08 June 2013

bila kita kehilangan dia kita tetap masih ada Dia


bismillah

kehilangan tempat bermanja. kehilangan tempat bergantung. kehilangan bapa terchenta. mungkin saya belum pernah alami ape yang awak alami. tapi saya pernah alami detik kehilangan insan tersayang. betapa saket rase itu dan betape susah nya untuk bangkit. ye. saya faham ape yang awak alami..

awak,

perit. sedih. saket. dan segala rase yang teruk itu normal. sape yang tak bersedih. even junjungan besar kita Nabi Muhammad pun sedih ketika mane isteri baginda Siti Khadijah meninggal dunia. bersedih itu normal. kita manusia biasa. tapi jangan jadikan kesedihan itu sebagai alasan untuk kite give up untuk meneruskan hidup..

awak

setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. itu janji Allah. pasti. yang pergi tetap akan pergi. kita yang masih tinggal ini perlu meneruskan hidup. nikmati setiap detik kehidupan kita dengan penuh tabah dan usah penat mengukir senyuman. hargai setiap detik kehidupan kerana setiap saat yang berlalu pasti tak kan berulang..

awak

jadikan segala kenangan kita bersama dia sebagai kenangan yang indah untuk dikenang. bersyukur sebab kita maseh ade kenangan yang menggembirakan bersama dia. biarkan ianya terlipat kemas dalam almari kenangan. tak salah untuk mengingati kenangan itu. tapi jangan jadikan kenangan itu penghalang untuk untuk kita melangkah maju ke hadapan..

awak

amek mase. ye. amek mase sebanyak mane yang perlu. percayalah segala rase itu pasti akan berlalu ditelan waktu. kekuatan itu perlu dikutip. perlu dikumpul dan dibina perlahan lahan. mohon pada Allah semoga Allah pinjamkan kekuatan. kerana kekuatan itu milik Allah..

awak

la tahzan. innallaha ma'ana. jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita. andai rase rindu itu menjelma dakaplah ia bersama sejadah cinta. adukan pada Allah. alirkan didalam doa. Allah pasti mendengar. rindu itu milik Allah pasti Allah ade penawarnya.

engatlah. dalam sebuah kehidupan bukan hanya ada kita seorang. kita maseh dikelilingi insan insan yang tersayang. orang disekeliling kita pasti mendoakan yang terbaek untuk kita . mungkin saya tak dapat bersama awak sepanjang masa. mungkin kita jauh terpisah dek jarak namun doa pasti mendekatkan kita semua. semuanya akan kembali normal. just keep calm and be strong.

awak mungkin kehilangan dia. tapi engatlah awak maseh ada Dia

semoga terus kuat kawan !

12 comments:

  1. semuanya sementara..yang sementara itulah biasanya akan menduga kita..yang sementara itulah biasanya boleh buat kita merana,,gundah gulana..kecewa..sedih sentiasa..tapi biarkan ia sekadarnya sahaja kerana andai kita terbawa-bawa seolah kita tidak redha dengaNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tuh uhkti. setiap hamba tak kan terlepas dari sebarang dugaan hidup. semoga setiap dugaan hidup itu mendekatkan kita pada-Nya. insyaAllah

      # redha dan sabar dengan takdirnya

      Delete
  2. Kasih manusia sering bermusim
    Sayang manusia tiada abadi
    Kasih tuhan tiada bertepi
    sayang Tuhan janjinya pasti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatnya cinta Allah. mengalir dalam setiap ujian yang dilemparkan.. subhanallah =)

      Delete
  3. La tahzan.. setiap yang bernyawa pasti akan menemui penciptanya.. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.. Salam takziah dari rara..
    btw jemput singgah blog rara..
    http://carirara.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarlah setiap kematian itu adalah pengajaran terbesar buat manusia.. =D

      dah singgah. nice blog. salam perkenalan rara =)

      Delete
  4. salam jom join segmen nie...hadiah menarik :)http://kacangsebuncis.blogspot.com/2013/06/1-st-parody-games-u-ndang-2-parody.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooppss. sory. tak berape mahir sangat buat video nih. klu ade segmen best yang laen jemput lah erk =D

      Delete
  5. la tahzan ... setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNYA .. sue pun da kehilangan kedua orang yang sue sayang .. mom n dad .. redha n tabah is the best way

    http://tgrozaini.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya orang yang pernah mengalami sahaja faham situasi yang dialami. moge tabah sue

      dah singgah blog tadi. nice. salam perkenalan =)

      Delete
  6. yuppp ustajah atin!
    DIA yg sentiasa ada bersama kita..
    hataa susah mahupun sng.
    tp kita yg slalu lupa akan DIA
    kan
    hm
    sentap
    T_________T

    *hm mop air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatkan kaseh Allah. tak pernah meminta bahkan tak pernah letih memberi, sedangkan kita?

      =.=

      Delete