24 December 2015

TIPS MEMBELI RUMAH #002

sambungan entry sebelum ini

3. Profail Kewangan

-Maklumat peribadi
-Pendidikan
-Pengalaman kerja: alamat tempat kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan
-Pendapatan: aktif, pasif, sampingan, pelaburan
-Simpanan

Berapa banyak bank boleh luluskan pinjaman perumahan ada 4 faktor;

i. DSR (Nisbah Hutang Kepada Pendapatan)
ii. Risiko Profail Individu
iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah
iv. Nilai Hartanah

i. DSR
Bank Umur Gaji% 

1. B.Islam 70 RM7K<70% RM7K>75%
2. Ambank 70 RM5K<60% RM5K>70%
3. MBB 70 RM3.5K<40% RM3.5K>70%
4. CIMB 70 RM3.5K<60% RM3.5K>75%
5. MBSB 70 80%
6. RHB - - RM4K>75%
7. Affin - RM5K <60% RM5K>80%

*Mungkin berubah dari masa ke semasa*

ii. Risiko Profail Individu 

-Latar belakang
-Pekerjaan
-Rekod CCRIS/CTOS
-Risiko hartanah
-Sikap: tabiat menyimpan
-Kemampuan membayar balik
-Konsisten

iii. Margin Pembiayaan Pinjaman Rumah

-90% untuk 2 buah rumah pertama
-70% untuk rumah ke 3 dan seterusnya

iv. Nilai hartanah 

-Lokasi
-Jenis bertingkat
-Pengangkutan
-Kemudahan
-Pembangunan akan datang
-Kejiranan / Persekitaran
-Pandangan / Rupa hartanah

Seterusnya kita bolehlah mohon pinjaman perumahan.

4. Mohon Pinjaman

Untuk Makan Gaji:

-Pendapatan tetap bulanan
-KWSP
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Tabung Haji
-Akaun pelaburan

Untuk Bekerja Sendiri:

-Penyata akaun semasa perniagaan/syarikat untuk 6 bulan
-Simpanan
-ASB, AHB, Unit Amanah
-Simpanan Tabung Haji
-Bukti pembayaran cukai

Kalau bekerja sendiri kena buktikan yang kita mampu bayar ansuran bulanan. Jika ansuran rumah anggaran RM800 sebulan, tiap bulan purata duit masuk dalam akaun perniagaan/syarikat harus RM8,000 atau lebih. Bank akan ambil kira 10% daripada purata duit masuk dalam akaun selama 6 bulan.

Faham dah sikit-sikit? Dah boleh teruskan niat nak beli rumah. Jangan tunggu lagi. Tiap tahun harga rumah makin naik!

Dah tahu serba sedikit pasal hartanah kan. Okay lah tu.Takde lah korang kena tipu dengan ejen ke, kawan ke nanti. Ada ilmu sikit-sikit okay lah. Kah!

terima kasih incik Amir Syahir

No comments:

Post a Comment