13 February 2013

kembara ujian


bismillah

bila kita yakin Allah bagi ujian untuk tarbiah kita, kita terasa tenang walau saket maseh berbaki, walau langkah terasa payah, tapi hati terus segar untuk meneruskan perjalanan.

jadi, jangan sesekali berdukacita andai hidup dilanda musibah. jangan berputus asa tatkala gelora dugaan membadai pantai kehidupan kita. jangan sesekali menjadikan segala cubaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan selimut keimanan daripada jiwa kita. 

sebaliknya engatlah betapa segala ujian dan cabaran itu didatangkan bersama hikmah untuk menguji kita. ia umpama ujian yang ingin menilai tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Dia

moga selamat dalam kembara ujian :D

6 comments:

  1. moga kita sentiasa menjadi hambanya yang sentiasa redha dalam mengharungi ujian dan dugaanNYA..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. allhummma ameen. moge kita selamat dalam kembara ujian dan dugaan hidup :)

      Delete
  2. musibah itu satu anugerah.
    Peringatan DIA buat kita bahawa DIA lebih hampir kepada kita.

    Ingat tak? Hee~~~~

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. anugerah terindah Pencipta kepada hambaNya :)

      moga Allah redha dengan setiap gerak kerja kita.

      Delete