11 April 2013

emosi itu ujian


bismillah

fuuhh. rasa macam lame tak menaip kat blog terchenta nih. maap incik blog. anda di-anak-tiri-kan buat sementara waktu. (sebenarnya banyak bende nak coret kat sini) >.<

kengkadang rasa macam hidup sekarang agak tunggang terbalek. dengan PBSnye. dengan BIG nye. dengan esemennye. dengan MQA nye. dengan macroteachingnye. dengan tanggungjawab laennye. sumernye perlu dilunaskan dalam masa serentak. tido tuh memang sekadar untuk lelap mate je. kengkadang rasa macam dah tak mampu nak bertahan. tapi Alhamdulillah Allah pinjamkan kekuatan. walaupun pada hakikatnya dah banyak air mata yang mengalir. Allah T___T

hakikatnya kehadiran dan kata-kata motivasi dari insan bernama sahabat taulan juga sangat bermakna dikala kedua ibu bapa jauh di tanah halaman. terime kaseh kalian

tapi itulah hakikat seorang pelajar IPG. aktiviti yang sentiasa memenuhi agenda kehidupan kami. sememangnye menuntut ketahanan mental dan fizikal. namapun bakal guru an. kuat. kuat. aja aja fighting !

dan apabila kesebukan mula mengejar. sampai dah tak cukup tanah nak dipijaknya. dengan tido yang ala-ala tido ayam je. kepale ting tong. maka pengurusan emosi memerlukan pengurusan tahap tinggi. namun tidak semua orang mampu mempunyai pengurusan emosi tahap tinggi di kala tekanan di aras yang tinggi.

serba serbi rasa tak kena. marah orang tuh. marah orang nih. bebel orang tuh. bebel orang nih. kutuk orang tuh. kutuk orang nih. tu lah hakikat sebuah keserabutan. bagi orang yang menuturkan sebuah kemarahan. mungkin tidak memaksudkan setiap kata-kata yang dilemparkan. sekadar meluahkan sesedap rasa mulut. tanpa sempat ditapis oleh sistem timbang tara sebuah akal..

namun sebenarnya tahukah anda sebuah penyesalan pasti bertakhta di sudut hatinye dikala bersendirian

namun, bagi orang yang mendengar kepedasan kata-kata itu. mestinye suatu kepedihan yang tercalar di dalam sebuah hati. nak dibalas kata-kata takot maken panjang pulak jarak sebuah kemarahan. makanya hanya senyuman yang mampu dilemparkan sedangkan hati menanggung segala kelaraan. namun. apabila diletakkan sebuah kefahaman di hadapan sebuah kelaraan itu, maka sebuah kelupaan cepat cepat dicurahkan atas sebuah hamparan kelukaan :D

dalam pahit manis sebuah kesebukan, terlakar keukuhan sebuah ukhwah. terime kaseh semua

p/s : selamat berjaya pada semua terutamanya kepada pelajar-pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan dan IPG Temenggung Ibrahim yang membawa amanah 27 IPG seluruh malaysia. moga Allah permudahkan segala urusan kita

8 comments:

  1. selamat berjaya..mg dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. apa pun yg berlaku nik doakan semoga di permudahkan segala urusan yea

    ReplyDelete
  3. along...maaf sepanjang perkenalan kita, ore penah mengguris perasaan along...

    betul...kdg2 kita marah seseorg tanpa fikir kesan jangka masa panjang...

    Allah...betul la nk tahan kemarahan tu bkn senang tp x mustahil...

    hanya org yg betul2 kuat dari segi imannya n sahsiahnya yang mampu tahan nafsu amarahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. xpe. xpe. tu lah pahit manis sebuah persahabatan.. uhibbuki fillah :)

      Delete
  4. keep up the good works...^^

    ReplyDelete