06 May 2013

#PRU13 : tahniah. semoga itu yang terbaik


bismillah..

alhamdulillah. dah selamat berlalu pilihan raya 13. pastinya ianya akan menjadi memori bermakna dalam lipatan sejarah negara.=D

tahniah dan takziah pada barisan nasional kerana masih diberi mandat dan amanah oleh rakyat untuk terus memerintah negara. sesungguhnya amanah itu bukan suatu kebanggaan bahkan suatu tanggungjawab yang pasti akan disoal di akhirat kelak..

mungkin ade yang tersenyum bahagia dengan keputusan yang diperolehi. mungkin ade yang sedih kechewa dengan keputusan yang diperolehi. tapi percayalah. walau apa pun keputusannya ianya adalah perancangan yang terbaek yang telah Allah aturkan..

"Mereka merancang , Allah juga merancang , Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" (surah Ali-Imraan : 54)

Allah ada rencana yang lebih baik !

semoga inilah yang terbaek untuk negara. lima tahun bukan tempoh untuk disia-siakan. mohon semoga Islam terus tersebar dengan megah di atas muka bumi Allah ini.

bagi yang menang. jangan sia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat. lakukan yang terbaik untuk negara dan agama. jangan jadikan manifesto hanya tinggal manifesto. janji untuk ditepati! kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

kepada yang belum berjaya. engatlah. anda belum kalah. cuma belum menang. teruskan berjuang dengan seikhlas hati. Allah menilai setiap gerak langkah kerja itu. semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah.  

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (surah al-baqarah : 216)

 kemenangan yang abadi adalah kemenangan apabila berjaya sama sama berpimpin tangan menuju ke pintu syurga. uhuk !


p/s : kemenangan belum tentu nikmat. kekalahan belum tentu azab

2 comments:

  1. ada hikmah disebalik yang terjadi kan :) pray for the best

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. semoga ini yang terbaek untuk kita semua

    ReplyDelete