19 July 2011

.::TIPS UNTUK ORANG YANG SUSAH TIDUR::.


1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor. Kebersihan, keselesaan dan kenyaman akan membantu anda untuk tidur dengan kadar yang berkualiti dan memcukupi.

3. Seterusnya ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata. Menginsafi segala kelalaian, kealpaan, dosa-dosa dan maksiat seharian yang kita lakukan.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya. Al-Quran adalah sumber ketenangan yang sangat utuh dan memberikan kesan yang sangat baik untuk rangsangan positif kepada tubuh badan dan fikiran kita.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca surah tiga kul. Apa itu ? Ia adalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai. Saat ini, lafazkanlah doa sebelum tidur. InsyaAllah.

sumber dipetik dari : [sini]Link

p/s : renung-renungkan dan selmat beramal..


No comments:

Post a Comment