15 March 2013

jangan nanges !


bismillah

naek kejang mulut mulut menguap. mata maken layu. dan dan je nak sign out mukebuku tetiba..

pop ! chat muncul

"atin, aku rasa nak nanges"

segale rase mengantuk aku tepis laju laju. aku mungkin bukan penasehat yang bagus. tapi aku kerah sepenuh daye untuk jadi pendengar yang berjaye..

sahabat..

mungkin aku tak dapat faham apa yang kau rase. tak cukup tanah berkejar segala tugasan dan amanah yang perlu dilakukan. keletihan yang memakan daya tahan diri. ye. mungkin aku tak dapat faham sebab aku tak rase ape yang kau rase walaupun mata kasar aku dapat lihat kesibukan kau yang mengalahkan PM tuh. mana taknye boleh kire dengan jari aktiviti lepak melepak dengan kau sekarang nih..

sahabat..

nanges la kalau rasa nak nanges. sebab kadang kadang air mate mampu jadi bicara yang terbaek dikala mulut tak dapat meluahkan apa rasa hati. tapi jangan biarkan air mate itu melemahkan kita. tapi jadikan air mate itu sebagai satu batu loncatan untuk kumpul kekuatan..

sahabat..

selagi bergelar manusia. apatah lagi bergelar pelajar. inikan pula bakal seorang guru. sebuk itu satu perkataan yang sangatlah normal. tak dapat dipisahkan. dah macam kembar siam. tapi engatlah. kesibukan itu akan jadi sia sia andai niat tidak dieklaskan kerana Allah. biarlah penat di dunia. moge di akhirat kita dapat berehat panjang dalam taman taman syurga nanti. insyaAllah

sahabat..

ye. sebagai manusia. rase letih tuh adalah bukti betapa kita nih hamba Allah yang sangat lemah. tapi sebagai orang Islam. kita ada sumber kekuatan. balek pada Allah. mintak pada Allah. mohon Allah kurniakan kekuatan untuk menjalani segala tugasan dan amanah yang dipikul..

aku akan sentiasa doakan kau. moge aku. kau. kita semua kuat dan maken kuat dan terus kuat !

p/s : selamat menjalani praktikum pada senior senior sem lima. selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat rakan rakan sem tiga


4 comments:

  1. Moga dikuatkan segala yang lemah
    jika itu sebaik-baik ketentuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameeen. moge Allah kurniakan kekuatan pada kita sumer :D

      Delete
  2. hidup kita,,sakit dan sihat kita,,segalanya kerana Allah..minta segalanya dengan Allah disamping usaha yang lurus..berDOAlah kerana ia senjata mukmin..moga Allah beri kita kekuatan dalaman juga luaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. setiap yang Allah kurniakan pada kita sumer terkandung seribu hikmah. bergantung pada kita untuk memikirkannya dan amek dari sudut mane. yg penting letakkan kebergantungan pada Allah dengan sebaeknya.. allahumma ameen

      Delete