12 July 2013

Kerana Dia


bismillah

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. dah selamat jalan malam aprisiasi seni bersempena dengan sambutan hari guru peringkat IPG tengku ampuan afzan. dalam banyak banyak persembahan malam tuh aku hanya terlibat dengan dua persembahan. satu persembahan teater. satu persembahan kompang formasi. untuk entry kali nih kite review pasal persembahan teater dulu. ade mase kite review pasal kompang formasi pulak

teater kali nih bertajuk Kerana Dia. menggabungkan teater absurd dan musikal. teater kali ini mengangkat tema tentang dunia guru pendidikan khas. sungguh menjadi guru pendidikan khas memerlukan kesabaran sebab bukan mudah nak mengajar kanak-kanak istimewa nih..

sebenarnya dunia pendidikan khas sangat dekat dengan aku. sejujurnya nya teater kali nih adalah hadiah untuk walid. sejak walid jadi cekgu pendidikan khas untuk beberapa tahun nih aku selalu dihidangkan dengan cerita-cerita kanak-kanak istimewa ini. walaupun perkembangan mereka agak lambat tapi apabila mereka mampu lakukan apa yang diajar itu merupakan satu kepuasan bagi seorang guru. mebi perkara yang mereka lakukan tuh nampak kecik di mata kita tapi sebenarnya ianya amat besar nilainya bagi seorang kanak-kanak istimewa..

dan sebenarnya kanak-kanak istimewa ini jika diberi ruang dan peluang sebaiknya mereka mampu berjaya seperti kanak-kanak lain. cume mereka memerlukan perhatian yang khusus dan pastinya kesabaran serta kekreatifan yang sangat tinggi dari guru guru..

untuk teater kali nih aku incharge bahagian lighting. nih kirenye pestime maen dengan lighthing. sebelum nih besenye maen dengan promter je. penah la handle bahagian buku program taem teater tiga tun bersempenan dengan jubli perak. pengarahan dan pengurusan taem tetaer al-fateh. 

agak mencabar sebenarnye bile jage lighting nih sebab kene sentiase alert. especially alert dengan team audio sebab lighting ngan audio saling berkait. dan lighting pun selalu berubah ubah ikot situasi. jadi kene banyak buat perubahan. ade kalanya lighting berubah taem last minit. jadi nak tak nak memang tahap ke-alert-an tuh kene sentiasa dimaksimumkan..

alhamdulillah. tahniah pada team GITA (gabungan insan teater afzan) sebab dapat pujian dari banyak pihak malam tuh. GITA dah selangkah ke depan lagi. teruskan berjuang untuk mengangkat martabat teater dalam menyampaiakan mesej berguna pada masyarakat

terime kaseh semua atas segala kenangan. seronok bekerja bersama kalian :)

No comments:

Post a Comment