18 November 2012

Anak muda Palestin Vs Malaysia


bismillah..

sedikit perkongsian.. Situasi di bawah tidak menggambarkan Pemuda di Malaysia secara total, cuma sebahagian kecilnya sahaja. Namun, ia masih boleh digunakan untuk kita sentiasa berMUHASABAH.

Pemuda di Malaysia, pukul 10 pagi masih enak tidur di atas katil. "Hari minggu, malas nak buat apa. Bukan hari-hari boleh tidur lama macam ni."

Pemuda di Palestin tidak tidur semalaman menanti ancaman demi ancaman daripada pihak Zionis dari udara dan darat.

Pemuda di Malaysia bangun pagi buka tudung saji sambil mengeluh, "Balik-balik roti canai. Takda makanan lain dah ke dalam dunia ni?"

Pemuda di Palestin memilih untuk berpuasa kerana bantuan makanan yang dihantar kepada mereka disekat oleh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia keluar dari rumah dana apabila ditanya oleh ibunya, "Mahu ke mana tu nak?" Jawabnya, "Ah..sibuklah mak ni. Orang nak pergi mana suka hati orang lah."

Pemuda di Palestin, saat keluar dari rumah mengucup tangan ibunya memohon restu untuk keluar berjihad kerana bimbang itu kali terakhir dia menatap wajah ibunya.

Pemuda di Malaysia memberontak, "Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga macam ni? Nak buat apa semua tak boleh. Aku benci mak aku benci ayah!"

Pemuda di Palestin merangkul erat jasad ibu, ayah dan saudaranya yang tidak bernyawa. Kini dia tinggal sebatang kara kerana semuanya telah terkorban dibunuh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia sibuk menghisap dadah dan merempit di malam hari. Macam ni baru darah muda! Usia masih muda, masa inilah nak enjoy!

Pemuda di Palestin, sejak dari kecil diasuh agar tidak sesekali takut dengan ancaman bom, peluru senapang dan senjata. Usia muda mereka digunakan untuk mempertahankan keluarga dan tanah air daripada perampas Zionis.

Ketika kita sedang diuji dengan pelbagai ujian yang dirasakan berat. Mereka di sana diuji dengan kehilangan nyawa, kesakitan dan penderitaan yang lebih dahsyat.

Luangkan masa untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kecekalan dalam memperjuangkan kalimah tauhid Allah ini. Allahuakbar!

# mukabuku

14 comments:

  1. Replies
    1. semoga Allah menghancurkan israel sebagaimana Allah menghantar burung ababil menghancurkan tentera bergajah :(

      #pray4gaza

      Delete
  2. sebak je baca setiap kali keluar cerita pasal palestin.
    meremang bulu roma pon ye. semoga Allah sentiasa melindungi mereka. aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma ameen. sayu rase hati bile tengok penderitaan saudara kita di gaza. nak nak bile ianya melibatkan anak anak kecil.. Allahurabbi T___T

      #pray4gaza

      Delete
    2. T__T Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah.

      Delete
    3. Allahumma ameenn. teruskan berdoa..

      #pray4gaza

      Delete
  3. pray for GAZA.moga Allah lindungi mereka :)
    doa yg baik2 tuk mereka di sana. kita ade senjata yg paling bernilai iaitu doa :)

    ReplyDelete
  4. Allahumma ameen. betol betol. mungkin kita tidak mampu ke sane. mengangkat senjata sebagaimana mereka. tapi kita ade senjata yang lagi power. DOA. :)

    #pray4gaza

    ReplyDelete
  5. kena sama2 muhasabah diri sebenarnya...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. muhasabah i2 sgt penting kan..

      #pray4gaza

      Delete
  6. maka siapalah kita di pandangan Allah....

    T_T

    jzkk dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandanagn manusia hanya sementara. pandangan Allah itulah segalenye. berbahagialah bagi mereka yang glemer pada pandangan Allah..

      jzkk dear. rindu ida (=.=)

      Delete
  7. kita sngt beruntung kat msia sebab aman dan makmur...sama2 lah kita doakan yg terbaik utk saudara islam kita di palestin..insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. kene betol betol hargai keamanan yg kite ade ni. moge Allah kurniakan kekuatan kepada saudara saudara kita di palestin. ameenn

      #pray4gaza

      Delete