04 May 2013

PRU 13 : kuasa sepatutnya menyatupadukan


bismillah..

kurang dari dua puluh empat jam. proses mengundi bagi rakyat malaysia yang layak mengundi akan bermula. maken menghampiri jam dua belas malam ini. maken terase bahang pilihan raya 13 kali ini. sepanjang perjalanan semalam pun. pemandangan dipenuhi dengan bendera-bendera terpacak tergantung dimerata rata tempat. belum dikira bendera bendera yang melekat kat kereta kereta yang berduyun duyun. bile selisih je. hon hon kedengaran. paling kurang pun isyarat lampu yang diberikan. 

flashmob flashmob !

itu belum dikire dengan wall muka-biru dan burung-biru. entry blog. surat khabar. penuh dengan hal-hal berkaitan dengan pilihan raya 13. seronok tengok suasana pilihan raya kali ni. padahal pilihan raya sebelum nih pun suasana dye lbih kurang je. tapi kali ini sejujurnya aura dye terase lebih hebat. tak taw la same ade sebab pilihan raya kali ni lebih sengit atau adakah disebabkan esok kali pertama aku layak memangkah esok. eh?

ramai member-member perasan. bile masuk je bab politik. aku akan kunci mulut aku serapat-rapatnye. diam nye aku bukan bermakna aku tidak amek peduli. diamnya aku kerana lebih selesa memerhati. suatu mase dahulu. menjadi penganalisis politik itu merupakan salah satu deretan senarai cita-cita lampau aku. betapa gile politiknya aku sampaikan amper sumer latar belakang ahli politik aku kaji. itu dulu..

ini sekarang. maken hari. aku rasekan politik itu semaken kotor. fitnah-mencaci-mengata-mengutuk maken menular bahkan menjadi makanan seharian. tidak lengkap rasenye dunia politik dengan rencah-rencah seperti itu. oh !

bukan aku membenci politik. manekan mungkin aku membenci politik. sebab Rasulullah sendiri berpolitik. mane mungkin aku membenci apa yang dilakukan oleh idola aku. tapi politik rasulullah sangat osem !

politik rasulullah menyatu padukan. ya. Rasulullah tidak pernah mengetepikan hak umat Islam mahupun bukan Islam. hak semua terpelihara. belum pernah lagi sepanjang aku hidup ini aku berjumpa mane mane hadis atau ayat Al-quran yang menggalakkan perpecahan. ISLAM itu bersaudara kawan-kawan !

politik rasulullah menegakkan daulat Islamiyah. Islam tersebar dimerata dunia. buktinya. rasulullah berjaya membentuk piagam madinah. piagam Islam pertama di dunia. amek mase analisis kandungan piagam madinah. pasti anda akan kagum..

malas nak mengulas panjang. selamat mengundi bagi mereka yang mengundi esok. buatlah pilihan yang tepat. kerana undian anda begitu berharga..

# ini kalilah atau lain kali lah. kekal atau ubah. anda pilih !

2 comments:

  1. doakan g terbaek utk malaysia tcinta'ssss
    weee
    *slmt mgundi..huhu

    ReplyDelete
  2. terime kaseh. dah selamat mengundi dah.. :)

    ReplyDelete