09 June 2012

jadual perlawanan euro 2012


bismillah

musim bola mendarat dengan selamatnya. maka lepas ni boleh la tengok ramai yang dup terpacak kat depan tv. tak pun lepak ramai ramai kat kedai sambil sambil minum kopi. 

nah. spesel untuk peminat peminat bola sekalian. jadual perlawanan untuk anda :

Kumpulan A

8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE 
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH 
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA 
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH 
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA 
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND


Kumpulan B
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK 
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL 
13 Jun - 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
17 Jun - 02.45 pagi | PORTUGAL vs BELANDA
17 Jun - 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN


Kumpulan C
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI 
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA 
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND 
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA 
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL 
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND


Kumpulan D 
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND 
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN 
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND 
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS 
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE 
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS

** maseh berkire kire nak sokong pasukan mane. kih3

alang alang berjaga tengok bola tuh. ape salahnya solat sunat 2 rakaat dulu. tarik diri dulu. assalamualaikum :D

Read more...

05 June 2012

apa yang perlu dibuat bile rindu menjelma?


bismillah

" dia terbaring lesu dia atas katil puteh hospital tuuh. tadi nurse baru je selesai meng-inject dia dengan tusukan ubat penenang. dye meracau.. menjerit-jerit memanggil ibu dia. mungkin kerana dye rindukan arwah ibunya yang amper setahun meninggalkan dunia yang fana ini.. "

betol lah kan. rindu ni perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata secara tepat. hanye orang yang merasainya sahaja tahu bagaimana rasanya. perit. ya. sungguh perit bile rase rindu mula menjelma. dan rindu itu biasanya terjadi sebab jarak yang terpisah. dan rindu itu akan terurai bile kite dapat berjumpe dengan orang yang kita rindu tuuh. ceeewaaahhh. dah mule letak kaki sebelah dalam alam jiwang napaknye. >,<

ok. untung orang dapat berjumpe dengan orang yang dia rindu. tapi macam mane pulak dengan orang yang memang tak kan dapat jumpe secara realiti dengan orang yang dye rindu? perit an menanggung rindu !

oh. bagi mereka. insan ini. saya mungkin ade tips yang kalian dan kite boleh gune bersama..

tiap kali rase rindu itu menjelma. titipkan al-fatihah buat mereka. moge syafaat al-fatihah itu sapai pade mereka.

tiap kali rase rindu itu menjelma. amek al-quran. sedekahkan bacaan kalam-kalam Allah pada mereka. dalam mase yang sama membaca kalam Allah itu dapat menenangkan jiwa.. percayalah !

tiap kali rase rindu itu menjelma. banyak-banyak engatkan Allah. engat. bahawa sumer ini ketentuan nya. Allah menguji kite dengan kehilangan itu. dan pastinye kita kuat untuk menghadapinya. Allah tak kan uji kalau kita tak kuat. Allah uji sebab Allah sayang. be strong !

tiap kali rase rindu itu menjelma. pejamkan mate. bayangkan detik dan saat indah anda bersama. senyum. bersyukur. sekurang-kurangnya kita maseh ade kenangan indah yang boleh dikenang !

tiap kali rase rindu itu menjelma. cepat-cepat amek wuduk. baring dan lelapkan mate anda. mane taw. mereka yang anda rindui akan hadir dalam mimpi anda. Allah taw setiap apa dalam hati kita !

tiap kali rase rindu itu menjelma. rajenkan diri bangun dipertiga malam. waktu yang sangat tenang. waktu yang sangat sesuai untuk adukan rase rindu itu pada Allah. engat. Allah yang kurniakan rase rindu itu. dan Allah jualah yang ada pengubatnya !

mungkin tips ini berkesan. dan mungkin jugak tak berkesan. tapi tak salah mencubakan? tarik diri dulu. assalamualaikum :D

Read more...

04 June 2012

cerpen #1 ; part 1

matanya bagai ditangkap merenung tajam-tajam ke arah bungkusan hitam berkilat yang kaku di atas meja studynya sejak dua jam yang lepas. befdey present dari 'bekas' kawan baeknya. antara ego dan keinginan. silih berganti di dalam dirinya. 

akhirnya, ego mengalah. penat berperang dengan keinginan yang membuak-buak bagai lahar gunung berapi. perlahan-perlahan tangannya mengoyakkan kertas hitam yang setia membaluti bungkusan itu.

"cantik " itu frasa pertama yang keluar saat matanya terlihat rahsia disebalik bungkusan hitam itu.

ah. sudah. ego mula memainkan peranan.

"alah, nak tunjuk baek lah tu, mentang-mentang dah jadi alim sekarang. dah pandai bagi kasi aku al-quran yer. nak perli aku lah tuuu"

al-quran bercover pink itu diletaknya di rak buku di sudut meja studynya. pink. warna feberetnya.

"tak sangka. engat lagi yer kau warne feberet aku"

penat bermaen perasaan. akhirnya katil yang dituju. melayakkan badan. berpaksa-paksaan memejamkan mata. menghilangkan segala kekusutan hati.

"ah, maken dewasa. maken banyak masalahnya. nak je aku suruh doreamon tuh bagi pinjam pintu masa dye. elok je aku boleh balek zaman kanak-kanak ribena aku. best wooo"

dalam berangan akhirnya matanya terpejam. membawanya jaoh ke alam mimpi. 

bersambung..

p/s : cubaan pertama menulis cerpen

Read more...