu nak gi spital. saban bulan. tapi doktor tak dapat nak sahkan penyakit aku. jemu makan ubat saban hari. sampai tahap tak nak makan ubat dah. tapi kalau tak makan ubat aku akan rase saket "

aku terdiam

" tapi aku redha dengan apa yang Allah bagi pada aku. ni ujian untuk aku. Allah tak akan uji dengan apa yang aku tak mampu nak hadapi. jadi. nak tak nak aku kene kuat "

aku sebak

" tapi ade hikmah Allah uji aku dengan penyakit nih. sekarang aku lagi hargai nikmat kesehatan. aku sekarang memang betol betol jaga kesehatan. aku elak makan makanan yang mengarut ngarut. seboleh mungkin aku makan makanan berkhasiat "

mata aku panas

" aku sekarang rase lagi dekat dengan Allah. bukan nak kate taem kita sehat kita lupakan Allah. tapi bile kita saket kita lagi engat Allah kan. aku tak tahu sampai bile Allah nak pinjamkan nyawa pada aku. aku redha kalau Allah nak ambik nyawa aku pun. tapi selagi aku hidup. aku akan cuba untuk kuat "

takung air mata aku pecah

aku sungguh tak sangka aku ade kawan sekuat dye. setabah dye. langsung aku tak pernah sangke disebalek ke-brutal-an dye tersimpan kekuatan sekuat badang. moga tabah sahabat. doa aku sentiasa mengiringi dirimu

tren tiba. dan sebaek badan ditelan masuk didalam segerombolan manusia. kami terpisah. namun cerita itu maseh lekat kukuh dalam kepale aku sampai sekarang



Read more...

13 February 2013

kembara ujian


bismillah

bila kita yakin Allah bagi ujian untuk tarbiah kita, kita terasa tenang walau saket maseh berbaki, walau langkah terasa payah, tapi hati terus segar untuk meneruskan perjalanan.

jadi, jangan sesekali berdukacita andai hidup dilanda musibah. jangan berputus asa tatkala gelora dugaan membadai pantai kehidupan kita. jangan sesekali menjadikan segala cubaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan selimut keimanan daripada jiwa kita. 

sebaliknya engatlah betapa segala ujian dan cabaran itu didatangkan bersama hikmah untuk menguji kita. ia umpama ujian yang ingin menilai tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Dia

moga selamat dalam kembara ujian :D

Read more...

09 February 2013

mesej ukhwah


bismillah

teeet. teeet. sebijik mesep selamat masuk dalam inbox sebuah telefon. tangan laju menekan butang. tersenyum sendiri bila membaca kata kata itu. makanya ingin aku nukilkan di blog ni kata kata itu :)

katanya :

ukhwah itu di hati. walau bersendirian ia pasti menemani. bukan dimusuhi. tapi disayangi bukan dilupai. tapi didingati. setiap yang manis mampu dikenangi. walau tiada dimata. ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal didasar hati. bukan hanya disini. tapi dimana jua. bukan setakat ini. tetapi hingga hujung nyawa. ukhwah fillah <3

terime kaseh kak teha :)

Read more...

08 February 2013

duet banyak belum tentu mencukupi


bismillah

salam jumaat sumer. sape sape yang belum bace surah al-kahfi. dipersilakan dengan segale hormatnya. sempat lagi nih :)

alhamdulillah. due tiga hari ni. kalau jumpe dengan member member muke berseri meri blakenye. mane tak nye. incik elaun dan puan baucer buku dah selamat mendarat dalam akaun bank masing masing. make tersenyum selebar wilayah celcom lah blake. incik ATM pulak tidak putus putus diziarahi oleh warge afzan. sapai kengkadang out of service..

alhamdulillah. sebagai guru pelatih maktab bersyukur sangat sangat. walaupun tidaklah semewah orang yang dapat biasiswa. sekurang kurangnya kami tidak perlu bayar balek elaun tersebut sebagaimana rakan rakan di IPT yang membuat pinjaman PTPTN. 

mewah memang tak mewah manelah kalau nak kire ke elaun yang dapat. ditambah plak dengan kos hidup yang agak tinggi di kawasan kuala lipis nih (padanlah dengan nama samaran dye litle london) :p

tapi bile berkate tentang duet memang tak penah sudah. ade yang kata elaun yang ade nih cukup cukup makan je. banyak suare suare yang nak mintak elaun dinaekkan. (moge hasrat ini tercapai nanti. ameen) tapi ade je kalangan member member yang siap boleh kirim lagi elaun dyorang ke parent yang ade kat kampung halaman (moge Allah berkati hidup kalian)

saya berpegang bahawa. nilai duet bukan terletak pada banyak atau sedikit. sebab ade je orang yang banyak duet tapi tak pernah rase mencukupi. tengok tengok. tak sampai hujung bulan. eh. dah abes duetnye. mulelah muke masam masam manis. gelisah macam cacing kerawit nak tunggu gaji seterusnya. ade plak yang duetnye sedikit saje. tapi tenang aje hidupnye. siap boleh sedekah ke sana ke sini lagi. hidup pun bahagia je. ^_^


KEYWORD : keberkatan

ye. keberkatan. duet yang berasal dari sumber yang halal. diperoleh dengan care yang halal. disitulah membawa keberkatan pade rezeki yang diperoleh

maap. entry ini ditulis spontan tanpa ade perancangan. mohon maap atas kecelaruan idea dan ayat. nak bersiap siap kemas barang plak. kejap lagi nak gerak balek kampung halaman. maap salah silap. assalamualaikum :)





Read more...

02 February 2013

tentang tiga perkara

bismillah
 salam jumaat sumer. jom muhasabah diri tentang tiga perkara :
Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti : 1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
 di-kopi-pasta dari mukabuku


Read more...