26 January 2012

hati-hati menjaga hati..



assalamualaikum sumer..

tahukah anda hati merupakan organ yang peka?

secara medicalnya. ia berfungsi menapis pelbagai bahan dalam darah. kita memilih apa yang ingin dimakan dan diminum. cuma kelebihan sifat hati ialah jika sel-selnya rosak. ia aktif menggantikan yang baru. tetapi jika banyak tapisan yang berlaku atau jangkitan kuman. ia boleh rosak teruk dan sukar diubati. 

begitu jugak hati dari sudut rohani. dalamnya ada iman. ianya menapis segala anasir dari luar, baik atau buruk. siket-siket hati kita boleh menampungnya. jika terlalu banyak anasir-anasir buruk dan dosa yang kita sengaja telan. lama-lama iman di dalam hati tidak dapat menapisnya lalu rosak dan sukar diubati..

itulah hati..

jika secara fizikalnya rosak, hidup kita sukar dan boleh menyebabkan kematian dan kita menyedarinya. jika secara rohaninya rosak. hidup kita tidak bermakna sekalipun kita sehat tapi kita tidak menyedarinya..

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada sebuku daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu adalah hati."

2 comments:

  1. terime kaseh atas sokongan ko. sokongan ko amat aku hargai. ^___^

    ReplyDelete