02 July 2013

klinik al-fatihah


bismillah

alhamdulillah. weekend lepas dah selamat jadi salah sorang fasilitator untuk program klinik al-fatihah. klinik al-fatihah nih bersempena dengan karnival badan dakwah sekolah menengah agama padang tengku. sekolah nih agak dekat jugak dengan IPG afzan nih haa..

macam kita tahu. antara surah yang agak femes dalam kalangan kita sumer adalah surah al-fatihah. mana tak nye. sekurang kurangnya kita bace surah al-fatihah sebanyak tujuh belas kali dalam sehari. dua kali dalam solat subuh. empat kali dalam solat zohor. empat kali dalam solat asar. tiga kali dalam solat maghrib dan empat kali dalam solat isya'. ye dak?

dalam surah al-fatihah ade tujuh ayat termasuk dengan bismillah hirrahma nirrahim. keseluruhan surah al-fatihah ade dua puluh lima patah perkataan bersamaan dengan seratus lima puluh enam huruf. kalau tak percaya sile bukak al-quran sekarang dan aplikasikan kemahiran matematik anda. sekian, terime kaseh

selaen tuh surah al-fatihah jugak adalah merupakan salah satu dari tiga belas rukun solat. sumer orang maklum kan kalau kita salah atau tertinggal salah satu rukun solat maka solat kita tidak sah. tak ke wat penat je. jadi, nak tak nak. kita memang kene pastikan surah al-fatihah yang kita baca adalah betul dari segi sebutan dan tajwid nya. begitu juga dengan susunan ayat nye..

alhamdulillah. sambutan agak menggalakkan. kerjasama daripada pelajar pelajar dan guru guru juga sangat osem. harap harapnya perkongsian selama setengah hari tuh bersama adek adek sekolah menengah agama padang tengku tuh dapat memberi manfaat pada kalian. 

terime kaseh juga atas segala kenangan..

8 comments:

  1. Membuat pengisian yg penuh manfaat sangatlah dialau-alukan apa lagi dgn senario masakini. Ibu-bapa kena celik sama demi mencari landasan terbaik..

    Syabas Cik Atin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga pengisian yang diberi dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..

      terime kaseh kak :)

      Delete
  2. thanks sebab share.. teruskan dengan program2 sebegini ye akak fasi.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure. insyaAllah. selagi peluang dan ruang diberikan. biiznillah =D

      Delete
  3. entri yang bagus..boleh jugak tambah ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. moge bermanfaat :)

      Delete
  4. bagus la program gini kan..bestnyer dapat jadi fasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. pengalaman bermakna :)

      Delete