04 November 2011

jika sudah ada rasa mengapa dibiar saja?

setiap orang secara fitrahnya adalah suci. dalam kata mudahnya baik. dan hanya kerana putaran waktu dan mainan dunia. ada yang sedikit terleka. 

namun, jaoh di sudut hati. ada rasa penyesalan yang hinggap dihujung diri. rasa ingin kembali pada fitrah diri.

tak semua orang mendapatnya. kerana hidayah itu milik ALLAH. tetapi itu bukan syarat untuk kita hanya berdiam diri dan terus menanti. mana mungkin berjaya orang yang tidak berusaha?

jika sudah ada rasa untuk berubah itu tandanya hidayah mula menyinggah. mengapa dibiarkan rasa itu terbang jaoh. usah bertangguh. 


lakukan sekarang. kerana esok belum tentu ada untuk kita..

2 comments:

  1. yup. lakukan sekarang. kerana detik itu tidak akan berulang :)

    ReplyDelete