15 January 2014

semoga terus kuat sahabat


bismillah

hujung bulan satu nih genap tujuh tahun persahabatan kami. sape sangke si budak skema boleh jadi kawan si budak anti-peraturan. tapi itulah nikmatnye sebuah persahabatan. tak pernah ade syarat. sebab ianya tentang ikatan hati =D

sejujurnya dari lubuk hati paling dalam. aku sangat bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk kenal insan ini. insan yang pada mata orang laen nampak lembut luarannye tapi pada mata aku sangat kental jiwanya. 

ujian demi ujian yang dia hadapi tapi tidak satu pun ujian itu melemahkan dirinya bahkan maken menguatkan langkahnya menghadapi liku liku kehidupan. dan aku sangat berbangge menjadi saksi ketabahan dia.

dulu di zaman sekolah. macam macam angan angan dan impian yang kami ukirkan di langit sana. dan yang paling aku ingat sampai detik ini. kami berazam untuk jadi wira keluarga. ingin balas jasa ibu dan ayah dan letakkan keluarga didalam top-carta-hidup selepas Allah dan Rasul-Nya

tapi kini. sungguh menjeleskan aku bilamana dia sudah berjaya menunaikan separuh impian kami. bekerjaya - dapat bagi parents rase gaji pertama - dapat bagi parents pegang skroll - dapat tolong femli dengan duet hasil peluh sendiri. sumpah jeles !

26 disember 2013

dalam banyak banyak ujian hidup yang dia hadapi. ujian pada detik 8.05 pagi itu adalah ujian paling hebat yang dia hadapi. namun. ape yang benar benar mengkagumkan aku bilamana wajah beliau sangat tenang menghadapi detik kematian ayahanda tercinta walaupun dari anak matanya aku boleh nampak kesedihan dan pandangan kosong itu

sekarang. dia ketua keluarga. semoga Allah sentiasa pinjamkan kekuatan untuk dia dan femli menghadapi detik detik kehidupan. semoga Allah murahkan rezeki dia dan keluarga. moga Allah pertemukan jodoh yang soleh buat dia.

siti rodhiyah che harun. uhibbuki fillah 




4 comments:

  1. Allah uji dia dengan pelbagai cara..dan Allah beri juga rezeki pada dia dengan pelbagai sudut..dan kita ada juga sesuatu yang bakal Allah hadiahkan cuma masa,saat dan ketikan berbeza-beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. hidup takkan pernah sunyi dari ujian dan nikmat dari Allah. sungguh Allah Maha Mengetahui segala yang terbaek buat hambaNya =)

      Delete
  2. semoga tabah dan semoga persahabatan berkekalan.. amin...

    ReplyDelete