05 September 2012

farrah natiqah : semoga terus kuat sayang !



bismillah

awal pagi : 29 julai 2012

"salam, fatin ada x beras dan pati kiub? aku nk wt bubur la. Huhu"

2 jam kemudian :

"ade2.. Jap ag aq anta.. "

beberapa minit berlalu :

"fatin dah ade.."

itulah cebisan mesej yang kau hantar pada pagi hujung minggu tuuh. perbualan singkat. tapi sentiase melekat dalam kotak ingatan aku. mane taknye. pade petang hari kejadian aku dapat tahu kau dibawak balek ke rumah sebelum dimasukkan ke hospital keesokan harinya. dan dari saat itu hinggalah hari ini. kau maseh disana..

farah, siyes, sapai hari ni ke-terkilan-an maseh menebal dalam diri aku. farah, aku mitak maap banyak banyak sebab tak dapat masak bubur untuk kau pagi tuuh. maap kerana mendahulukan keletihan diri berbanding kepentingan diri kau. maapkan aku..

farah, kuatkan semangat sayang. kau dah janji dengan aku kau nak bagi resepi kueh rayer yang kau buatkan untuk aku tahun lepas an. aku teringin nak makan kueh rayer tuuh lagi. kau taw kan aku kuat makan?

farah, aku dah mulakan cerpen yang kedua. kau janji dengan aku kau nak betolkan kesalahan ejaan dan tatabahasa aku kan. bangun farah. aku tunggu janji kau. aku tak de semangat nak siapkan cerpen aku..

farah, kau bebelkan aku sebab tak makan ubat an bile saket. sekarang, aku dah makan ubat farah. aku dengar cakap kau. bangun sayang..

farah, kau engat tak kata-kata ni :

"hidup itu macam pelangi.. pelangi yang sangat indah.. pelangi tu akan indah dengan senyuman kite. jadi kite kene sentiase senyum"

dulu spesis yang susah nak senyum an. sekarang, walau sedey macam manepun aku cuba untuk senyum farah. aku senyum..

farah, aku rindu senyuman kau. aku rindu nak dengar suare ko ber-chot-chet ngan aku. aku rindu kau farah.. tolong kuat. semoga kuat. dan aku taw kau kuat..

# keajaiban itu tidak mustahil. DOA dan terus berdoa..

2 comments:

  1. sedeyhhhhhhhh....rindu kat farrah

    ReplyDelete
  2. sumer orang rindukan dye. doa semoga farah kuat

    ReplyDelete